01 | 𐌕𐌉𐌀Ɽ𐌉Ɀ

329 29 18
                                    

2 minggu (Detention Harriz dan Tiara)

Awal pagi lagi Tiara sudah terpacak di dalam kelas yang di khas kan untuk mereka berdua. Segala tugasan sepanjang dua minggu itu, mereka berdua akan melakukan di dalam kelas itu dan tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti sukan.

Harriz seorang yang bijak namun dia tidak menggunakan kebijaksanaan itu ke jalan yang betul. Banyak gosip liar yang Tiara dengar sejak dia mengenali pelajar itu. Ya, dia dari keluarga yang berada dan mewah dengan harta tetapi itu tidak setanding dengan tingkah laku Harriz di sekolah. Jauh panggang dari api.

Tingkah laku yang baik bukan diukur oleh kekayaan kerana ada je yang baik dan menghormati orang sekeliling walaupun dia tidak kaya raya.

"Cepat la buat latihan ni. Kejap lagi cikgu Carol masuk."

"Kau buat kan untuk aku boleh?" Tanya Harriz senada.

"Tak cacat kan? Cukup sifat kan? Buat sendiri." Tersentak Harriz mendengarnya.

"Kedek betul la budak cantik ni." Ucapnya perlahan ingat Tiara tak dengar la tu.

Kata-kata yang dilontarkan oleh Tiara telah membuatkan hati Harriz membungkam. Geram pula bila di sindir seperti itu. Dia terus mengambil bukunya dan kembali ke tempat duduk semula. Cantik tapi garang macam singa patutlah tak ada orang nak dekat dengan dia kan.

Dalam pada menyiapkan latihan yang cikgu Carol beri itu, perutnya tiba-tiba terasa lapar. Memandangkan mereka di dalam tahanan denda maka boleh la dia mencuri makan di dalam kelas.

Jap!!!

Sejak awal pagi tadi Harriz langsung tidak mengisi perutnya. Waktu rehat juga sama. Orang keluar rehat Harriz masih di kelas sendirian. Puasakah dia ni? Budak nakal seperti dia bagus betul ganti puasa. Orang kata don't judge the book by its cover. Tapi betul ke dia puasa atau dia sentap dengan kata-kata Tiara.

Dia mengeluarkan sebiji roti gardenia lalu dihulur pada pelajar itu.

"Ehem! Awak nak roti?" Huluran Tiara dibiarkan tanpa jawapan. Dia langsung tidak menyambut huluran Tiara itu.

"Kalau nak mati kebulur pun jangan duduk sebumbung dengan saya. Tak pasal-pasal saya kena jadi saksi awak." Katanya dengan sinis.

Harriz ternampak Tiara melangkah keluar dari kelas.

"Kau nak pergi mana?"

"Tandas." Harriz menyambung kembali merenung nasib di tepi tingkap. Hatinya bersorak riang. Pasti ada sesuatu yang di rancang tanpa pengetahuan Tiara.

Tiara bingung awal pagi tadi bukan main dia mengacau orang tetapi selepas Tiara menegur terus dia berubah seperti orang bisu. Sok baik lorh!

Tidak lama kemudian, daun pintu dibuka luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak lama kemudian, daun pintu dibuka luas. Aik mana mamat sengal tadi? Waktu sekolah belum habis lagi tak kan dia dah balik kot?

"Se... Sengal.. Sengal bin biol! Weh jangan lah tinggalkan saya sorang dalam kelas ni."

HARRIZ MIKA (OG)Where stories live. Discover now