Terdiam gadis itu dibuatnya. Kepalanya tertunduk ke bawah sambil memerhati jambangan bunga putih itu.

"Mak long, kita tunggu sekejap lagi yee.." rayu Irdina.

Sepasang anak matanya setia menatap skrin telefon bimbit itu. Perasaan mula bercampur aduk, entah hendak menangis atau pun marah.

Takut jika terjadi sesuatu yang tidak pernah ia terfikir selama ini.

New Messages From Haffaz.

Sebaik sahaja terpapar sebaris ayat itu di atas skrin telefon bimbitnya. Jari jemari Irdina secara tak langsung membuka isi pesanan ringkas yang dihantar oleh Haffaz.

Haffaz
- Dina..
- Aku minta maaf..
- Aku tak boleh teruskan..

Saat membaca sepatah demi sepatah teks yang terpapar di atas skrin, lidah gadis itu terkelu seribu bahasa.

Haffaz
- Aku cuma anggap kau tak lebih dari seorang kawan..
- Sorry, but I have to tell you the truth..
- Aku kahwin dengan kau bukan atas dasar cinta, sorry..
- Dan aku bukanlah lelaki yang baik seperti yang kau sangkakan.. I'm just a human who always made a mistake..
- Sorry to say again, aku tak nak gantikan isteri aku..

'Isteri aku'

Ringkas tapi padat.

Irdina mengerutkan dahi, cuba menghadam teks yang dihantar oleh Haffaz.

Irdina
- Apa yang awak maksudkan dengan 'isteri aku'?

Haffaz
- Aku dah kahwin, Dina..
- Aku suami orang..
- Aku suami Darisa...

Terlepas terus telefon bimbit yang berada di dalam genggamannya. Terpaku di tempat ia berdiri, menggigil kedua-dua tangan gadis itu. Terkejut.

"Hei, kenapa ni Dina?" ujar sang ibu dengan kerutan di dahi.

Namun begitu, Irdina lama mendiamkan diri. Termenung sendiri sambil memerhati telefon bimbit yang sudah terjatuh di atas karpet.

"Dina, mama tanya ni kenapa?" soal Puan Azalea lagi. Bahu anak perempuannya dipaut lembut lalu digoyang perlahan.

"Ma.." seru Irdina dengan air mata yang sudah memenuhi tubir mata.

"Kita batalkan.."

"Batalkan apa?"

"Batalkan perkahwinan ni, Dina taknak teruskan.." kepalanya digeleng berulang-ulang kali. Air mata kini sudah mengalir setitis demi setitis membasahi pipi mulusnya.

"Kenapa pulak nak batalkan, dah ramai orang kat luar sana.. Dina nak batalkan? Apa yang rasuk diri kamu ni.." marah Puan Azalea. Naik bengang.

Irdina menghembuskan nafas berat, belakang tangannya mengelap sisa air mata.

"Please ma, ini keputusan Dina.. Dina tau susah, tapi Dina mohon" rayu Irdina sekeras hati.

Pilu hatinya tatkala mendengar kebenaran sebenar. Siapa sangka dia selama ini menyukai lelaki yang sudah menjadi milik orang lain. Tambahan pula, sudah menjadi milik sahabatnya sendiri.

"Dina, ni bukan majlis biasa.. Ada masalah ke dengan Haffaz.. Bagi tau mama.." pujuk Puan Azalea penuh kelembutan.

"Dina tak boleh teruskan, maaf..."

"MAIN suka hati kamu je nak batalkan macam tu kan!" jerkah Tengku Raihan penuh amarah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MAIN suka hati kamu je nak batalkan macam tu kan!" jerkah Tengku Raihan penuh amarah. Sepasang anak mata lelaki tua tersebut sudah menunjukkan api-api.

"Dah berkali - kali Faz kata dengan umi dan abi, Faz taknak kahwin dengan Dina.."

"Sekarang, baru menyesal? Baru beria taknak kahwin dengan Dina. Habistu dulu kenapa tolak tepi Darisa?!" jawab si ayah. Suara lantang lelaki itu memenuhi villa besar tersebut. Dek kerana marah, Tengku Raihan tidak lagi memedulikan hal yang terjadi di sekitarnya.

Disaat nama Darisa mula dipetik, Haffaz terus terdiam.

Dia tahu semua salahnya.

Ego,

Bodoh,

Ego dan bodoh kerana tidak menyedari betapa berharganya Darisa Haura itu.

"Kenapa tak ambik kesempatan ni? Dulu beria sangat nak kahwin dengan perempuan lain sampai abaikan Risa macam batu sisa kan.. So now, kenapa batalkan?!" kata-kata Tengku Raihan mencabar diri anak lelakinya.

"Because I love her.."

"Cinta siapa??!"

"Of course Risa.."

"Baru sekarang nak cinta? Selama ni apa? Benci?" sinis si ayah. Bibir lelaki tua itu mempamerkan sengihan nipis.

"I can't hate her.. Faz cuma ego, sebab ego, I trying to hide my feeling.." luahnya. Sungguh dia merindukan keberadaan Darisa.

Tengku Raihan yang berdiri tegak di hadapan Haffaz menghembuskan nafas kasar. Setapak dia mendekat ke arah anak sulungnya.

"Abi dah pesan, tapi apa yang Haffaz dapat.. Itu semua disebabkan diri kamu" seusai sahaja melontarkan kata-kata terakhirnya.

Tengku Raihan bergegas meninggalkan Haffaz.

"Jadikan pengajaran Haffaz, umi tau anak umi tak sekejam lelaki di luar sana.. Tapi tolonglah, selagi Risa ada, tolong hargai.." sampuk Tengku Nina yang sedang berduduk bersampingan dengan Hanim.

Walaupun marah, dia sebagai ibu juga perlu memahami isi hati anak lelakinya. Semua yang terjadi bukannya kehendak mereka, tetapi kehendak Ilahi.

Semuanya sudah ditentukan, dan semuanya ada hikmah.

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now