"Lagi satu, penderma minta operation dijalankan lebih awal supaya dapat elakkan apa-apa insiden buruk terjadi pada penerima. Sebab kalau kondisi penerima dalam keadaan memburuk, secara tak langsung akan bagi impak juga untuk nyawa penderma."

"Maksudnya, nak kena cepat?"

Doktor itu angguk lagi kepala. "Penderma cadangkan minggu depan lebih cepat."

"Terlalu awal.." Bisik Efzan. Dia tahu bagaimana prosedur untuk sesuatu pembedahan. Kadangkala untuk melakukan sesuatu pembedahan perlu pemeriksaan yang mendalam dan teliti.

"Memang terlalu awal. Tetapi disebabkan mahu mengurangkan risiko, kita terpaksa awalkan untuk kesejahteraan semua. Berharap dua-dua akan selamat."

"Kalau operation ni diawalkan, dua-dua selamat, kan?" Puan Aminah menyoal kembali.

"Dengan izin Allah, dua-dua akan selamat."

SEPASANG mata sedang memerhati figura tubuh tua di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPASANG mata sedang memerhati figura tubuh tua di hadapannya. Berdebar-debar seakan akan merasa malaikat maut bakal menjemput. Namun begitu, langkah tetap dibuka mendekati Tengku Nina yang masih kekal diam sambil menatap telefon pintar.

"Umi..." Panggilnya dengan nada lemah.

Tatkala mendengar suara itu, Tengku Nina tidak lagi menoleh ke kiri dan ke kanan. Terus sahaja kepala itu menoleh mengikut suara itu berasal.

"Umi sibuk?" Soalnya.

"Dah kenapa tiba-tiba tanya umi sibuk ke tak? Kalau sibuk, umi tak ada dah duduk dekat sini." Kata wanita paruh usia itu. Seperti biasa kalau dengan Hanim. Seperti peluru keluar.

"Umi, Hanim bukan nak ajak gaduh. I want to talk with you about something serious. Tak ada masa nak bergurau." Perubahan pada riak wajah Hanim buatkan Tengku Nina telan air liur kelat.

Tak pernah lagi dia melihat Hanim seperti ini. Serius.

"A-Apa dia?"

"Hanim minta maaf." Hanim senyum paksa. Kepala tertunduk tidak mampu melihat reaksi Tengku Nina.

"Kamu ni dah kenapa? Nak buat drama sedih ke?"

Hanim menggeleng.

"Habistu?"

Nafas ditarik lalu dihembus kasar.

"Hanim nak derma hati Hanim dekat orang lain." Beritahunya tanpa berlapik.

Membuntang mata Tengku Nina saat mendengar. Bahkan hampir gugur jantungnya angkara bait kata yang baru sahaja dilemparkan oleh Hanim. Dia tak salah dengar, betul?

"Hanim tahu kan apa yang kamu buat sekarang ni?"

"Tahu, Hanim tak gila lagi. I know what I did. Hanim dah agak umi akan marah."

"Ibu mana yang tak marah?! Kenapa buat sesuka hati tanpa umi dan abi tahu?!" Jerkah Tengku Nina begitu kuat buatkan kedua bahunya terhinggut.

Untuk pertama kalinya dia dijerkah seperti itu.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now