Jika rindu hanya sebatas kata lalu mengapa sakitnya begitu terasa?

Allah!

Ayra rasa air matanya kembali menitis ke pipi.

"Lifeline..."

Ayra cuba leraikan pelukan bila Arian mengumam memanggilnya. Namun, tubuh Arian mengeras dalam pelukan. Dieratkan pelukan tubuh mereka.

"Please..."

"Please don't leave me. I'm... I'm scared." Arian ketap bibir. Tolonglah. Dia tak inginkan kehilangan lagi.

"How could I leave you when you're the only one that I loved the most..." Ayra tolak tubuh suaminya. Air mata di pipi lelaki itu diusap lembut sebelum satu kucupan di labuhkan ke dahi Arian.

"When you the one who accept me the way I am."

Arian ukir senyuman pahit. Tubuh Ayra kembali ditarik ke dalam pelukan.

He fell first...

She fell harder...

Once he know she fell too...

He fell the hardest...

Now, both of them...

Afraid of losing each other.

Usai urusan pengebumian, Arian terus saja masuk ke dalam bilik dengan mata sembabnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Usai urusan pengebumian, Arian terus saja masuk ke dalam bilik dengan mata sembabnya. Nawra dan Taufik yang memerhati sekadar melepaskan keluhan kecil.

Kuatnya Arian. Lelaki itu bahkan mengimamkan solat jenazah sahabat baiknya sendiri. Bahkan lelaki itulah yang menurunkan jenazah Farraz ke liang lahad. Arian langsung tak berganjak walau sedikit dari kubur Farraz. Jikalau Ayra tak mendesak lelaki itu untuk pulang ketika langit berarak gelap, pastinya Arian akan terus terusan duduk memandang kubur yang masih merah itu.

Kelibat Ayra yang membawa tikar kecil ditangan dipandang sekilas. Taufik cuit bahu isterinya, menghantar isyarat kecil pada Nawra. Nawra senyum sedikit sebelum dia buka langkah merapati tubuh Ayra.

"Ayra."

Terbejat langkah Ayra. Perlahan dia berpaling ke arah Nawra. Mata wanita itu juga sudah sembab akibat menangis. Farraz sahabatnya. Mana kan mungkin dia tak merasa kehilangan itu.

"Ya, Nawra."

"Mari sini. Duduk sekejap." Nawra gamit tubuh kecil Ayra untuk duduk di sebelahnya.

Ayra mengangguk lantas tikar dalam pegangannya diletakkan di tepi dinding.

"Ada apa Nawra-"

Mata Ayra terkebil kebil bila tubuhnya tiba tiba ditarik ke dalam pelukan. Kedengaran esak kecil Nawra terlepas berat di bahunya.

Allah.

Ayra usap belakang tubuh itu. Matanya turut berkaca namun dia keraskan hati untuk tak menitiskan air mata lagi.

"Maaf. Teremosi pula." Nawra lepaskan pelukan sambil tersenyum perit.

Ayra sekadar mengangguk. "Nawra nak cakap apa dekat saya?"

Nawra menunduk seketika. Nafas ditarik dalam sekali gus mengumpul kekuatan dalam diri.

"Tolong saya." Tangannya mengenggam erat jemari Ayra. Wajah itu jelas terpancar luka.

"Tolong..." Nawra merayu lagi kali ini air matanya mengalir lesu ke tulang pipi. Ayra terpingga pingga. Dia tak mengerti walau sepatah pun.

"Ja... Jangan nangis. Ya, saya tolong awak." Ayra kelam kabut menyeka air mata di pipi cantik itu.

"Tolong saya. Tolong saya bahagiakan Arian..."

"Selepas saya tolak pinangan Arian. Saya tahu... Saya tahu dia jatuh semula dalam lembah gelap tu. Dia cuba musnahkan diri dia sendiri. Sebab saya. Tapi saya tahu... Farraz mampu bantu dia... Jagakan dia untuk saya..." Nawra pejam mata seketika.

"Tapi... Tapi sekarang... Farraz dah tak ada... Farraz dah tinggalkan kami... Tinggalkan persahabatan kami..." Nawra teresak esak melepaskan rasa.

"Sebelum Farraz balik kampung... Dia ada datang jumpa saya. Dia minta saya kembali macam dulu. Persahabatan kami tak patutnya terputus... Ego kami... Ego kami tak patutnya menang."

Ayra diam mendengar. Namun, matanya menangkap kelibat Arian yang sudah keluar dari bilik. Berdiri tak jauh dari mereka. Mendengar setiap luahan Nawra.

"Farraz... Farraz minta saya jagakan awak. Jagakan Arian. Tapi saya tak mampu, Ayra. Saya bukan Farraz yang sentiasa jaga orang di sekelilingnya. Saya hanyalah saya." Kepala Nawra tergeleng kecil.

Farraz.

Dia lelaki terbaik.

"Maaf."

Satu suara serak buatkan Nawra berpaling.

Arian. Lelaki itu sudah berdiri tegak di belakang mereka.

"Maaf, aku gagal jadi sahabat terbaik korang. Bahkan pada akhir nafas Farraz, aku tak mampu selamatkan dia." Arian menunduk kesal.

Taufik yang sekadar memerhati sejak tadi akhirnya bangkit dari duduk. Bahu Arian ditepuk lembut.

"If suiside ever croses your mind."

Arian mendonggak memandang Taufik. Dia pernah dengar ayat itu. Kata kata yang tak lekang dari bibir Farraz dahulu.

"Call me." Nawra pula bersuara dengan mata terpejam.

"Text me. Come over." Bagaikan pita rosak. Arian dapat dengar suara Farraz dalam kotak mindanya.

"Why?" Ya, soalan itu yang dia tanyakan pada Farraz.

"Because I would rather sit there and listen to your problems than sit at your grave."

Tapi pada akhirnya, hanya tinggal Arian yang menangis tak berlagu di kubur Farraz. Hanya tinggal Arian yang menangis atas pemergian lelaki itu.

"I would rather let you cry in my arms than for you to cry hours by yourself struggling to even be here."

Tapi tak saat ini. Farraz dah tak ada di samping mereka.

"I would rather be with you than without you."

Dan pada akhirnya, mereka menerima pahitnya takdir bahawa mereka lah yang perlu hidup tanpa Farraz di sisi.

"We can't lose each other." Taufik kembali bersuara buatkan semua mata memandangnya.

"Because if we did..."

"We will lose our best friend, our smile, our happiness, our everything. The truth is we really need each other. To help us through so many tough time without even realize it."

"Besar harapan Farraz untuk selamatkan persahabatan korang. Dan kau orang dah berbaik sebelum dia pergi. Maka, jagalah hubungan ini."





Kerana CintaWhere stories live. Discover now