━━.08 - Bringing Back The Memories

22 4 73
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

10 TAHUN YANG LALU,

HARI sudah senja, sudah tiba masanya dia pulang ke rumah bersama rezeki yang diperoleh pada hari ini. Senyuman yang melengkung pada bibir terlihat semasa dia mengira puluhan duit kertas di tangan sambil membayangkan reaksi adiknya yang bakal melihat hasil titik peluhnya.

Tika itu, dia sedang berjalan di kawasan pekan.

Tiba-tiba, dia dikelilingi oleh sekumpulan remaja lelaki lingkungan umur 18 tahun. Dia yang berumur 15 tahun itu sekadar diam dan tercegat di tempatnya berdiri. Helaian duit kertas tadi cepat-cepat disimpan dalam poket seluar.

"Apa tu? Duit, ya?" Salah seorang daripada kumpulan remaja itu menegur dengan nada sinis.

"Tak ada apa-apa." Si dia sekadar berkelakuan bersahaja, menyangkal fakta yang dikatakan oleh remaja lelaki tersebut.

"Hahahaha... fikir aku percaya ke? Bak sini duit tu, atau kau kena belasah lagi," ugut remaja tadi. Kali ini, dia menghulurkan tangan memaksa agar budak berumur 15 tahun itu menyerahkan wang. Sementara remaja yang lain sudah bersedia untuk 'menembak' batu menggunakan lastik.

Dia menikus, ketakutan. Namun, dia cuba untuk beranikan diri walaupun dia sudah tahu penangan tembakan lastik sangat menyakitkan bila terkena pada kulit.

"Bagi duit tu sekarang!" tempik remaja lelaki tadi. Kali ini, dia terjongket bahu kerana ditengking sebegitu. Matanya pula terkebil-kebil ketakutan sebelum kepalanya jatuh menunduk.

Tangannya mula bergerak perlahan-lahan menyentuh kocek seluar untuk mengambil wang yang dikira tadi. Dia sedih dan juga takut. Sedih kerana wang itu adalah hasil titik peluh sendiri untuk menyara hidup dengan adiknya. Takut jika diri diapa-apakan lagi.

Matanya terpejam rapat buat seketika.

"Eh, budak. Kau dengar tak aku cakap apa tadi?" Kali ini, bahu si mangsa ditepuk kerana bengang. Bengang kerana budak itu diam dan berdiri statik tanpa melakukan apa-apa yang disuruh.

Secara tiba-tiba, salah seorang rakan remaja itu menghalakan lastik ke arah si pembuli, berserta dengan sebutir batu siap-siap diletakkan pada kantung yang memegang bahan lontaran.

Perhatian si pembuli beralih pada rakan-rakannya yang lain. Mereka semua turut melakukan perkara sama, membidik lastik ke arahnya.

"Apa yang korang buat ni?" Selang beberapa saat, lima batu serentak dilontar kepadanya. Dia mengaduh kesakitan dan terus melarikan diri dari kawasan tersebut. Malangnya, dia dikejar oleh rakan-rakannya yang lain untuk melontar batu yang seterusnya.

Remaja berumur 15 tahun itu membuka mata sebelum menghembus lega. Namun, secara tiba-tiba, dia terdengar tepukan tangan dari seseorang. Terpusing-pusing dia mencari dan akhirnya dia ternampak seorang remaja perempuan di sudut sebuah lorong.

[OG] VIOLET WITCH : The Queen Of DesertWhere stories live. Discover now