BAB 2

19 3 0
                                    

Malam itu Haziq tidak senang duduk.

Oh, tak!

Itu adalah entah malam keberapa Aiman Haziq berada dalam tidak keruan. Yelah. Sejak hari itu, Amelia langsung tidak mahu membalas mesej apatah lagi menjawab panggilan darinya. Kali ini Amelia betul-betul 'menghilangkan diri' darinya.

Pengakuan Amelia hari itu benar-benar memeranjatkan dirinya. Seingatnya Amelia hanya bergurau dengannya selama ini apabila melibatkan soal hati dan perasaan. Namun, rupa-rupanya...

"Along tengok lately kau banyak mengelamun." Suara Ammar Harraz kedengaran, mematikan lamunan Haziq.

Haziq diam, tidak memberi respons pada ayat abangnya.

"Ada masalah ke?" Soal Harraz tatkala mengambil tempat berhadapan adiknya.

Sekali lagi Haziq memilih untuk mendiamkan diri.

"Sejak bila kau jadi bisu ni?" Nada Harraz kedengaran sinis.

Haziq melepaskan keluhan. "Lia ni... tak jawab call Ziq."

Harraz jungkit kening, memandang aneh adiknya.

"Dah kenapa Along tengok Ziq macam tu?" Haziq pandang abangnya dengan tidak puas hati.

"Sebelum ni kau tak pernah pun risau kalau Lia tu tak jawab atau tak reply mesej kau."

Ayat Harraz membuatkan Haziq tidak senang duduk.

"Minggu lepas kau jumpa dia elok-elok je," tambah Harraz.

Keluhan dilepaskan Haziq tanpa sedar. Mindanya kembali teringatkan situasi dia bertemu Amelia kali terakhir.

"Kau jumpa dia nak bagi kad kahwin Along je kan. Macam mana boleh gaduh sampai dia tak nak jawab call kau ni?" Suara Harraz kedengaran lagi.

"Itu..." Haziq telan air liur laju sebelum membuka cerita sebenar yang berlaku hari itu.

Seusai bercerita, Harraz mengeluarkan ketawa besar. Dan itu mendatangkan rasa tidak puas hati di hati Haziq.

"Kau ni lawak la, Ziq," Harraz bersuara sesuai ketawanya terhenti.

Haziq diam.

"Itulah, siapa suruh tipu dia. Kan dah jadi macam ni," sambung Harraz lagi. "

Haziq melepaskan keluhan. Rancangannya hari itu memang dengan niat bergurau. Tapi tidak pula dia sangka reaksi Amelia sampai macam tu sekali. Dan yang paling utama, luahan perasaan yang selalu diucapkan oleh Amelia itu adalah satu fakta, bukan satu gurauan.

"Kalau dah sampai macam ni, dia betul-betul suka kau la tu, Ziq."

Terkebil-kebil Haziq memandang abangnya.

"Macam mana Along yakin pasal tu?"

"Along banyak makan garam dari kau."

Jawapan Harraz itu dibalas cebikan dari Haziq.

Harraz ketawa sekali lagi.

"Kita lelaki ni jangan ego sangat, Ziq. Nanti melepas." Seusai ucapkan itu, Harraz bangun Bahu Haziq sempat ditepuk lembut sebelum berlalu pergi.

Manakala Haziq sekali lagi melepaskan keluhan.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Lelaki dihadapannya dipandang tanpa berkelip mata. Akalnya meminta dia beredar saja dari situ. Tapi hatinya meminta dia memandang lelaki itu lebih lama.

Sejujurnya wajah itulah yang dirindui selama ini namun memikirkan Haziq takkan pernah menjadi miliknya sangat melukakan hatinya.

Beberapa seketika berpandangan satu sama lain tanpa suara, Amelia mengambil keputusan beredar. Baru saja dia memusingkan tubuhnya, suara Haziq memanggilnya.

"Lia..."

Langkah Amelia terhenti. Jantungnya berdegup laju dari kebiasaan.

"Lia..." Kali ini Haziq telah berdiri di hadapan Amelia. "Kau marah aku ke?"

Amelia diam.

"Aku... aku..." Entah kenapa Haziq tiba-tiba saja gagap. Entah mengapa kata maafnya tidak mahu keluar dari mulutnya.

"Kau nak apa?" Amelia paksa dirinya bertentang mata dengan Haziq.

"Kau tak jawab call aku. Tak reply mesej aku."

Amelia senyum sinis. "Bukannya penting pun semua tu."

Jawapan Amelia membuatkan Haziq terkesima. "Aku..."

"Aku tak nak cakap dengan kau."

Haziq telan air liur sambil matanya terkebil-kebil memandang Amelia. Entah berapa saat mereka berpandangan sebelum Amelia berlalu pergi.

Haziq mengeluh. Dia harus mencari jalan untuk berbincang dengan Amelia. 

CERPEN: DIADonde viven las historias. Descúbrelo ahora