━━.12 - Crystal Heart

4 1 15
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

KAKI paras buku lali dibiarkan berendam sambil dia menunggu masa untuk tangkap sesuatu. Air sungai cetek yang mengalir pada waktu itu sangat perlahan dan ini memberi peluang untuknya.

Splash!

Air sungai merecik ke baju saat dia menghalang ikan kecil dari berenang menggunakan tangan. Haiwan itu kemudian dimasukkan ke dalam balang kaca yang sudah berisi dengan air sungai.

"Papa, John dapat satu!" teriak John begitu gembira. Ikan kecil tadi diamati buat seketika.

Ikan itu seperti ikan laga, iaitu berekor kembang. Uniknya, haiwan tersebut bercahaya terang sehingga menampakkan tulang di dalam. Warnanya yang ungu bercampur biru turut menyerlahkan kekaguman pada wajah John.

William tersenyum dari jauh. Dia memanggil John untuk membawa ikan itu ke mari supaya Lylla juga boleh letakkan ikan laga hasil tangkapannya dalam balang yang sama. Namun, ikan Lylla sangat mengagumkan mata masing-masing. Ianya berwarna kuning bercampur biru dengan sedikit tona warna hijau.

Dan pastinya, ikan itu menyala.

Ketiadaan Karli di situ membuatkan William mangambil tugas untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Disebabkan mereka sekeluarga bakal tinggal di situ atas arahan ketua keluarga, Karli pulang ke bumi untuk mengemas baju.

"Aunty Rin, jom tangkap ikan sekali...!" laung John. Karina sekadar senyum tanpa menggeleng atau mengangguk kepala. Namun begitu, John tidak kisah jika wanita itu tidak mahu.

Dari tadi Karina duduk di atas timbunan batu yang besar sambil mengamati permandangan di situ. Hari sudah malam, namun permandangan bagaikan di siang hari. Lama betul dia tidak menjejaki kaki ke planet Hella dan menikmati permandangan sebegitu.

"Buat apa atas batu tu, Rin?" tegur William. Dia sengaja bertanya untuk memastikan keadaan Karina baik-baik saja. Membaca dari raut wajah, William fikir adiknya itu mahukan ketenangan selepas perkara yang berlaku.

Selang beberapa minit, dua sahabat muncul. Siapa lagi kalau bukan Bang Chan dan Jisung. Itupun mereka datang kerana William. Bolehlah mereka mengisi masa bersama-sama sebelum pulang ke bumi esok hari.

"Chris." Isyarat mata William diekori Bang Chan sehingga figura Karina dilihat sedang berseorangan di atas timbunan batu. William mahu Bang Chan duduk di samping Karina sementara dia melayani anak-anaknya.

Bang Chan melipat bibir ke dalam. Dia teragak-agak namun kaki cepat sahaja bergerak memanjat timbunan batu. Manakala Jisung, dia diajak William untuk menangkap ikan bersama-sama. Sekilas jejaka itu memandang Bang Chan yang akhirnya sampai ke puncak.

"Maafkan saya sebab dah bahayakan awak," ucap Karina, tanpa teragak-agak ataupun tanpa gugup. Dia langsung menyatakan kata maaf disebabkan terbuka pintu portal di rumahnya tempoh hari.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] VIOLET WITCH : The Queen Of DesertWhere stories live. Discover now