Kepulan asap memenuhi ruangan dewan sekolah. Semua pelajar mula panik dan berteriakan. Para guru yang berada di pentas bergegas turun bagi mengawal keadaan yang menjadi huru-hara. Beberapa orang pelajar lelaki cuba membuka pintu utama tetapi gagal. Ditendang dan di tolak juga tidak dapat membuka pintu.
Kehadiran guru disiplin disitu untuk mengambil alih tugas. Tombol pintu gi goncangkan dan tiada sebarang perubahan. Guru disiplin berundur kebelakang dan dia berlari maju bagi memecahkan pintu. Sejengkal badannya hampir menyentuh pintu, pintu itu terus terbuka dengan sendirinya dan guru disiplin itu terjerumus ke hadapan dan tersungkur ke tanah. Pelajar yang lain berpusu-pusu keluar dari dewan.
Kedengaran hilaian tawa memecah suasana yang huru-hara itu. Guru disiplin yang tersungkur di tanah bangun bagi mencari siapakah gerangan yang mentertawakannya.
"Dyan Emeir!!!!!"tempik guru disiplin.
"Wah... aku tak expect boleh jadi sehuru-hara ini. HAHAHAHA".
"Yan, kau tak takut kene tangkap dengan cikgu ke?"soal Mustaqim.
"Kau pernah ke tengok aku kena tangkap? Huh! Ini baru fun bro!". Girang Dyan melihat hiru pikuk dari atas.
Guru disiplin mendongak ke bumbung dewan. Terlihat empat orang pelajar lelaki sedang bercangkung di atas bumbung sambil memerhati kekacauan yang berlaku di bawah. Entah macam mana mereka boleh naik ke bumbung itu pun tiada siapa yang tahu.
"DYAN EMEIR!!!"laung guru dispilin memandang tepat ke arah Dyan.
"Ya cikgu, ada apa-apa yang boleh saya bantu?"soal Dyan dengan senyum.
"Kamu turun sekarang!"marah guru disiplin.
"Why so serious cikgu. Adios!"dua jari di rapatkan dn di letakkan di tepu dahi. Jarinya di hayun sedikit sebagai tanda ingin beredar .Lantas mereka menghilang dari bumbung dewan sekolah tanpa jejak.
Guru disiplin hanya mampu bercekak pinggang dan merengus kesal. Bukan dia tidak mahu mengejar tetapi, dia tahu yang ianya perbuatan yang sia-sia. Satu sekolah sudah masak dengan kelakuan Dyan Emeir. Si Joker sekolah. Ada sahaja helah yang berlaku setiap hari di sekolah. Mahu menghukum, malah dia merupakan seorang pelajar yang pernah mengharumkan nama sekolah. Jika tidak di hukum, tidak adil pula buat pelajar-pelajar yang lain.
Dyan duduk bersandar di tempatnya sambil kaki di angkat dan diletakkan di atas meja. Kedua tangannya di letakkan di belakang kepala. Kelihatannya dia sungguh bosan dengan pembelajaran yang di ajar. Sesekali dia menguap memandang keluar tingkap.
Guru yang mengajar dihadapan mula naik geram dengan sikap sambil lewa Dyan. Marker di tangan terus di lontar ke arah Dyan. Pantas Dyan menangkap tanpa memandangnya. Terkejut guru itu melihat tindakan drastik Dyan.
"Wow! Marker free. Saya simpan ya cikgu"kata Dyan lalu memasukkan marker itu ke dalam poket baju sekolahnya.
Seisi kelas hanya memandang ke arahnya. Dyan menghiraukan tatapan seisi kelasnya dan kembali melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Sesekali dia menguap kebosanan.
"Kelas, kita teruskan pembelajaran kita. Hiraukan saja dia tu"kata guru. Semua pelajar kembali menumpukan perhatian pada pembelajaran.
Seorang lelaki di kelas itu memandang Dyan dengan senyum terjungkit sebelah.
"Huh! Dasar joker"tuturnya sendiri. Terus perhatiannya di alih ke papan putih.
🎭🎭🎭
Setiap kali waktu rehat, bumbunglah tempat di mana Dyan akan menghabiskan masanya sendiri tanpa di ganggu oleh rakan-rakannya yang lain. Dia duduk merenung langit yang biru dipenuhi awan putih bak gula-gula kapas. Ditangannya setia memegang snack bar yang akan di makannya setiap waktu rehat.
Angin bertiup sepoi-sepoi mengibarkan rambutnya yang terjuntai di dahi. Tiba-tiba dia merasakan satu sakit didadanya. Sakit yang dia tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Rasa sakit yang terbuku di dalam dadanya yang dia tidak dapat lepaskan sudah sekian lama
Tangannya memukul bahagian dada berkali-kali agar rasa sakit itu cepat hilang. Beberapa saat kemudian, rasa sakit itu hilang. Nafas dihela panjang. Pandangannya kembali di hala ke langit sambil meratah snack bar di tangannya.
Tamat sahaja waktu rehat, Dyan turun dari bumbung dan terus raut wajahnya yang mendung berubah drastik. Dia tersenyum dengan mata yang tajam tak ubah seperti seorang psycho.
"It show time"kata Dyan sendiri dalam nada gembira.
Pintu rumah di tolak dengan disertai sahutan salam. Dyan memasuki rumah sambil bernyanyi riang dengan sebelah tangannya memegang tali beg yang tersangkut di bahu kanan. Langkah kakinya terhenti apabila melihat figura bapa saudaranya tercegat di hadapan tangga sambil berpeluk tubuh. Liurnya di telan. Terasa kesat tiba-tiba di salur esofagusnya.
"Dyan Emeir!"
Mendengar sahaja nada suara itu cukup membuatkan jantung Dyan sedikit bergetar. Dia menarik senyum lebar seperti dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
"Helah apa pula yang Dyan buat kali ni?"soal bapa saudaranya tegas.
"Em.. mana ada buat apa-apa"nafi Dyan masih dengan senyum.
"Tak buat apa-apa? Habis tu, buat kacau masa perhimpunan, huru-hara kan satu sekolah tu apa? Please Dyan. Berhenti dari buat masalah. Dyan bukannya budak yang tak pandai. Stop being a joker"tutur Bapa saudaranya
Wajah Dyan yang tadinya senyum berubah drastik. Anak matanya memandang bapa saudaranya tajam tanpa sebarang reaksi yang dipaparkan.
"I'm not your son"kata Dyan dingin lantas mengatur langkah menaiki anak tangga melepasi bapa saudaranya itu.
"I know you are not my son. But you are my responsibility. If anything happend to you. I wouldn't forgive myself"tegas bapa saudaranya lagi.
Dyan mengendahkan kata-kata itu dan terus masuk ke biliknya. Pintu bilik di hempas berdentum satu rumah beg sekolah di baling ke dinding. Dia menghampiri pajangan gambar kedua ibu dan bapanya.
"KENAPA TINGGAL KAN DYAN!! KENAPA!!!. ARGHHHH!!!!"amuk Dyan berteriak memukul dinding di tepi pajangan gambar itu berkali-kali sehingga buku limanya mengeluarkan cercair bernoda merah pekat. Kesakitan di tangannya tidak di endahkan kerana sakit dihatinya melebihi segalanya.
Dyan melorot jatuh ke lantai dengan perasaan yang bercampur baur. Sedih, marah dan juga hampa. Dia duduk bersandar sambil lututnya menopang tangan. Kepala tertunduk memandang lantai. Rasa sakit didada itu kembali lagi tetapi kali ini lebih sakit dari sebelumnya. Tangan menggenggam baju di bahagian dada. Wajah berkerut menahan rasa sakit. Nafasnya seperti tersekat di kerongkong. Dadanya di pukul berkali-kali dan beberapa saat kemudian, rasa sakit itu hilang dengan sendirinya. Dan dia kembali bernafas secara seperti biasa.
Dia bangun dari duduknya dan memandang pajangan gambar itu melalui ekor matanya. Foto keluarga yang di ambil seminggu sebelum tragedi yang menimpa dirinya.
"Dyan minta maaf Mummy, Daddy. Maafkan Dyan"gumamnya. Lantas dia menapak ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Usai itu, dia menyarungkan jaket milik daddynya dan mengorak langkah keluar. Laju kakinya menuruni tangga. Kunci motor di capainya.
"Abang Dyan nak pergi mana?"tanya seorang gadis berusia 13 tahun.
"Keluar. Bagitahu Uncle Uda abang balik lambat"kata Dyan sambil menyarungkan kasut di kaki.
Dyan memandang wajah gadis itu yang berkerut seribu. Dia tahu akan maksud reaksi itu. Sebaris senyum di carikkan. Kaki di hayun ke garaj. Kanvas hitam yang menutupi badan motor di buka. Terserlah lah motor berkuasa tinggi berona hitam milik Daddynya.
Helmet di sarungkan dan enjin dihidupkan. Dia meluncur keluar dari garaj menyelusuri jalan yang langitnya sudah berubah warna jingga kehitaman. Kemanalah hala tujunya.
To be continue...
YOU ARE READING
Mr.Joker
RomanceKehidupan Dyan Emeir berubah setelah kematian kedua ibu dan bapanya dalam kejadian yang menjadi mimpi ngerinya sampai bila-bila. Dia di jaga dan di besarkan oleh bapa saudaranya sejak berusia 5 tahun. Dia dikenali diseluruh sekolah dengan kelakuan...
