"Lain kali, jangan lari-lari.. Nampak tak sini banyak batu, kang Rayyan jatuh, pastu luka.. Nanti Rayyan sendiri yang nangis kan.."

"Maaf bonda.."

"Yelah yelah, bonda maafkan kamu.." rambut halus Rayyan dielus lembut. Anak-anak di dalam Rumah Anak Yatim Bonda Aisah itu sudah menjadi sebahagian daripada nyawanya.

Tanpa mereka, Puan Aisah mungkin tidak akan dapat mendirikan rumah anak-anak yatim ini dengan baik.

Tatkala mendengar permintaan maafnya diterima, Rayyan segera mengukirkan senyuman penuh lebar. Anak matanya kembali menatap Darisa di hadapannya.

"Umi, kenapa umi lambat hari ni?" soal Rayyan. Walaupun sedikit pelat, Rayyan masih mampu melontarkan sepatah demi sepatah perkataan.

"Sorry sayang, tadi jalan raya sesak, umi tak boleh bawak kereta laju sangat.. Maaf yee, Rayyan boleh maafkan umi tak?"

"Boleh... " Rayyan mengangguk lalu melakarkan senyuman manisnya. Comel jika dilihat, pasti Rayyan bakal menjadi rebutan gadis ketika membesar dewasa kelak nanti.

"Mana kawan-kawan yang lain?"

"Main.."

Darisa mengangguk faham, tanpa melengahkan masa. Dia berdiri tegak semula, tangan kecil Rayyan perlahan-lahan dicapai.

"Umi, hari ni umi ceritalah pasal nabi Yunus kene makan ikan paus tu" pinta si kecil waktu ini. Bersinar-sinar anak mata Rayyan.

"Bukan ke hari tu umi dah cerita? Takkan nak umi ulang lagi?"

"Rayyan cuka cerita tu, cuka sangat-sangat"

Tergelak besar Darisa kala mendengar pelat Rayyan.

"Suka sayang, bukannya cuka.." tegurnya.

"Cuka?" Rayyan menyengetkan sedikit kepalanya. Menatap sepasang anak mata uminya dengan begitu teliti.

"Suka sayang, su...ka.."

"Cu...ka?"

"Ya Allah, su..ka.."

"Su...ka.."

"Ye, suka.. Pandai anak umi ni.." pipi gebu Rayyan dicuit manja.

"Rayyan.."

Tiba-tiba suara penuh maskulin menerpa didalam pendengaran dua manusia ini, laju anak mata dialihkan kearah suara tersebut.

"Eh abi lah.." kata Rayyan. Bibir mungil anak lelaki itu melakarkan sengihan tatkala melihat kelibat Arshad di hadapannya.

Arshad adalah anak kandung Puan Aisah dan selalunya anak-anak Rumah anak Yatim Bonda Aisah akan mengenalinya sebagai abi.

"Risa pun ada kat sini?" soal lelaki itu, perlahan-lahan kakinya dihayun menghampiri Darisa dan juga Rayyan.

"Ye, baru je Risa sampai sini.. Tadi jalan jammed, abang pulak dah lama ke kat sini?"

Arshad mempamerkan senyuman nipis di wajahnya. "Lama dah, abang baru je balik dari masjid.. Borak-borak sikit dengan pak imam.."

"Ouh.." Darisa mampu meng'oh'kan sahaja. Kepala pula diangguk faham sebelum dia kembali memandang Arshad.

"Haih, Rayyan ni pantang eh jumpa umi... Asal je jumpa umi, mesti nak melekat je" seloroh Arshad.

Rayyan pula sengih-sengih sendiri. Lengan Darisa dipeluk erat seolah-olah tidak mahu melepaskan gadis itu.

"Umi cantik dan baik, Rayyan cuka umi"

"Mana boleh macam tu, kalau umi kahwin dengan abi macam mana.. Rayyan dah tak boleh peluk-peluk umi"

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now