epilogue : spring breeze

Depuis le début
                                    

" Mimi."

Youngmi berhenti berdrama. Bersama eyebag yang terlihat membengkak, dia pandang aku, " Kenapa?!"

Janggal aku usap leher. Teragak-agak aku bertanya, " Awak takde rasa penat sangat ke lately? Muntah-muntah? Rasa nak pitam?"

Youngmi kemamkan bibir, dahinya kerut seribu. Pipinya yang masih basah dengan air mata disapu dengan belakang tapak tangan. " Takde-" dia jawab perlahan.

Nafas dihela panjang. Mungkin tekaan aku salah, " Last period bila?"

Bibirnya terkunci rapat. Pipinya mula kemerahan seperti tomato.

" Sepatutnya dua minggu lepas. Aku rasa sebab aku makan banyak la. Salah kaulah masak sedap! Tak memasal aku makan macam bela saka. Sekarang aku dah buncit sikit." bebelnya perlahan sambil mengusap perut.

Serta merta tanggapan yang awalnya dirasakan salah berubah tepat. Jantung mula berdegup kencang.

" Godamnit! Mimi, awak tunggu sekejap! I need to buy something!" kelam kabut aku berlari ke arah bilik bagi mencapai wallet sebelum keluar dari rumah.

Pasti Youngmi terpinga-pinga memerhati tingkahku yang tiba-tiba terlihat aneh.

--❦︎--

Lama aku perhati Youngmi yang sedang berdiri tegak di hadapan rak kaca tempat persemadian dari jauh. Sekali-sekala dia mengusap air mata yang tumpah sebelum kembali bercakap-cakap. Pandanganku jatuh pada novel Tulips yang dibawa sekali.

Cermat novel itu diletakkan di sebelah bekas abu mayat berada. Pintu kaca ditutup sebelum Youngmi berpaling ke arahku. Kakinya statik, bibirnya mengukir tersenyum tawar.

Tidak menunggu lama, aku mendapatkan Youngmi. Jemari kami saling bersulam sebelum kami melangkah keluar dari rumah pengebumian. Lembut bayu musim bunga menampar. Bunga-bunga sakura turut berguguran selari dengan pergerakan dahan akibat dipukul angin.

Cantik, terlihat pink!

Sebaik sahaja kami berada di tempat letak kereta, sengaja aku mahu mengenakan Youngmi. Riak wajah sengaja dibuat ketat, " Puas hati? Saya bawa awak melawat Chaera instead of bawak awak pergi balai. Now dah sedar diri ke belum? Nak meroyan serah diri lagi?"

Youngmi hanya menjelingku tak puas hati. Jemari yang saling bertautan dileraikan sebelum dia lajukan langkah ke arah kereta. Belum sempat dia memegang pintu kereta, gadis itu sudah menjerit sebaris namaku.

" Choi Chanhee!" lantang. Mujurlah tiada siapa di parking selain kami.

" What now Kim Youngmi?" bebola mata sengaja digulingkan. Tetapi bibir sudah tidak dapat sembunyikan senyuman.

" Ini! Apani!" tangan kananya dilayangkan kepadaku. Ada sebentuk cincin bertakhtakan permata pink di jari manisnya.

Aku hanya tayang muka tak faham. Bukan tak faham, sengaja buat-buat tak faham. " Apa? Tangan. Kenapa dengan tangan?"

" Ini Chanhee! Tengok ni! Kenapa awak sarung dekat saya!" suaranya meninggi. Jari manis ditunjuk, menakala jemari lain digenggam.

" Cincin kahwin kita. Kenapa? Ada masalah ke?" aku angkat bahu. Baru sahaja ingin melangkah ke arah kereta, Youngmi sudah menahan langkahku terlebih dahulu.

" Kahwin? Ohhh! Perut dah memboyot macam ni baru nak ajak kahwin! Awak memang sengaja nak malukan saya kan!" tuduhnya melulu. Mukanya mula kemerahan, seperti tomato.

Marah pun comel mak buyung ni!

" Mana ada memboyot sayang. Baby bump awak ni kecik lagi. Nanti awak pakai la dress longgar sikit. Barulah ornag tak perasan." aku menyerabaikan rambut Youngmi. Gadis itu merengus, tak puas hati.

" Eee, taknak! Nanti mesti orang fikir pelik. Pengatin perempuan pakai dress longgar sebab nak cover perut. Diorang kahwin sebab ada anak luar nikah-"

" Heish, mulut tu!" jemariku mencubit lembut bibirnya. Youngmi mengeluh kecil sambil usap bibirnya. Matanya mencerlung padaku.

" Bukan luar nikah sayang, it happened by accidentally. Sudahlah hasilnya twins- ark!" cubitannya singgah di abdomenku. Kalut aku leraikan tangan ketam Youngmi.

" Accidentally banyak cengkadak kaulah Chanhee! Kalau saya tak jadi roommate awak, tak jadilah macam ni! Hish, menyesalnya mengaku roomie dulu!" terkumat-kamit mulutnya bebelkan perkara lalu. Wajahnya beriak masam.

Aku ketawa besar.

" Sayang, benda dah jadi pun. Enjoy ajela. Kesiannya twins dekat dalam perut kena dengar mommynya ni membebel macam mak singa tak makan seminggu." tanganku mendarat pada perut Youngmi yang membuncit sedikit.

Kesian air tangan aku, selalu kena tuduh menjadi punca membuncitkan perut Youngmi. Padahal ada twins sepasang sedang menghuni di dalamnya.

" Pastu bawaklah saya pergi makan! Awak ni suka buat saya hangin!" jeritnya. Silap haribulan boleh luruh kedua-dua koklea aku.

Aku hanya ketawa riang. Tak kering gusi aku melayan gelagat mak buyung ini. Terlihat comel di mataku. Penuh berhati-hati aku bantu Youngmi masuk ke dalam kereta. Aku berjalan ke arah pintu bahagian pemandu.

Chaera, saya dah realisasikan impian awak. Untuk lihat little Chanhee and little Chaera (Youngmi) berlari kejar each other nanti.

Rumah pengebumian dikerling buat kali terakhir sebelum aku masuk ke dalam perut kenderaan.

Rehatlah dengan tenang, sayang.

--❦︎--

Sebaik sahaja kereta yang dipandu Chanhee memecut laju meninggalkan parking rumah pengebumian, barulah susuk yang sedari tadi bersembunyi di balik semak memunculkan diri. Sunglasses yang tersangkut pada ubun-ubun diturunkan ke hidung semula. Cap sempat dibetulkan.

Tidak menunggu lama, dia beredar. Bibirnya mengungkap sesuatu.

" You turned the page into the new chapter Chanhee, but I'm going to burn the whole book."

Dia senyum senget, jahat.

--❦︎--

- the end -

•••

officially ended! *tepuk pipi sendiri

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

officially ended! *tepuk pipi sendiri

roomie.Où les histoires vivent. Découvrez maintenant