Walau bagaimanapun, segala usaha yang Haffaz lakukan sama sekali tidak membuahkan hasil. Hampir empat puluh minit dia berkeliaran di kawasan itu, namun figura isterinya tidak dilihat langsung.

Tangan besar itu naik meraup kasar keseluruhan wajahnya. Nafas sekali-sekala dihembus geram. Geram terhadap diri sendiri.

Setelah membaca surat yang ditinggalkan oleh Darisa, saat itu juga Haffaz mulai sedar dengan perasaannya. Disebabkan ego, dia sanggup menyembunyikan perasaan sayang dan cinta terhadap seorang insan yang digelar isteri dan bidadari.

Tanpa melengahkan masa, Iphone yang diletakkan didalam poket seluarnya digapai. Jari jemari mula ligat menari-nari diatas skrin seolah-olah mendail nombor telefon seseorang.

"Hanim.." nama si bongsu kini diseru oleh Haffaz.

"Ya?"

"Kak Risa ada pergi rumah ke tadi?" soalnya. Nada suara sedaya-upaya cuba kedengaran tenang. Almaklum, Hanim ni kaki report. Apa-apa je mengadu.

"Takde la, kenapa? Kak Risa takde kat rumah ke?" balas Hanim.

Saat mendengarkan jawapan Hanim, Haffaz lagi-lagi menghela nafas panjang. Sah, sah Darisa sudah pergi meninggalkannya.

"Kenapa diam, cak--"

Tut..

Tanpa meninggalkan sepatah ayat, Haffaz terus mematikan panggilan. Kini perasaan menyesal mulai dirasai, Haffaz meramas kasar rambut yang tersisir rapi itu sehingga kusut. Wajahnya diraup berkali-kali.

Buk!

Buk!

Tangannya tidak segan-segan menumbuk dinding konkrit sehingga mengalirkan darah. Bibir merahnya diketap rapat menahan kesakitan, lebih-lebih lagi tatkala mengenang semula apa yang dilakukannya terhadap Darisa.

"Aku mintak maaf.."

PANG!

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

PANG!

Tengku Raihan dengan selamba menghayunkan penampar sehingga mengena tepat pada pipi mulus anak sulungnya. Lelaki tua itu menunjukkan perasaan amarah yang besar sebaik sahaja mendengar menantunya pergi.

"Suami jenis apa kamu ni, Haffaz!" jerkah Tengku Raihan, suara lantangnya memenuhi villa sehinggakan Hazriq yang berada didalam gendongan Adelia menangis.

"Abi ingat selama ni kamu bahagia-bahagia lah dengan Darisa, tapi apa yang jadi sekarang ni?! Darisa lari lepastu kamu tak tau mana isteri kamu pergi?! Apa yang kamu buat? Dua bulan berkahwin, takkan dah jadi macam ni?!!!" marahnya lagi. Berombak hebat dada Tengku Raihan, anak matanya sudah berapi-api memandang anak mata anak sulungnya.

Jika nak dibandingkan Haffaz dan Haziq, Haziq lebih matang berbanding dengan Haffaz. Disebabkan ego, bidadari yang dikirim tuhan pun dilepaskan begitu sahaja.

"Sekarang jawab soalan abi, apa yang kamu nak buat?! Darisa pergi, kamu nak cari kat mana?!" sekali lagi Tengku Raihan menyoal. Dia geram dengan sikap Haffaz, terlalu ego. Jujur, lelaki tua itu sama sekali tidak menyesal menjadikan Darisa sebagai menantunya. Malah dia bersyukur, Darisa itu dihadirkan agar menjadi sebahagian daripada keluarga besarnya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Kde žijí příběhy. Začni objevovat