Kiraan untuk memulakan pertandingan sudah dikira oleh pengendali acara. Dalam 3.. 2.. 1... penilaian telah pun bermula.

Amelia memandang bahan-bahan yang dipilihnya. Semua bahan yang dipilih adalah untuk memasak Spaghetti Aglio Olio. Antara bahan yang dipilih ialah spaghetti, minyak zaitun, bawang putih, dan seasonings.

Amelia memotong bawang putih terlebih dahulu. Bawang putih itu dipotong sehalus yang boleh untuk menyebatikan rasanya dengan minyak zaitun.

Kemudian, Amelia merebus air. Air yang direbus perlulah dalam kuantiti yang banyak bagi mengelakkan spaghetti melekat. Amelia masukkan dua sudu besar garam kedalam air rebusan itu. Nak masak pasta, kenalah masin. Amelia mengacau air itu bagi melarutkan garam yang dimasukkan tadi.

Amelia memasukkan spaghetti ke dalam air rebusan itu. Spaghetti akan masak dalam lapan hingga sepuluh minit.

Apabila spaghetti sudah masak, Amelia menyejat spaghetti itu dan ketepikannya dahulu.

Sekarang, dia akan menyiapkan sauce untuk spaghetti. Amelia memasukkan minyak zaitun ke dalam kuali. Amelia tidak menyalakan api dahulu. Dia memsaukkan hirisan bawang putih dahulu sebelum membuka api. Api hanya dibuka perlahan. Bawang putih itu perlu dimasak secara perlahan-lahan, kalau tidak, bawang putih akan hangus dan sauce akan rosak.

Amelia mengacau bawang putih itu sehingga warnanya bertukar kuning keperangan. Kemudian, Amelia memasukkan chilli flakes. Disebabkan dia seorang yang sangat menyukai makanan pedas, dia letakkannya banyak sedikit.

Setelah mengacau-kacau sauce pasta itu, dia memasukkan spaghetti yang disejatnya tadi ke dalam kuali. Amelia terus mengacau supaya rata.

"Masa ada lagi 10 minit." Amelia yang mendengar hal itu terus fokus. Masa yang tinggal tidak banyak.

Aglio Olio milik Amelia sedikit kering. Lalu, dia menambahkan sedikit air rebusan dan terus mengacaunya.

Amelia kini memasukkan daun parsley yang dihiris halus dan gaulkannya. Masakanya hampir siap. Amelia kemudian menaburkan garam secukup rasa dan sedikit lada hitam ke dalam masakannya dan terus menggaul.

Akhirnya, Spaghetti Aglio Olio sedia untuk dihidang.

TETT!

Masa yang diberi telah pun tamat. Entah jadi ke tidak masakannya pun dia tidak tahu. Tidak sempat untuk merasa.

***

Kini, semua peserta telah bediri dalam satu garis lurus menghadap para juri. Pengendali acara sudah pun membawa acara kepada sesi merasa masakan para peserta.

Seorang demi seorang peserta tampil kehadapan apabila giliran masakan mereka untuk dirasa oleh para juri.

Ada yang bernasib baik lulus ujian ini dan ada juga yang gagal. Amelia sudah berdoa kepada yang Maha Berkuasa agar dirinya lulus dalam ujian ini. Dia tidak mahu mengecewakan papa, mama dan abang-abangnya.

"Tengku Amelia."

Namanya sudah dipanggil oleh pengendali acara. Masakannya diletakkan di atas meja juri. Bau masakannya menyapa hidung para juri membuatkan mereka semua tersenyum.

Amelia yang sudah bergetar lutut memerhati setiap wajah juri dihadapannya. Ada tiga orang juri. Dan tidak lain tidak bukan salah seorang daripada juri ialah Raja Efzan.

"Boleh Cik Amelia terangkan sedikit tentang masakan cik?" Tanya Si pengendali acara itu. Amelia hanya mengangguk.

"Masakan saya ialah Aglio Olio. Tidak banyak yang perlu diterangkkan sebenarnya."

Amelia tersenyum yakin. Dia terangkan serba sedikit tentang masakannya.

Para juri mengangguk. Tanpa membuang masa, terus sahaja juri pertama merasa masakan Amelia. Kemudian, juri kedua pula yang merasa. Dan akhir sekali, Efzan.

Amelia sudah berdebar-debar. Para juri memandang satu sama lain sebelum memberikan anggukan kecil.

Juri pertama membuka mulutnya untuk memberikan komennya. "Aglio Olio yang awak masak ini, simple." Amelia masih mengekalkan senyuman walaupun sedikit kecewa.

"Tetapi, ada yang menarik dalam rasanya. Masakan awak just... extra richness."

Mata Amelia kini bersinar-sinar. Kemudian juri kedua pula yang memberi komen.

"Rasanya sedap yang membuatkan saya nak lagi." Kata juri kedua sambil menganggukkan kepalanya kepada juri pertama tadi.

Akhir sekali, giliran Efzan untuk memberi komennya.

"For me, it's the taste that will make people keep wanting it. Tahniah, awak dapat Ya daripada saya." Ringkas dan padat komen dari Efzan.

"Me too." juri pertama dan kedua juga memberikan 'Ya' kepada Amelia.

Amelia yang gembira akan kenyataan itu terus tersenyum dan melafazkan kalimat syukur.

"Alhamdulillah..." Amelia meraup mukanya. Terlalu gembira kerana ramai peserta sebelum gilirannya tersingkir.

Peserta yang lain memberikan tepukan kepada Amelia. Amelia mengucapkan terima kasih kepda para juri dan bergerak ke arah peserta yang lulus ujian ini disebelah kanan juri.

'Mama, papa, abang, Alhamdulillah adik tak kecewakan korang."

'Efzan yang tersenyum itu, cepat-cepat menyorokkan senyumannya di balik tangan yang naik menutup mulut. Wajah serius kini ditanyangkan. Ada lagi beberapa peserta yang tidak dikomen juri.

***

Chapter kalini pendek jer kayy. Sorry jugak utk typo keyy hehe

~do vote and comment~
~THE LOVE : RAJA EFZAN~

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {ON HOLD}Onde histórias criam vida. Descubra agora