━━.07 - Eternal Flame

14 4 88
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"APA dia?" William kedengaran tidak percaya. Betulkah apa yang dikatakan oleh Lewis?

Mesyuarat tidak rasmi antara William, Lyn dan Lewis berlangsung di kamar pejabat William. Mereka berdua menghubungi William ketika dia berada di bumi bersama keluarga pagi tadi untuk melaporkan kejadian semalam.

"Ya, betul. Selama ni dia ceroboh tempat kita guna portal je. Jadi, Will, apa yang kita buat sebelum ni semuanya sia-sia. Kemungkinan besar dia boleh datang balik tanpa dijejaki," jujur Lewis, disetujui Lyn di sebelah.

William mendengus halus sambil memikirkan sesuatu. Benar kata Lewis, sia-sia sahaja jika pihak mereka sekadar mengawasi kawasan-kawasan tertentu tanpa pengecaman identiti. Aranna boleh sahaja menyamar.

"Mungkin kita boleh buat imbasan melalui cermin mata... Awak ingat tak awak cerita yang Bob ada guna cermin mata imbasan segera untuk cari saya masa saya bergaduh dengan Ruby dalam Menara Erlax dulu?" Lyn menepuk lembut bahu Lewis semasa bertanya soalan.

Lewis berkerut muka. Ingatan tentang peristiwa itu samar-samar tetapi dia yakin Bob ada guna teknologi itu untuk mencari Lyn ketika dia berada di dalam pesawat pejuang bersama Bob.

"Ya, ada..."

"Apa kata kita ubahsuai cermin mata tu untuk bezakan rakyat kita dengan orang yang bukan dari sini?" cadang Lyn, kedengaran bersungguh seolah dia bangga kerana berkelakuan bijak.

Lewis angguk setuju manakala William teragak-agak. "Kalau macam tu, habislah Amelia kena label sebagai penceroboh. Dia kan dari planet sebelah."

Lyn tersedar lantas menutup mulut menggunakan tapak tangan sebelum berfikir sekali lagi. Betul, Amelia bukan berasal dari sini. Buatnya dia ditangkap semasa mengunjungi majlis perkahwinan sendiri, gasaklah.

"Mungkin kita boleh... hm... Kita tanya Bob jelah. Biar dia yang reka sendiri teknologi dia macam mana. Sekarang ni, mana dia?" tanya Lyn, putus asa dalam memikirkan teknologi yang dapat membezakan rakyat sendiri atau orang lain.

"Dia dalam perjalanan ke planet Dunes, sebagai ketua squad untuk angkut lima tong rempah emas dari kilang. Kita boleh bagitahu dia nanti," ujar William. Tampak gaya cadangan Lyn disetujui lelaki itu.

❅°❈°❅

"CHAN... Chan, bangunlah...!" Satu tamparan hinggap pada pipi kerana Jisung berasa sebal. Boleh pula dia tidur lena di atas sofa... di tengah-tengah padang pasir?

Bang Chan hampir jatuh tergolek dari sofa dek penangan Jisung yang sedang menggelabah tidak tentu. Dia yang mamai, mata terus membuntang luas selepas mendapati dirinya terdampar di atas gurun gersang tidak berpenghuni.

"Jisung, macam mana kita boleh sampai sini??" tanya Bang Chan menggelabah kutu. Kemudian, dia berdiri melihat kawasan padang pasir di sekelilingnya.

"Manalah aku tahu, Chan... bangun-bangun tidur je terus sampai sini, mat. Kita dekat Mesir ke?" Jisung menggaru kepala yang tidak gatal, memikirkan tentang keberadaan mereka sekarang ini. Mukanya tampak seperti ingin menangis.

[OG] VIOLET WITCH : The Queen Of DesertWhere stories live. Discover now