Sementara mereka rancak berbual, Kak Erika berlari anak mendekati semua pekerja yang rancak berbual. Mukanya nampak serius.

"Stanby semua, VVIP dah ada dekat bawah. Jadi head chef nak kita sambut dia. Sekarang, semua pergi berbaris dekat pintu macam biasa."

Sudah jadi kebiasaan bagi pekerja lama di sini. VIP, VVIP dan semua jenis V lah! Mereka yang berpangkat tinggi sudah kerap datang ke restoran ini. Maklumlah, dah namanya REN'S GROUP punya.

Tanpa melengahkan masa, mereka semua bergegas untuk berbaris. Dari panggkat Chef yang paling tinggi, hinggalah pangkat pekerja yang paling rendah yang bekerja di restoran lima bintang ini berbaris sambil saling menghadap dengan yang berbaris di sebelah kanan.

Ini merupakan kali pertama hotel ini dikungjungi VVIP setelah Amelia mula bekerja di sini. Berdebar tidak perlu cakap. Cik jantung ini sudah mahu luruh dari badan. Walaupun papanya merupakan orang yang agak terkenal dalam bidang bussines, dan dia pun sudah banyak kali menghadiri majlis yang mana ramai VIP hadiri tetapi, kali ini vibe nya lain. Mungkin sebab dia di sini atas dasar bekerja dan bukannya menghadiri sesuatu majlis.

Setelah beberapa minit menunggu, Raja Efzan tiba dengan dua orang VVIP yang dikatakan tadi. Posisi kembali dibetulakan biar tampak kemas dan profesional. VVIP itu merupakan Seorang lelaki, manakala seorang lagi perempuan. Tengok gaya macam pasangan suami isteri. Kedua-dua VVIP itu mempunyai wajah dalam lingkungan 50-an.

Mereka bertiga menuju ke arah bilik VIP yang sudah disediakan khas untuk mereka pada hari ini. Setelah VVIP itu masuk ke dalam bilik itu, semua pekerja yang tadi berbaris dengan teratur kini mengambil tempat masing-masing untuk menyambung kerja.

Sebaik sahaja Amelia ingin membuka langkah, ada satu suara yang menyeru namanya.

"Tengku Amelia. Datang sini kejap." panggil Efzan dengan nada suara yang agak tegas.

Amelia memandang Afrin sekilas sebelum memandang ke arah Efzan semula. Dia tidak mahu pergi berjumpa si dia itu. Tengok muka dia pun mood nya kembali berubah buruk.

"Awak pergilah. nanti cef marah" lembut Afrin berkata. Ada juga nada risau.

Amelia mengeluh kecil lalu melangkahkan kaki ke arah Efzan yang setia berdiri di sebelah pintu bilik VIP itu.

Sampai sahaja dia di hadapan Efzan, kepalanya didongakkan untuk melihat wajah Efzan.

Maklumlah, dia kan pendek.

"Ada apa cef panggil saya?" Efzan memandang wajah Amelia dengan muka tidak berperasaan.

"I want you to serve them today. Yes, I know that you are a chef and not a waiter, but i still want you to serve them." dahi Amelia sudah berkerut.

Kenapa aku pulak?!

"Kenapa saya cef? Kan kita ada pelayan. Kenapa saya? Kalau ya pun cef nak tukang masak yang layan VVIP tu, kenapa saya? Ramai lagi chef yang pangkat lagi tinggi dari saya." laju Amelia bertanya. Dia ingin tahu kenapa dia yang perlu layan VVIP itu sedangkan ramai lagi pekerja yang lain.

"Kenapa? Tak yakin yang you boleh hadap dorang?" Senyum sinis terukir pada bibir Efzan. Suaranya perlahan dan cukup untuk hanya mereka berdua dapat mendengarnya.

"Come on girl, show me what you're capable of."

Apa? Kau ingat aku tak boleh?

"Saya? Takut? Salah orang." Amelia kemudian berlalu masuk ke dalam bilik VIP itu meninggalkan Efzan bersendirian di luar. Efzan menyangkan senyum puas. Dia tahu yang Amelia pantang dicabar.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {ON HOLD}Where stories live. Discover now