2

2.5K 57 8
                                    

UMPAN EXTENDED
-2-

Suasana di restoran itu sungguh meriah dengan gelak tawa dari family adriana. Iqbal kelihatan masih kekok untuk bermesra dengan yang lain. Sesekali iqbal memandang ke arah haikal. Haikal langsung tidak memperdulikan malik.

Selepas makan, iqbal menarik tangan adriana dan berjalan jauh sedikit dari ahli keluarga yang lain.

"Ada apa ni sayang?"tanya adriana
"Nothing just.. siapa kawan iff?"tanya iqbal
"Oh.. tu haikal.. dah 3tahun iff berkawan dengan dia. Why u asking?"
"Hmmm i dunno his face seems familiar to me"jawab iqbal
"Tu je?"
Iqbal mengangukkan kepala
"Ingat apa la tadi.. u ni.. dah la jom.. kita nak jalan-jalan lagi"kata adriana.

Akhirnya keluarga adriana pulang kembali ke homestay. Iqbal hanya melihat iff berjalan masuk kedalam bilik bersama haikal. Iqbal berjalan keluar dari rumah lalu duduk di patio memandang laut. Matahari mula terbenam.

Iqbal tidak berkesempatan langsung untuk berbual dengan haikal. Haikal sibuk berkepit dengan iff umpama belangkas. Adriana berjalan menuju ke arah tunangnya. Adriana memeluk iqbal. Iqbal mencium dahi adriana. Mereka berdua duduk bersama menikmati permandangan matahari terbenam.

Iqbal berjalan masuk kedalam bilik. Iqbal lihat haikal sedang berbaring bersama iff di atas katil. Iqbal terus mencapai tuala dan beg toiletries. Iqbal juga membawa pakaiannya bersama. Iqbal mahu terus menyalin pakaian didalam bilik air.

Sesudah mandi dan memakai pakaian, iqbal berjalan kembali masuk kedalam bilik. Haikal dan iff tiada. Bilik kosong. Iqbal mengambil kesempatan ini dengan berbaring untuk berehat di atas katil.

"Abang.. bangun bang"

Iqbal tersedar dari tidur. Baru lagi rasanya iqbal memejam mata tapi sudah dikejutkan. Iqbal memandang iff dalam keadaan mata terkuyu. Iqbal silau dengan cahaya lampu bilik. Iqbal bangkit dari tidur.

Malam itu mereka semua ke restoran steamboat. Iqbal lebih banyak mendiamkan diri. Iqbal tidak begitu berselera seperti yang lain. Tiada yang menyedari tingkah laku iqbal. Termasuk tunangnya. Tunang iqbal sibuk berbual dan bergelak tawa bersama yang lain.

Iqbal duduk di salah sebuah kerusi di tepi kolam mandi. Iqbal berbaring. Mata iqbal sedikit layu memandang langit yang gelap tanpa bulan dan bintang. Entah kenapa iqbal berasa sunyi pada malam itu.

"Jauh termenung"
Ikbal tersentak lalu menoleh kebelakang. Iqbal memandang haikal. Iqbal tersenyum melihat haikal menghampirinya.

"Abang sihat?"tanya haikal
"Sihat"jawab iqbal. Entah kenapa jantung iqbal berdebar kuat.
"Tahniah"ucap haikal lalu duduk disebelah iqbal
"Tahniah? Apa yang tahniah?"tanya iqbal
"Dah bertunang dengan kak ady"kata haikal
"Oh hmm ye"iqbal tersenyum
"Betul kata orang, dunia ni sebenarnya kecik je,tak sangka dapat jumpa abang semula"
"Tu la.. tak sangka.. haikal nampak lain sekarang"kata iqbal
"Abang pun"
"Berapa lama dah kawan dengan iff?"tanya iqbal
"Kawan? Hehehe"haikal tertawa kecil
Dahi iqbal berkerut sedikit melihat haikal tertawa
"Tak perlu nak pura-pura la bang.. abang tahu kan saya dengan iff tu macam mana"
"Abang tak sangka haikal jadi macam ni"
"Aik tak sangka pulak hahahaa padahal abang yang buat saya jadi macam ni kan hehehe"haikal tertawa sinis
Iqbal terdiam melihat haikal.
"Abang minta maaf sebab "
"Tak tak tak.. tak ape.. benda dah berlalu bang.. saya ok je.. saya tak marah pun"haikal terus menyampuk sambil menepuk bahu iqbal.
"Iff tahu ke pasal kita"tanya iqbal
Haikal mengelengkan kepala.
"Saya tak pernah cerita pasal tu kat sesape termasuk kat bf saya"kata haikal.
"Oh..ok"
"Dan saya harap abang pun jangan ceritakan hal tu pada sesiapa. Benda dah berlalu. Ok?"
Iqbal menganggukkan kepala.
"Abang duduk mana sekarang?"tanya haikal
"Bangsar"
"Oh KL juga"
"Haikal duduk sewa rumah tu lagi ke?"
"Tak. Dah pindah. Saya duduk di cheras sekarang"
"Abang yang tu duduk rumah tu lagi ke?"
"Abang yang mana?"
"Yang kerja sama dengan abang dulu.. lupa dah nama dia"
"Oh abang daus.."
"Ye dia"
"Dia dah meninggal la bang"
"Hah? Bila?"iqbal terkejut
"Beberapa bulan lepas abang keluar dari rumah tu.. dia accident.. lepas dia takde, saya pindah keluar sebab tak mampu nak bayar sewa"kata haikal

Iff berjalan menghampiri haikal dan iqbal. Perbualan iqbal dan haikal terhenti. Iqbal masuk ke dalam rumah meninggalkan haikal dan iff. Iqbal duduk di sebelah adriana yang sedang berbincang dengan kawan-kawannya untuk mengadakan majlis pertunangan nanti.

Waktu sudah hampir ke pukul 1pagi. Mata iqbal mula mengantuk. Iqbal meninggalkan adriana dan rakan-rakannya yang masih rancak berbual. Iqbal masuk kedalam bilik. Iqbal terkejut melihat iff sedang lena dalam dakapan haikal yang juga sedang tidur. Iqbal menutup pintu kembali.

Iqbal berbaring di sofa yang ada di depan bilik. Iqbal memejamkan mata. Iqbal terjaga semula selepas sejam terlena. Suasana homestay itu sedikit suram dan sunyi. Iqbal memandang ke arah adriana yang berjalan menuju ke arahnya dari dapur.

"U tidur sini ke? Kenapa tak tidur dalam bilik?"tanya adriana
"Biarlah dorang tidur. I tak selesa tidur berhimpit"ja plus ok I'llwab iqbal
"Kesian u"
"Kalau kesian kat i, kasi i tidur dekat bilik u"
"Isyhh giler ke? My family cakap apa nanti"
"K fine"iqbal kembali berbaring disofa tersebut
"I ambilkan selimut untuk u ok"kata adriana

Selepas bersarapan, keluarga adriana menghabiskan masa mandi manda di pantai, hari ini merupakan hari terakhir mereka berada di homestay itu. Iqbal sedikit lega dengan keadaan terkini haikal. Haikal makin matang, haikal juga sudah memaafkan iqbal tentang peristiwa lalu.

"Abang"tegur haikal.
Iqbal menutup bonet kereta setelah memasukkan beberapa bagasi.
"Ada apa?"tanya iqbal
"Ni nombor saya.. ada masa nanti boleh la kita lepak minum sama-sama"hulur haikal secebis kertas kepada iqbal
"Ok.. nanti abang call"kata iqbal

Haikal terus meluru memeluk tubuh sasa iqbal. Iqbal terkejut. Iqbal perlahan-lahan memeluk tubuh haikal kembali. Tiba-tiba terbayang dalam ingatan iqbal saat terakhir meluahkan perasaannya kepada haikal.

"I miss u"

Bisik haikal. Iqbal tergamam mendengar bisikan haikal. Haikal berundur kebelakang. Haikal tersenyum lalu berjalan meninggalkan iqbal yang terkaku itu. Akhirnya kenderaan milik mereka mula bergerak keluar dari perkarangan homestay itu. Iqbal memandu mengekori kereta iff. Iqbal tersenyum. Adriana memeluk lengan kiri iqbal. Iqbal mencium dahi adriana. Iqbal kembali tersenyum bila memandang kereta iff yang berada di depannya.

-bersambung

UMPAN EXTENDEDWo Geschichten leben. Entdecke jetzt