Tubuh kecil itu dipusingkan agar menghadapnya. Terasa kejap sungguh pegangan lelaki itu, lebih-lebih lagi tatkala Haffaz sudah mulai memasangkan wajah penuh serius di hadapan Darisa.

"Aku taknak ajak kau gaduh, aku nak perbetulkan semuanya..."

"Perbetulkan apa?"

"Hubungan kita, aku nak kita hidup macam suami isteri biasa, bukan lagi atas kertas..."

Darisa menundukkan kepalanya ke bawah. Perbetulkan?

"Awak nak betulkan? Macam mana kalau hati saya dah takut nak terima orang lagi?" ujar gadis itu, matanya sudah merah akibat menangis.

Cukuplah dia sendiri sudah terseksa diperlakukan seperti dialah yang bersalah atas segala-galanya.

Bak kata Inara.

Pembawa sial.

Ya, itulah dia. Pembawa sial.

Disaat melihat isterinya sudah mengalirkan air mata. Haffaz segera mendakap tubuh kecil gadis tersebut, belakang tubuh sang isteri diusap lembut bagi meredakan rasa sebak yang dirasainya.

"Sshhhhh, jangan nangis... Aku tak suka tengok kau nangis..." bisik lelaki itu tepat di cuping telinga Darisa.

Ketika itu, Darisa sama sekali tidak menolak. Malahan pelukan yang diberikan oleh suaminya membuatkan tangisannya mereda.

"Let me fix it, kita mulakan semuanya dari awal" bisik lelaki itu lagi. Pelukan tadi perlahan-lahan Darisa rungkai, menatap suaminya dengan mata masih tersisa dengan mutiara jernih tadi.

"Baliklah Haffaz, saya tak perlukan awak kat sini" lembut sahaja nadanya. Dada tegap suaminya ditolak lembut. Tidak mampu nak meninggikan suara kerana sedar akan statusnya.

Selagi dia masih bergelar isteri kepada lelaki itu. Selagi itu, syurganya masih di bawah telapak kaki Haffaz.

"Aku stay..." balasnya ringkas. Raut wajah tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Tenang.

"Apa maksud awak?"

"Mulai harini aku tinggal dengan kau..."

Bagaikan mimpi, kata-kata yang baru sahaja keluar dari hujung bibir Haffaz membuatkan Darisa tergamam. Terpinga-pinga gadis tersebut dibuatnya.

Tinggal? Berdua?

"Haffaz, benda ni bukan main-main, tak perlu nak ti--"

"It's not a joke, aku tak main-main, dan aku tak rasa pun benda ni main-main.. Yes, because I want you.. I want you to stay by my side, that's enough.."

"Then, you're still my wife, so tak jadi masalah kalau aku tinggal dengan kau... kau kena ingat, kau hak aku, Darisa... " suara garau itu semakin lama semakin kuat kedengaran. Haffaz mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Darisa lalu berbisik lembut.

Tak semena-mena jantung gadis itu berdegup kencang. Setiap kali Haffaz bertingkah seperti itu, ketika itulah hatinya mulai memainkan peranan.

"Baliklah, macam mana kalau umi cari awak?"

Tergelak kecil Haffaz mendengar, bibir merahnya menyeringai seraya menatap wajah jelita di hadapannya dengan begiru teliti.

"Sayang, aku bukan budak kecil lagi... Dah kahwin, dah besar, buat apa nak libatkan umi? Umi takkan peduli apa yang jadi antara kau dengan aku..."

Darisa terdiam. Mulut bagaikan sudah dikunci rapat, lidah pula sudah kelu seribu bahasa, tidak terlintas pun ayat yang keluar dari kepalanya.

"So please, back to our daily life.. As husband and wife, not as a stranger..." lelaki itu mula merayu. Merayu agar Darisa kembali semula kepadanya seperti sedia kala. Kembali seperti awal pertemuan mereka yang tidak begitu indah.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now