"Aku dah kahwin..."

Sebaris ayat yang jelas dan tidak berjela-jela mulai didengari tepat di dalam pendengaran mereka semua yang berada di ruangan yang sama.

Puan Aisah dan Arshad lebih terkejut ketika mendengar. Hampir terkeluar biji mata. Tidak menyangka.

"Ya Allah, sejak bila? Habistu mana isteri kamu? Kenapa datang sini dengan Hanim... Tak ajak isteri pun..." soalan demi soalan mula dilemparkan. Puan Aisah kini dalam keadaan kekeliruan. Nak kata happy pun susah sebab dia sendiri masih terkejut dengan berita pernikahan bekas anak yang diasuh dulu.

"Ada je, tengah bercuti..." bohongnya. Terpaksa berbohong kerana dia tahu Darisa saat itu tidak mahu hubungan mereka diketahui oleh Puan Aisah

"Eh, asal bercuti seorang-seorang? Tak berdua... gaduh?" duga Arshad. Dipandangnya Haffaz begitu teliti.

Tak semena-mena Haffaz meneguk air liur payah. Agak terganggu dengan soalan Arshad, jika ingin diturutkan hati. Mahu sahaja dia memberitahu perkara sebenar.

"Takde, kitorang tak gaduh pun"

SUARA gelak ketawa kanak-kanak penuh girang menimbulkan suasana riuh rendah di rumah anak yatim tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUARA gelak ketawa kanak-kanak penuh girang menimbulkan suasana riuh rendah di rumah anak yatim tersebut. Seronok sungguh dengan permainan mereka. Darisa duduk bersila memerhati mereka, bibir merahnya menarik senyum manis tatkala melihat gelagat mereka.

Alangkah baiknya jika dia juga mempunyai anak.

Namun adakah peluang? Hubungannya dengan Haffaz pun masih renggang seperti dahulu.

"Umi, umi..." seorang kanak-kanak perempuan tiba-tiba melangkah mendekati Darisa.

"Ye sayang?" laju Darisa mendongakkan kepalanya tatkala mendengar suara si kecil.

Tidak lama kemudian, anak kecil itu menghampirkan wajahnya dengan telinga sebelah kanan Darisa lalu membisikkan sesuatu sehingga membuatkan Darisa terkedu buat seketika.

"Kenapa?"

"Tak tau..." bilang kanak-kanak tersebut sambil menggelengkan kepalanya.

Nak tak nak, Darisa memaksa diri untuk bangun dari tempat duduknya. Meninggalkan anak-anak yang sudah asyik dengan dunia mereka.

Langkah demi langkah dia menuju ke sesuatu tempat sambil mata meliar-liar di kawasan seperti mencari sesuatu.

"Darisa..."

Satu suara menghentikan pergerakan gadis itu lalu wajahnya dipalingkan kearah suara itu berasal.

Terkelu lidah gadis itu tatkala menyedari keberadaan Haffaz. Lelaki yang digelar sebagai suami itu kini berdiri tegak di hadapannya.

"Apa yang awak buat kat sini?" soal gadis itu.

"Aku nak jumpa kau" jawabnya ringkas. Perlahan-lahan langkahnya diatur mendekati isterinya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐈𝐧-𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠Where stories live. Discover now