Memperlihatkan segala-galanya bahawa isterinya itu seorang wanita yang 'berharga'.

"Tipu, padahal saya tak cantik pun" balas Darisa, anak mata merenung tepat ke dalam anak mata suaminya. Mencari kebenaran, adakah benar pengakuan itu?

Haffaz tersenyum senget. Tudung labuh isterinya ditarik sedikit kebawah. "Cantik, lagi cantik daripada sebelum ni... Make sure, kalau keluar tudung biar lagi labuh hmm" arahnya. Sudah menjadi tugasnya untuk memastikan aurat Darisa terjaga.

Mungkin dahulu dia tidak peduli, tapi sekarang dia akui Darisa adalah tanggungjawabnya.

"Okay..." Kepalanya diangguk-anggukkan sahaja tanda faham. Namun jauh di sudut hati, kesemua layanan yang Haffaz berikan membuatkan perasaan marah dan kecewa di dalam hatinya semakin mereda.

"Ada apa-apa lagi? kalau takde apa-apa kita keluar..." ujar Haffaz, beg tangan isterinya yang terletak di atas meja solek diambil. Mendengarkan soalan itu, Darisa menggelengkan kepala.

"Takde..."

"Okay, jom" tanpa ragu-ragu, tangan isterinya digapai lalu digenggam erat kemudian membawa tubuh itu pergi meninggalkan bilik mereka.

"Kita nak pergi mana?" Darisa mula bersuara, jujur dia sendiri tidak tahu kemana halatuju mereka.

"Beautiful places..." Haffaz menjawab dengan ringkas. Semakin berkerut dahi Darisa saat mendengarkannya. Yelah, kalau kata tempat yang cantik, banyak je kat dunia ni tempat-tempat cantik.

"Kat mana?" Darisa menyoal lagi.

"Ikut je"

Mahu tidak mahu, Darisa terpaksa akur. Langkah laju mengikuti jejak suaminya dari belakang.

"Mari sini handbag saya" pinta gadis itu. Tangannya dihulurkan kearah Haffaz, meminta beg tangan yang masih dipegang oleh lelaki itu.

"Biar abang bawa"

"Tak payah, buat berat tangan awak je"

Mendengar kata-kata isterinya, Haffaz menghembuskan nafas berat. "Kita dah janji kan?"

"Janji? Janji apa?"

"Risa, abang taknak tengok kita macam dulu, susah sangat ke nak biasakan diri panggil abang dengan panggilan lain selain 'awak'?" ujar Haffaz dengan nada suara kedengaran agak kasar. Sedikit kesal.

Kesal kerana Darisa seolah-olah tidak mahu memperbaiki hubungan mereka yang dulu kian meruntuh akibat ego Haffaz.

"Maaf..." Darisa menundukkan sedikit kepalanya. Serba salah, bukan dia sengaja nak panggil Haffaz 'awak'.

"Maaf je?"

"Hah?" kepalanya terus didongakkan keatas. Wajah tampan suaminya yang serius dipandang penuh perhatian.

"Maaf je, takde salam?" keningnya dijungkit keatas sedikit. Bibir menarik senyuman nakal.

"Perlu ke?"

"Perlulah, isteri kalau dah buat suami marah tu, kenalah pujuk... Salam ke, cium pipi ke... Barulah hati suami sejuk sikit" ucap Haffaz penuh muslihat. Dia memerhatikan raut wajah isterinya. Wajah merah padam Darisa membuatkan lelaki itu geli hati.

Comel.

"Ni ambil kesempatan ke apa?"

"Lebih kurang macam tu lah, apa salahnya ambil kesempatan dengan bini sendiri, kan?" ucap lelaki itu dengan sengihan nakal di wajahnya. Sukalah tu sakat isteri.

Darisa pula hanya mampu tergelak kecil. Kepala banyak kali digeleng. Mengada-ngada betul.

"Cepatlah, kata maaf... Tapi kenapa tak salam langsung?" ujar Haffaz, tangannya sudah dihulurkan ke arah sang isteri. Berharap gadis itu menyalam tangannya seperti yang diinginkan.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now