"Hm, memang lah betul... Tapi janganlah cakap macam tu, kang tak pasal-pasal kamu pulak tiba-tiba jadi macam 'dia'"

"Astagafirullah Hal'azim..." laju Arshad bawa mengucap. Kepalanya digeleng-geleng berulang ulang kali.

"Arshad dah dilahirkan sebagai lelaki, dah lelaki tu... lelaki lah, kenapa nak tukar-tukar pulak... Tak sanggup Arshad nak tanggung dosa di alam barzakh nanti" katanya.

Tersengih Puan Aisah mendengar. Nasib baik lah Arshad tahu apa hukum hakam melakukan perkara seperti itu.

"Hah, eloklah tu... Ingat selalu, jangan lupa... jangan leka" pesan si ibu lagi.

Terangguk-angguk si Arshad. Apalah daya dia nak membantah kata-kata ibunya.

Tidak lama kemudian, pandangan lelaki itu mula dialihkan kearah sang sahabat. Sahabat yang sudah menemaninya sekian lama namun akibat kekangan kerja, pertemuan mereka terbatas.

"Haffaz..." seru Arshad. Langkah kembali diatur mendekati Haffaz.

Laju-laju Haffaz menatap rakannya sebaik mendengar namanya dipanggil.

"Kau apa khabar?" soalnya.

"Alhamdulilah, sihat je, kau?" dalam keadaan tenang, lelaki itu membalas. Darisa yang berada tidak jauh dengannya sempat dipandang secara curi-curi.

"Syukur, sihat walafiat lagi aku... Hanim pulak?" kali ini giliran Darisa disoal.

"Ah... Sihat..." balas Hanim dengan riak wajah terkejut. Terkejut dek disoal secara tiba-tiba.

Arshad sekali lagi menganggukkan faham. Suasana janggal kembali terasa, setelah sekian lama tidak bertemu. Pertemuan mereka tidak lagi seperti dahulu, hanya kenangan lama yang terimbau.

Masing-masing sudah besar dan masing&masing sudah hidup berdikari.

"Mana Haziq?" soal Arshad tatkala menyedari ketiadaan Haziq.

"Dah sibuk dengan keluarga kecil dia" sampuk Puan Aisah. Maklumlah, sudah bertahun-tahun tidak bertanya khabar. Haziq yang sudah berkahwin pun tidak diketahui sama sekali. Apatah lagi Haffaz.

"Lah, kahwin tak bagitau pun"

"Macam mana nak bagitau kalau dah lama tak berhubung"

Berkerut-kerut dahi Puan Aisah, nafas dihembus perlahan. Geram pula dengan kata-kata anak lelakinya, tak pandai-pandai. Dah lama lost contact, memanglah susah nak bagitahu.

Ini pun nasiblah, baru-baru ini terdetik hati Tengku Raihan ingin mempertemukan semula anak-anaknya dengan bekas pengasuh mereka yang sudah bekerja keras menjaga ketiga-tiga adik beradik itu.

"By the way, kau ni Faz, asal tak kahwin-kahwin lagi? Adik kau dah kahwin, kau ni yang lagi tua, apasal belum? Ke kau ni memilih?" persoalan yang tidak diduga akhirnya terlontar.

Darisa yang turut mendengar berdiri tegak di tempatnya. Jujur, dia sendiri terkilan dengan soalan yang baru sahaja dilemparkan oleh Arshad.

Hatinya berbisik menyoal diri. Adakah Haffaz akan mengaku dirinya sudah berkahwin ataupun disebaliknya?

"Kenapa kau tanya?" Haffaz bersuara kembali.

"Saja je, nak tau jugak status kau sekarang... Haziq kahwin pun aku tak tau, apatah lagi kau" selamba Arshad membalas. Orangnya pun boleh kata peramah, memang tak hairan jika dia terlalu suka bercakap dengan orang walaupun kurang kenal.

Lama soalan Arshad dibiarkan sepi. Malah Haffaz merenung lama wajah Darisa di hadapannya. Hanim yang sedari akan pandangan abangnya sudah boleh menduga sesuatu.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now