Pedih. Perit. Sakit.

Dia berdosa.

Dia manusia yang berdosa.

Adakah Allah boleh memaafkan manusia yang berdosa sepertinya?

LAUNGAN azan zohor kini bergema menandakan sudah masuknya waktu solat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LAUNGAN azan zohor kini bergema menandakan sudah masuknya waktu solat. Haffaz tanpa segan silu menjejakkan kaki ke dalam masjid yang berdekatan dengan syarikat keluarganya.

Seusai sahaja menunaikan solat, Haffaz masih duduk bersila. Menghadap kiblat sambil termenung, jari jemarinya bermain satu sama lain. Entah apa yang difikirkan oleh lelaki itu.

"Assalamualaikum nak.." satu suara dari sebelah kanannya menghentikan lamunan lelaki itu. Laju Haffaz memalingkan wajahnya, seorang lelaki tua berpakaian jubah putih dengan kopiah putih datang menghampiri.

"Waalaikumsalam" balas Haffaz. Tangan lelaki tua itu dicapai lalu dikucup mesra.

"Baru pertama kali datang sini ke?" soal lelaki tua tersebut.

"Ha'ah, pertama kali.. Sebelum ni saya selalu sembahyang kat masjid dekat dengan rumah keluarga saya" beritahu Haffaz. Walaupun masjid itu berdekatan dengan pejabatnya namun tidak pernah sekalipun Haffaz menjejakkan kaki.

"Ouh yeke, patutlah baru nampak.. pakcik imam kat masjid ni, boleh panggil Pak Zahid" lelaki tua yang digelar Pak Zahid itu memperkenalkan diri. Manis senyuman Pak Zahid apatah lagi dengan janggutnya yang panjang.

"Ouh.." Haffaz hanya mampu meng'oh'kan sahaja.

"Nama kamu siapa?"

"Haffaz.. panggil Faz pun boleh"

Pak Zahid mengangguk tanda faham. Lelaki tua itu perlahan lahan melabuhkan punggungnya duduk bersebelahan dengan Haffaz.

"Maaf kalau pakcik bertanya, Faz ada masalah ke? Sejak tadi pakcik tengok Faz termenung jauh macam orang ada masalah" tegur Pak Zahid.

Haffaz terdiam membisu. Kepala ditundukkan sedikit ke bawah, jujur sekarang ini dia sudah buntu dan tidak tahu ingin lakukan apa setelah kejadian ngeri terjadi terhadap isterinya.

"Kalau Faz ada masalah, kongsikan dengan pakcik.. Insha Allah kalau boleh pakcik bantu, pakcik akan bantu" sambung Pak Zahid lagi.

Ketika mendengarkan kata - kata Pak Zahid, Haffaz menghela nafas berat. Air liur diteguk berkali kali bagi membasahkan tekak yang terasa kering. Satu persatu kisahnya diceritakan kepada Pak Zahid.

Bagaimana pertemuannya dengan Darisa.

Bagaimana perlakuannya terhadap isterinya.

Bagaimana mereka dipertemukan untuk kali kedua.

Dan semua yang baru terjadi. Semuanya diceritakan satu persatu.

Pada masa yang sama Pak Zahid setia mendengar dengan penuh perhatian. Tatapan mata lelaki tua itu merenung tepat wajah tampan Haffaz.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now