Darisa pula mampu mengangguk faham, tidak lagi ingin bertanya lebih lanjut. Haffaz pasti akan rimas jika dia bertanya berkali-kali.

"Nanti sembahyang isyak kita solat sama-sama, boleh tak?" pinta sang isteri. Sepasang anak mata beriris hazel kini menatap terus kearah wajah tampan suaminya sambil tertunggu-tunggu akan jawapan daripada Haffaz.

"Tak boleh sembahyang sendiri?" jawab Haffaz, dingin.

Robek hati Darisa saat mendengarkan kata-kata itu, mulut benar-benar terkunci buat seketika. Terasa sedikit. Namun, Darisa tetap kuatkan diri. Senyuman datar diukir kemudian menganggukkan kepalanya serentak.

"Takpelah kalau awak taknak, saya tak paksa pun.. Saya cuma tanya awak.." tanpa berlama-lama, punggungnya cuba diangkat daripada terus melekat diatas kerusi itu. Langkah yang terasa berat, dipaksa untuk bergerak.

"Darisa, kejap.." tersentak Darisa apabila tangannya tiba-tiba disambar oleh Haffaz. Lantas, kepalanya ditolehkan kearah lelaki itu.

"Kau tunggu aku didalam bilik, nanti aku masuk.."

Walaupun ringkas, Darisa tetap memahami. Hati yang sakit, sedikit terubati. Air mata yang hendak gugur, tidak jadi gugur kerana jawapan suaminya.

"Okay, awak habiskan lah dulu makanan awak.. Saya boleh tunggu" penuh kelembutan Darisa menyahut. Bibir merahnya terus menarik senyuman penuh lebar.

Namun begitu, tanpa gadis itu sedari, senyuman yang dipamerkannya hanyalah buat sementara.

SEJURUS sahaja selesai menunaikan solat fardhu isyak, Darisa mengucup lembut belakang tangan suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEJURUS sahaja selesai menunaikan solat fardhu isyak, Darisa mengucup lembut belakang tangan suaminya. Kemudian, barulah dia mengukirkan senyuman datar di wajah. Anak mata gadis itu menatap kearah wajah sang suami yang serius dan kaku.

"Awak..." panggil gadis itu dengan nada perlahan.

"Saya mintak maaf sebab pernah tertinggikan suara kat awak.. Saya pun nak mintak maaf sebab susahkan awak" luahnya. Tertunduk-tunduk Darisa ketika itu, dibiarkan saja rasa sedih menerpa didalam hatinya.

"Saya tak kesah awak nak bencikan saya.. saya tak mintak pun awak balas cinta saya, saya tak paksa.. "

"Terpulang pada awak, saya hanya berharap... Memang hati saya sakit bila fikir balik kata-kata awak, tapi apa yang boleh saya buat? Awak dengan saya memang kahwin tanpa cinta.. Memang takde istilah cinta didalam perkahwinan kita.." Darisa meluahkan isi hatinya dengan lembut. Tidak ada nada marah sama sekali, gadis itu menerima kenyataan dengan hati yang terbuka.

Namun begitu, luahan Darisa seperti tidak diendahkan oleh Haffaz. Riak wajah lelaki itu kelihatan biasa-biasa, tidak sedih mahupun tersenyum. Mendatar.

Darisa yang sudah menduga reaksi itu hanya mendiamkan diri. Benar, Haffaz memang tidak akan memberinya sedikit peluang pun untuk ia memasuki hati lelaki itu.

Memang sejak Inara meninggalkan Haffaz, suaminya sudah menutup pintu hatinya dengan begitu rapat. Hanya gadis yang terpilih sahaja yang boleh membuka semula kunci yang mengunci pintu itu.

"Saya juga mintak maaf bagi pihak Inara, saya tau awak sayang dan cintakan Inara.. " katanya lagi.

"Tak payah sebut nama perempuan tak guna tu lagi" tegas Haffaz. Berkerut-kerut dahi lelaki tika mendengar nama bekas kekasihnya dipetik.

Darisa hanya mampu melakarkan senyuman, kepalanya diangguk-angguk faham. Memang Haffaz tidak ingin lagi berurusan dengan Inara.

"Maaf, saya takde niat pun nak sakitkan hati awak.. cuma saya nak mintak awak maafkan Inara.. Lagipun bukannya Inara curang dengan a--"

"Kau tak payah nak berceramah depan aku" nada suara Haffaz kedengaran agak keras. Belum lagi si isteri menghabiskan ayatnya, Haffaz dengan selamba memintas.

"Kau yang tak tau apa-apa baik diam... hubungan aku dengan Inara takde kene mengena dengan kau.. Aku dengan Inara dah enam tahun bercinta, jadi kau tak tau pun apa yang terjadi enam tahun tu" ujar lelaki tersebut.

Terdiam terus Darisa, tak semena-mena air liurnya diteguk payah. Salah sendiri sebab mengungkit kisah lama, terang lagi bersuluh Haffaz sudah membenci Inara.

"Maaf.. Saya tau saya salah"

"Kalau tau salah, kenapa kau ungkit pasal perempuan tu? Kau dengar sini, aku memang pantang nama tu disebut.. Jangan nak bawa nama-nama tu dekat dengan aku.." larangnya keras. Hati yang terasa tenang tadi kini tidak lagi terasa tenang. Habis diserbu dengan api kemarahan setelah mengenang semua perbuatan Inara terhadapnya.

Hampir sahaja maruah keluarga didalam bahaya disebabkan perbuatan gadis itu. Namun, kehadiran Darisa tetap juga membuatkan dia tidak menerima kenyataan sebenar.

"Saya mintak maaf.."

"Aku malas nak bergaduh dengan kau lagi, kau keluarlah.. Aku penat" beritahunya, tangan mula naik memicit-micit pelipis kepalanya. Ketika mendengarkan saja kata-kata itu, Darisa tidak lagi berfikir panjang. Pantas gadis itu bangkit daripada duduk bersila lalu mengorak langkahnya keluar daripada bilik tersebut.

Daun pintu bilik ditutup dengan begitu rapat, jatuh sekali lagi air mata Darisa. Senang sangat dia terasa dengan bait-bait ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu.

"Takpelah Darisa, bertahan sikit je lagi" air mata yang mengalir dikesat menggunakan telekungnya. Bibir sedaya-upaya ditarik agar mengukirkan senyuman. Bertahan sikit lagi, kemudian dia akan menghilang seperti yang orang lain inginkan.

Tidak perlu lagi menjadi beban.

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now