Sebaik sahaja adik iparnya menghilang daripada sistem penglihatannya. Darisa kembali menoleh kearah sosok tubuh yang amat dikenali. Yup, siapa lagi kalau bukan suaminya, Haffaz.

Tika itu, hatinya terasa sakit saat melihat Haffaz sedang duduk berdua-duaan dengan seorang gadis yang membelakanginya.

Seketika satu baris ayat membuatnya terkenang kembali.

'Lagipun aku memang nak cari perempuan yang cukup layak untuk aku jadikan isteri dan juga ibu untuk anak - anak aku'

"Jadi awak betul maksudkannya? Awak betul-betul nak buang saya dalam hidup awak?" bicara Darisa sendirian. Tidak semena-mena air matanya mengalir keluar. Dia ingatkan selama ini Haffaz hanya berkata kata untuk menyakiti hatinya tapi kenapa sekarang ini dia perlu melihat suaminya sendiri berdua-duaan dengan seorang gadis.

Isteri mana tidak cemburu melihat kemesraan suami dengan perempuan lain. Sudah itu, Haffaz tidak pernah mempamerkan senyuman penuh lebar begitu dengannya tapi apabila bersama perempuan lain, bukan main lebar senyumannya.

"Tak.. positive thinking Darisa.. Tak mungkin semudah itu Haffaz dah jumpa perempuan lain.. " air mata membasahi pipi mulusnya dikesat lembut menggunakan hujung lengan bajunya. Nafas ditarik lalu dihembus bagi meredakan perasaan sedih di dada.

Mustahil, mustahil Haffaz dapat mencintai seseorang, sukar untuk lelaki itu mewujudkan perasaan cinta sedangkan dia sudah bertahun-tahun menjalinkan hubungan dengan Inara. Tidak mungkin dengan semudah itu, Haffaz move on.

Tanpa membuatkan Hanim tertunggu-tunggu, dengan langkah berat, Darisa berlalu pergi meninggalkan kawasan tersebut sambil membawa hati yang sudah penuh dengan luka. Masih mengharapkan apa yang dilihatnya itu bukanlah kenyataan yang ingin dielakkan.

'Siapa perempuan tu?' desis hatinya, sungguh keberadaan gadis itu menimbulkan tanda tanya didalam fikirannya. Adakah benar gadis itu adalah gadis yang dipilih untuk dijadikan isteri dan juga ibu untuk anak-anak suaminya?

 Adakah benar gadis itu adalah gadis yang dipilih untuk dijadikan isteri dan juga ibu untuk anak-anak suaminya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AWAK pergi mana awal pagi tadi?"

Sebelum melabuhkan punggung diatas sofa bersampingan dengan suaminya, terlebih dahulu Darisa mengajukan persoalan kepada Haffaz.

"Gym.."

"Kenapa lama?" sekali lagi Darisa menyoal sambil memerhati riak wajah suaminya.

"Yang kau sibuk aku kemana kenapa? suka hati aku, aku dengan hal aku, kau dengan hal kau.." kini Haffaz melontarkan ayatnya dengan nada yang begitu kuat.

"Saya isteri awak, saya berhak tau awak nak pergi mana lama-lama.. Takkan lah sampai tengah hari awak kat gym?" walaupun merasa agak sedikit takut, Darisa cuba memberanikan diri untuk terus bertanya, demi mempertahankan rumah tangganya.

Haffaz mengeluh panjang, pantas tangannya naik menyeka rambut ke belakang, anak matanya kini mencerlung tajam kedalam anak mata yang indah berhadapan dengannya.

"Siapa kata kau isteri aku? Aku tak pernah anggap kau isteri aku.. Jangan ingat selama ni aku layan kau elok masa kau sakit, kau ingat kau tu special? No Darisa, in your dream.. aku layan kau elok-elok sebab aku taknak kene gelar lelaki dayus.. " beritahunya dengan muka penuh sinis. Melukakan hati isterinya sekali lagi dengan kata-kata umpama belati yang keluar daripada mulut lelaki tersebut.

"Saya cuma nak tau, awak buat apa tadi? awak dengan siapa? awak pergi mana? Saya nak tau, salah ke saya nak tau semua tu? Ke awak dah jumpa perempuan yang awak nak jadikan isteri dan ibu untuk anak-anak awak?!" kerana tidak dapat menahan lagi segala-galanya, Darisa meninggikan suaranya. Hati yang begitu sakit semakin sakit bila mengenang semula saat Haffaz bersama perempuan lain.

"Ya! Aku jumpa perempuan jauh lebih bagus daripada kau! Perempuan yang layak untuk dijadikan isteri untuk aku! Puas?! Itu yang kau nak dengarkan, so sekarang.. Buang perasaan cinta didalam diri kau, aku taknak ada sedikit cinta pun daripada kau!" jerkah lelaki itu, suara garau yang begitu kuat memenuhi ruang banglo itu. Terhinggut-hinggut kedua dua bahu Darisa, semakin kuat tangisan gadis itu ketika mendengar.

"Kenapa awak buat saya macam ni?! Kalau awak benci dengan saya pun, takpayah seksa saya.. Awak tak tau apa-apa pasal saya.. Yang awak tahu saya ni murah sebab sanggup kahwin dengan awak kan.."

"Yes, aku tak faham dengan kau.. Kau boleh je lari.. Tapi kenapa sanggup nak kahwin dengan aku? Jadi kau tak ubah macam orang jual diri.."

"Haffaz!"

"Kau masuk bilik sekarang!" Haffaz bingkas bangun daripada tempat duduknya. Tegas suaranya menyuruh Darisa masuk kedalam bilik sebelum kemarahannya meluap-luap keluar.

"Haf--"

"Enough Darisa, sebelum aku sendiri heret kau keluar daripada rumah ni.. Baik kau masuk dalam bilik! Cepat!" bentaknya.

Disebabkan bentakan suaminya, mahu tidak mahu, Darisa terpaksa akur. Kaki yang terasa begitu berat terpaksa melangkah menjauh daripada Haffaz. Tangisan sukar untuk dihentikan, dada yang terasa sakit diusap-usap lembut.

"Aku dah kata banyak kali kat kau, tapi kau degil!" marahnya sekuat hati. Geram bila mengenang semula, entah mengapa susah sangat hatinya untuk menerima keberadaan Darisa. Lebih-lebih lagi memikirkan hubungan Darisa dengan Inara.

Baginya, seolah-olah dua wanita ini sedang mempermainkan hatinya. Inara yang sudah membuatkannya jatuh cinta sehingga sanggup menunggu enam tahun untuk dijadikan isteri, tapi akhirnya gadis itu meninggalkannya.

Manakala Darisa yang hadir tanpa dipinta menjadi sebagai pengganti dan rasmi menjadi isteri sahnya, tidak mustahil gadis itu juga akan meninggalkannya seorang diri.

Dia sudah serik, serik dengan namanya cinta dan janji manis seorang insan dinamakan wanita.

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now