Part Time Wife | Teaser 4

Start from the beginning
                                    

Tersedar saja aku, dah elok aku terbaring dalam pelukan Hikall. Jap, bila masa aku baring sebelah dia ni. Raup muka, aku terus angkat tubuh ingin bangun. Namun pergerakan tu terbatas gara-gara pergelangan tanganku dilelar Hikall yang matanya masih terpejam itu.

"Hikall..." tanpa sedar mulut aku menyebut namanya.

"Jangan pergi," ucapnya lemah. Hampir merayu.

Kesian dengan riaknya. Aku kembali baringkan tubuh. Mungkin Hikall sedang bermimpi. Mungkin dia ingat aku ni Aishah.

Aku baring balik sebab aku kesian. Sebab Hikall tak sihat. Aku kesian dia rindukan arwah isterinya.

Kesian je Sofea. Nothing more than that.

Walaupun Hikall cuma kaku di sebelah. Jantung aku ni dah macam nak tercopot keluar. Tak tipu, setahun lebih kahwin dengan Hikall, kami memang tak berkongsi katil walaupun pada malam pernikahan kami. Jadi bila tiba-tiba terpaksa rela tidur sebelah Hikall ni, sebagai perempuan normal, pastinya aku jadi tak keruan. Lagi-lagi sedari tadi deruan nafas hangat asyik menampar kulit muka.

Aku cuba pejam mata dan tenangkan hati yang tak tenteram. Cuba untuk kembali lena.

Tapi haram tak lena. Hish!

Tiba-tiba aku rasa nak kalih ke tepi tengok Hikall. Kenapa? Aku pun tak tahu. Tiba-tiba je rasa nak tengok Hikall. Sekarang ni semua dah jadi tiba-tiba. Tak ada yang normal dah.

Tiba-tiba Hikall hilang. Tiba-tiba berkongsi katil dengan cik suami buat pertama kali. Dan tiba-tiba rasa nak tatap wajahnya.

Wajah Hikall yang terpejam itu aku amati betul-betul. Hikall seorang yang ada rupa. Kacak. Aku akui hal itu. Kalau tak, takdelah officemate aku duduk tergilakan Encik Hikall. Kalau tak kerana perangai cerewat Hikall yang bikin aku geram sepanjang masa, tak mustahil aku pun ikut sama jatuh hati tergolek-golek.

Sementelah, ramai je perempuan dekat ofis yang menaruh hati dekat Hikall dalam diam. Memandangkan tak ada siapa pun yang tahu sebenarnya Hikall bukan duda lagi. Aku jelah yang tahu.

Tak tahu kenapa, tiba-tiba jemari naik mengusap mukanya. Aku usap keningnya lalu jatuh ke hidung mancungnya kemudian berakhir di pipinya. Aku berani sentuh muka dia sebab aku tahu dia tak sedar aje. Bila lagi kan nak tilik muka suami sendiri kan, dah alang-alang dapat suami hensem macam ni. Orang kata, menyelam sambil minum air.

Sesaat kemudian, mata Hikall terbuka.

Dan aku terus terdiam. Alamak, tangan aku dekat pipi dia lagi. Macam nak cover ni. Jap, tapi dia mimpi kan. Tadi dia ingat aku Aisyah kan. Nak cover punya fasal, aku pilih untuk hadiahkan Hikall sebuah senyum manis seikhlas mungkin. Mungkin tak semanis senyuman Aisyah tapi aku harap sedikit sebanyak bolehlah kurangkan kegalauan hatinya yang merindui Aishah. Walaupun hanya berpura-pura.

Kami saling menatap. Dan dadaku dihempas debaran bila tatapan Hikall bertukar. Cara Hikall pandang aku sekarang seolah-olah...

Seolah-olah dia sedang jatuh cinta.

Kau Aishah bukan Sofea dekat mata dia. Ingat tu, Sofea.

Nafasku tertarik tajam bila Hikall turut letak tangan di wajahku. Hangatnya tangan Hikall buat jantung aku makin tak keruan. Air liur aku telan berkali-kali. Apa akan terjadi?

Oh Hikall, don't do this. Don't do this to my poor heart.

Nafasku terasa senteng bila tangan Hikall menurun mengusap pipi dan akhirnya jatuh di bibirku. Ibu jarinya menari-nari di situ buat beberapa saat. Dan aku tak mampu untuk berbuat apa-apa. Perlahan-perlahan jemarinya bergerak ke belakang tengkukku. Aku pejam mata saat Hikall tarik leher aku mendekat.

Part Time Wife ( Ebook)Where stories live. Discover now