Tanpa melengahkan masa, Haffaz melandaikan tubuh tegapmya diatas katil bersaiz besar itu. Berbaring membelakangi Darisa.

"Terima kasih.." ucap Darisa.

Namun sayangnya, ucapan terima kasih gadis itu langsung tidak berbalas mahupun disahut. Diam tanpa sebarang bunyi.

Sedar akan keberadaan diri sendiri. Tidak sepatutnya wujud pun.

'Maafkan saya...'

SEBAIK sahaja menunaikan solat subuh, pakaian yang terletak didalam almari dikeluarkan lalu diletakkan ke dalam beg bagasi bersaiz besar satu demi satu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBAIK sahaja menunaikan solat subuh, pakaian yang terletak didalam almari dikeluarkan lalu diletakkan ke dalam beg bagasi bersaiz besar satu demi satu. Berjaga-jaga agar tidak menghasilkan bunyi bising. Takut menjejaskan tidur lena suaminya.

Kini dia nekad untuk pergi jauh dari hidup semua orang. Membina kehidupan sendiri tanpa sesiapa yang mengetahui keberadaannya. Darisa akui dialah menjadi beban kepada orang lain.

Menyusahkan.

Merimaskan.

Semua kesalahan kini tertuju kearahnya.

Sekali-sekala anak matanya beralih memandang sekujur tubuh tegap yang masih berbaring lena diatas katil empuk itu. Haffaz langsung tidak bangun daripada nyenyak tidurnya.

Tersenyum sahaja yang boleh Darisa lakukan. Perlahan-lahan kakinya dihayun mendekati jejaka itu. Duduk diatas birai katil sambil mengusap-usap rambut kusut suaminya.

"Tak sangka saya ni ada suami kacak macam ni kan.." gumamnya sendirian. Kini rasa sebak mulai menerpa di dadanya. Air mata sedaya upaya ditahan.

Namun begitu, segera Darisa mengesat pelupuk mata yang sudah bertakung dengan air mata. Punggungnya pula laju diangkat.

Jam di dinding mula dikerling berulang-ulang kali sebelum dia kembali menatap wajah datar suaminya.

"Sayang, terima kasih untuk selama ni.. Saya tak buat banyak untuk awak.. Maaf" ucapnya lagi. Tak semena-mena, air mata lagi-lagi gugur membasahi pipi mulusnya.

Darisa tidak dapat lagi menahan rasa sedih dan sebak. Semua orang tidak pernah menerima keberadaan dirinya, dia seumpama bom yang membawa bencana kepada orang yang memilikinya.

Dan disebabkannya juga, Mala pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Tanpa berlengahkan masa, Darisa mula mengangkat beg bagasinya tanpa diseret. Takut-takut Haffaz terjaga.

Bibir merahnya diketap kuat, sebelum menjejakkan kaki keluar daripada bilik itu. Sesekali Darisa melabuhkan bibir mungilnya diatas dahi lelaki tersebut.

Ya.

Untuk kali terakhir sebelum dia pergi menghilang daripada pandangan semua orang yang pernah mengenalinya.

"Selamat tinggal...."

"Haffaz.."

CAHAYA matahari yang begitu terang memasuki celah-celah tingkap bilik membuatkan Haffaz mengerutkan dahinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CAHAYA matahari yang begitu terang memasuki celah-celah tingkap bilik membuatkan Haffaz mengerutkan dahinya. Kelopak mata perlahan-lahan dibuka. Anak matanya mulai meliar-liar di kawasan sekeliling.

Senyap.

Sunyi.

Seperti tidak ada seorang pun yang berada didalam bilik itu kecuali dirinya.

Tanpa membuang masa, Haffaz segera bangun daripada perbaringan walaupun masih dalam keadaan mamai. Langkah diatur keluar dari bilik tidur sang isteri.

Namun begitu, hairannya. Kelibat Darisa sama sekali tidak kelihatan. Malah beberapa kawasan sudah ditujunya.

"Dia pergi mana pulak ni?" bisik lelaki itu sendirian. Tangan naik meramas rambut yang sudah kusut masai, semakin kusut ketika menyedari ketiadaan isterinya.

Tatkala langkahnya tiba di kawasan dapur, hidangan nasi lemak bersambalkan ikan bilis terhidang rapi diatas meja makan.

Tubuh tinggi serta tegap itu terus terkaku di tempat ia berdiri. Bukan kerana hidangan tapi kerana sehelai kertas yang diletakkan diatas meja bersama-sama sampul berwarna coklat.

Haffaz hanya mampu mengerutkan dahi, laju-laju tangannya mengapai sehelai kertas itu. Sepatah demi sepatah perkataan yang tertulis diatas kertas tersebur dibaca.

Assalamualaikum awak,

First of all, saya nak mintak maaf.. Saya mintak maaf sangat-sangat sebab dah susahkan awak, saya ada sebab kenapa saya bersetuju dengan cadangan Inara untuk kahwin dengan awak.. Saya mintak maaf...

I know ni semua salah saya.. Terima kasih sebab jadi suami saya walaupun awak tak pernah anggap saya isteri awak.. Tapi..saya cuma nak kata, banyak-banyak lelaki di dalam dunia ni.. Saya bersyukur dapat suami macam awak, walaupun awak bencikan saya sekurang-kurangnya awak tak pukul saya.. Saya tau awak orang yang baik, Haffaz..

Awak pasti kecewa dengan Inara kan? Saya faham, awak dengan Inara pun dah bertahun-tahun bercinta.. Move on bukan senang, And I know, awak mesti sayang dan cintakan dia sampai nak jadikan dia isteri kan?

Lain lah saya, saya gadis biasa.. Takde yang istimewa mengenai saya.. Saya banyak kekurangan, saya bukanlah orang yang boleh berikan segala-galanya.. Entah la, mungkin jugak saya tak boleh jadi isteri yang baik buat awak..

I'm so sorry, sayang... Lepas ni, bahagia lah.. Bahagia lah dengan perempuan yang awak kata nak jadikan isteri dan ibu untuk anak - anak awak kan?

Saya redha, lagipun tinggal sebulan lebih lagi.. Kat sampul warna coklat tu ada borang perceraian, saya dah sign.. Tinggal awak je sign... Hiduplah bahagia dengan orang lain.. Saya akan pergi dari hidup awak seperti mana awak nak saya pergi dari hidup awak..

Ouh ya, pakaian kerja awak saya dah sediakan sebelum pergi.. Awak tak perlu kelam-kabut, makan je lah nasi lemak tu perlahan-lahan okay?

Jangan risau, saya takkan ganggu awak lagi lagipun lepasni saya dah takde kat Malaysia, ni je mampu saya beritahu.. But I want you too know, I love you soo much, saya sayangkan dan cinta awak walaupun saya tak kenal awak sangat.. apapun..

Terima kasih Tengku Haffaz Daiyan, tolong halalkan makan minum saya, dan izinkan saya undur diri... Jaga diri baik-baik yer..

Daripada isteri awak,

Darisa

Setiap bait-bait ayat yang tertera diatas kertas itu meruntuhkan ego lelaki itu. Air mata secara tak langsung membasahi pipi mulus jejaka tampan tersebut. Seolah-olah perasaan yang Darisa rasakan semasa menulis surat itu menyentuh perasaan Haffaz sendiri.

Tak lama kemudian, anak matanya kembali menangkap cincin bertatahkan berlian terletak rapi diatas sampul coklat tersebut diikuti dengan stick memo.

Awak..

Cincin ni saya kembalikan ya..

Pesanan ringkas yang Darisa sampaikan membuatkan Haffaz menghela nafas panjang, sekali lagi tangannya naik menyeka rambut.

Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, Haffaz laju mengatur langkahnya keluar dari rumah banglo besar itu. Sempat lagi kunci kereta berjenama Porsche Panamera yang bergantungan di capai.

Iphone yang berada di tangan mulai mendail-dail nombor telefon seseorang. Siapa lagi kalau bukan isterinya, Darisa.

"Please pick up my phone, Risa.." rayunya.

Namun begitu, semuanya tidak sesuai dengan harapan. Darisa langsung tidak mengangkat panggilannya walaupun sudah berkali-kali Haffaz menelefon gadis itu.

Bunyi deruman enjin kereta bergema di kawasan persekitaran itu, kereta Porsche Panamera itu meluncur keluar daripada perkarangan rumah banglo dengan kelajuan maksimum.

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now