"Sekarang saya buntu, saya tak tau nak buat apa.. Saya dah gagal, saya gagal lindungi isteri saya sedangkan semua tu tugas saya.." Haffaz berkata dengan penuh penyesalan. Air mata lelaki itu mengalir perlahan kerana rasa bersalahnya terhadap Darisa.

"Haffaz.. setiap manusia ada kesilapannya, semua yang terjadi kita tak boleh letakkan sepenuhnya kesalahan terhadap diri sendiri.." ujar Pak Zahid aambil menepuk bahu bidang Haffaz.

"Lagi satu, kita sebagai suami memang tugas kita adalah jaga dan lindungi isteri dan anak - anak.. Tapi tak bermakna disebabkan satu kesalahan itu membawa kemusnahan.. Ni pakcik nak tanya, kamu sayangkan isteri kamu?"

"Sayang.."

"Lepas apa yang terjadi, kamu nak ceraikan dia?"

"Tidak" Haffaz membantah keras. Sukar dia hendak melepaskan Darisa, walaupun dirinya merasa kecewa dengan apa yang terjadi.

"Tengok, Allah dah tetapkan jodoh kamu berdua.. Allah datangkan ujian sebesar ini sebab nak tengok sejauh mana kamu boleh bertahan dan sejauh mana kamu ingat Allah.."

Tersentuh Haffaz tika mendengar kata - kata itu. Benar, apa yang berlaku membuatkan Haffaz semakin bergantung kepada Allah SWT. Setiap doanya pasti terselit nama isterinya dan dia mengharapkan rumah tangganya akan berkekalan sehingga akhir hayat.

"Beginilah, kuatkan diri dan terus berdoa.. Berdoa lah sebanyak yang mungkin, ujian rumah tangga memang begini, ada naik turunnya.."

"Dan ingat, dalam perkahwinan ni kita tidak boleh berlandaskan hanya nafsu semata - mata.. Terimalah kekurangan pasangan kita dan hargailah sebab suatu hari nanti dialah akan jadi bidadari syurga kita.."

Setiap bait ayat yang keluar dari mulut Pak Zahid menyentuh perasaan dan jiwa Haffaz sekaligus memberikan ketenangan dalam dirinya. Wajah Darisa kini bermain - main dalam mindanya.

Rindu.

Bagaimana gadis itu tersenyum dan tertawa membuatkannya rindu.

Bagaimana gadis itu tersenyum dan tertawa membuatkannya rindu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI INI adalah hari pembicaraan terakhir Adryan di mahkamah. Adryan sah atas pertuduhan membunuh dan merogol, walaupun kes pembunuhan Mala sudah berlalu setahun yang lalu namun atas permintaan ahli keluarga, kes ini dibuka kembali.

Darisa yang pada mulanya dilarang untuk bertemu dengan Adryan. Namun kerana kedegilannya yang terlalu berlebihan, mahu tidak mahu Haffaz terpaksa turutkan.

"Risa!"

"Dina.." bisik gadis tersebut sebaik melihat Irdina berlari menghampirinya.

"Aku rindu kau" tutur Irdina sambil menangis - nangis memeluk tubuh rakannya. Mujur Haffaz memberitahunya mengenai Darisa, kalau tidak sampai bila - bila pun Irdina takkan tahu keberadaan Darisa.

"Kau sihat?" lembut Darisa menyoal. Belakang tubuh Irdina diusap usap sayang. Bibir dipaksa ukir senyuman, berusaha memperlihatkan bahawa dirinya baik - baik saja.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now