Topi Ayah

15 1 0
                                    

SYAHRUL ADAM SALLEH IBRAHIM, SMUS, TAHUN 3


Dan aku serahkan topi ayah kepada Rayyan.


1 Januari 2023 

Namaku Sarah. Seorang guru di sebuah ibu kota negeri terkemuka di Malaysia. Setiap hari menghadap kesesakan manusia dan jiwa-jiwa yang berusaha untuk terushidup senang bersama keluarga. Sama sepertiku, terus bersemangat untuk jalankanhari walaupun terkadang keluhan yang menemani. 

Suamiku Adli, seorang ketua tentera yang sangat dihormati dan sentiasa mendapat pelbagai anugerah di atas kewibawaannya. Aku dan suamiku akan bergilir menghantar anak kami Rayyan, berusia 10 tahun ke sekolah setiap pagi dan mengambilnya setelah pulang. 

Merekalah kekuatanku.


7 Januari 2013 

Hari ini seperti biasa, merupakan giliranku untuk menghantar Rayyan ke sekolah. Namun hari ini bermula sedikit berbeza, apabila suamiku terus ke tempat kerja tanpa mengejutkanku, malah tidak mengucup Rayyan juga. Pun begitu, aku bersangka baik dan menganggap itu biasa pada kesibukan Adli. Rayyan juga tidak memberikan kerjasama hari ini apabila terus menangis menginginkan ayahnya. Hatiku mula gusar.. 

Menjelang tengahari, aku dapat menghela nafas lega setelah menerima panggilan dari suamiku yang memohon maaf kerana tidak mengejutkanku dek mendapat panggilan kecemasan pagi itu. 

Kami bertemu di waktu malam dan makan bersama seperti biasa. Suamiku kemudian bercerita tentang harinya dan mengkhabarkan aku sesuatu yang agak tidak menyenangkan.. 

"Sayang, abang perlu ke Sabah 15 haribulan ni, ada kerja". "Bila abang akan pulang ?" tanyaku.

 Jawabnya mudah "Seusai selesai misi abang ambil cuti untuk kita ke Langkawi ya?". Aku mengeluh dalam diam cuba menyembunyikan kegusaranku dengan tersenyum hambar seolah-olah tidak terkesan dengan perkhabarannya.

 Aku harus kuat. Tekadku. Menjadi isteri seorang perajurit itu bermaksud aku perlu sentiasa bersedia untuk berkongsi kesetiaan suami dengan tanah airku. Moga Tuhan lindungi cinta hatiku dan Rayyan.


15 Januari 2013 

Pagi itu, Rayyan menangis lagi. Merajuk dengan ayahnya kerana sekali lagi ditinggalkan tanpa kucupan kasih dan rindu. Aku meredakan seraya meyakinkan Rayyan bahawa ayahnya pasti akan pulang.

1 Februari 2013 

2 minggu berlalu sepi tanpa khabar berita dari suamiku. Tidur malam ku mulai terganggu. Kesunyian memenuhi relung hatiku meskipun Rayyan di sisi. "Ayah mana?" zikir Rayyan yang diratib setiap hari. "Ayah ada kerja, nanti ayah pulang" itu sahaja jawapan yang aku taburkan kepada anakku.

2 Februari 2013 

Aku mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali namun seusai mendengar salamnya hatiku melompat gembira.

 Adli! Itu suamiku! Tanpa membuang masa, aku berlari dan mendapatkan Rayyan untuk berbual dengan ayahnya. Rayyan meluah rasa rindu bersama tangisan dan rengekan. Aku juga tidak dapat menahan rasa piludan air mataku menitis hiba. Di balik telefon tersebut, suamiku setia memujuk, "Ayah adaaaa ni Rayyan, jaga ibu kamu ya nak. Nanti ayah pulang kita jalan-jalan ya"

"Sayang, abang..." Talian diputuskan. Rayyan terus menangis..


13 Februari 2013 

Topi AyahWhere stories live. Discover now