"Hm... Anything else you want to say?" Tuan Zachary menyuakan tabung uji itu kepada Doktor Rais.

"Aku tak jamin dia akan sedar dalam masa terdekat. Jantung lemah, darah kena jangkitan kuman. Luka tikaman terbuka balik. Allahuakbar."

"Banyakkan berdoa pada Tuhan. Nescaya Dia akan bantu hamba-Nya yang lemah," pesan Tuan Zachary berharap kesakitan dialami Nawwar diringankan oleh yang Maha Esa.

"Iyalah. Aku undur diri dulu. Apa-apa masalah cari aku. Aku taknak ganggu kau buat kajian semua. Okey?"

"Okey. Terima kasih tolong aku," ucap Tuan Zachary melihat susuk tubuh itu pergi.

Dia bersandar lemah atas kerusi pelawat. Pelipis kepala diurut perlahan. Cardiac monitor dipandang sekilas. Masih tiada perubahan sejak seminggu yang lalu.

Rasa resah menyelubungi dirinya. Kertas laporan yang ditulis dibaca semula dari awal hingga akhir. Ada sisi positif dan juga sisi negatif. Sisi positif ialah Nawwar tidak lagi dikawal mindanya oleh Azazel. Dia bebas dan berupaya mengawal dirinya sendiri.

Sisi negatif pula ialah kitaran kematian telah bermula. Setiap kali Nawwar melepasi hadnya sebagai Cursed Child, maka rambutnya akan bertukar putih. Bukan semua, hanya sesetengah bahagian.

Selepas ini Nawwar harus bijak menggunakan kelebihannya pada masa akan datang. Tuan Zachary masih mencari penawar untuk mengubati sumpahan Nawwar. Dari satu dimensi ke dimensi lain sanggup dia jelajah bersama Doktor Rais. Anaknya Zander kadang-kadang turut serta ekspedisi ini.

Sebaik saja Nawwar dilantik menjadi Young Master, dia harus menyelamatkan Naqib di dimensi Orion.

Sumpahan yang dibawa Azazel berasal dari dimensi Qursetav. Oleh itu, Nawwar telah menjadi salah seorang ahli akademi berdarah Qursetav. Dengan kelebihan yang dia miliki, dia mampu membuka laluan kepada abangnya untuk bebas keluar dari dimensi 'penjara'. Nawwar umpama penghubung dua dimensi berbeza.

Tuan Zachary mengawal rasa hiba di hati. Tangan Nawwar digenggam erat. Sejuk. Parut di dahi masih ada kesan darah beku. Tidak tahu bagaimana parutnya boleh berdarah sedangkan dia masih memakai topeng muka menutupi keseluruhan wajahnya.

"Semoga cepat sembuh, Nawwar. Kuatkan semangat. Ada buah hati setia menunggu kamu sedar dari tidur. Perkahwinan kamu sudahlah makin dekat. Kamu pula sendiri taknak majlis itu ditangguhkan seminggu lagi. Saya harap kamu kekal sihat selepas ini walaupun... peluang agak tipis. Tapi tak apa, saya percaya kuasa Tuhan."

Alunan rambut Nawwar yang berombak itu dielus perlahan. Nampak handsome juga jika disikat ke belakang. Nampak matang. Belah tepi, lagi kuat visual maskulinnya.

"Saya harap kamu tak insecure sebab rambut putih ni. Looks good on you," puji Tuan Zachary seraya mengusutkan rambutnya semula. Lembut bak sutera.

"Emara has a good taste in man."

Tuan Zachary tertawa kecil sendiri. Dia termenung mengimbas memori dulu sewaktu anak Tuan Ibrahim daftar masuk ke akademi Quricity.



"Tu anak dara Ibrahim ke?" Tuan Asnawi menyiku Tuan Zachary yang sedang menyinsing lengan bajunya.

"Iya. Kenapa? Cantik kan? Macam arwah Puan Emaryn. Sebiji muka dia orang." Tuan Zachary turut terpukau dengan rupa paras Emara. Comel.

"Aku rasa nak jodohkan dia dengan anak aku lah, Zach." Tuan Asnawi tertawa kecil. Terbayang jika Nawwar memilih Emara menjadi pasangannya.

"Wait... So you're telling me that you want her to be your future daughter-in-law?" Tuan Zachary mengangkat kedua-dua belah tangannya separas dada.

"Yes. Once they grew up,"

"Nawi... Seriously? Anak kau nak ke?"

"Insya Allah aku panjatkan doa kepada Allah. Aku akan minta dia orang disatukan walau apa cara sekalipun. Harap ada jodoh antara dia orang. Takkan Nawwar taknak anak dara Ibrahim tu. Cantik kut,"

"Ikut kau, Nawi. Harap doa kau termakbul." Tuan Zachary menggulingkan bola matanya. Ada saja akal Tuan Asnawi nak cari menantu pilihan untuk Nawwar.



Tuan Zachary kembali ke realiti. Tanpa sedar, air matanya mengalir setitis di pipi. Tuan Asnawi merupakan sandaran Nawwar yang terakhir. Kini, sahabatnya sudah pergi menghadap ilahi.

Namun, Allah sebaik-baik perancang. Emara hadir ke dalam hidupnya. Gadis itu menjadi tulang belakang penting bagi Nawwar.

Indahnya caturan hidup Allah SWT.














Note: author tengah cuak ni sempat ke tak novel habis dalam masa 3 hari hahaha aiyo saya belum study apa² lagi untuk pengajian am. Astaghfirullah.
.
Hargai effort author anda dalam mengejar 'due date' novel Takdir I huhu.
.
Btw author otw masuk sem 2 buka sekolah nnti hahaha. Saya student stpm :')

 Saya student stpm :')

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.
Takdir You're My Healer [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ