Arjuna berasa cemas. Tiba tiba teringat kepingan gambar Rose, takkan lah mereka dah dapat dia. Arjuna tahan dari menyumpah seranah. Ya Allah!

Arjuna membantu Aatiq untuk keluar dari cafe. Mujurlah tinggal Aatiq seorang saja yang ada. Kak Putri cuti berpantang, Raqib dekat markas.

" Bos, diorang macam mana? " Tanya Aatiq sambil memandang orang orang awam yang berada dala Cafe tersebut.

" Kejap lagi kita minta bantuan " Aatiq mengangguk tanda faham. Arjuna bantu Aatiq keluar dan melompat dari api tersebut.

Ahli bomba telah datang memadamkan api. Orang awam yang cedera diberikan rawatan secepat mungkin.

***

MARKAS.

" Mengikut laporan —18 orang terkorban, 20 orang cedera parah, 4 orang terselamat " Ujar Aatiq.

" Kau memang tak perasan apa apa ke? Macam mana boleh ada bom pula dalam Cafe tu? " Syazlia bertanya.

" Sumpah aku tak tahu. Aku tak expect boleh ada bom dalam Cafe itu. Sekarang ini, bukan hal bom je. Haniz pun tak balik! Hilang terus! Nasib baiklah tadi Encik Rayden tu datang selamatkan aku " Bidas Aatiq.

Tiba tiba Aatiq terfikir. Bom? Haniz hilang?

" Oh my god! Aku syak sesuatu. Bom tu diletupkan lepas Haniz tak ada. Aku rasa— "

" —musuh culik Haniz lepastu bom diletupkan? " Raqib meneka.

" Exactly! " Bidas Aatiq.

" Lepastu Rayden tiba tiba datang selamatkan kau? Macam mana dia tahu bom tu nak meletup? " Sambung Syazlia balik.

Raqib dan Aatiq memandang antara satu sama lain. Air liur diteguk. Takkan lah ini rancangan bos mereka. Eh encik Arjuna kita baik kot!

" Guys aku dah dapat info! Bom yang digunakan adalah semtex. Askar thailand memang pakai semtex ni. Memang susah nak jumpa bom macam ni. Bom yang dikenakan adalah 5 kilo semtex " Syed muncul dengan gambar bukti.

" Jadi dari tuduhan aku, aku syak Boribun. Kita ada 2 orang suspek warganera Thailand. Kalau bukan Niran, jadinya Boribun " Tambahnya lagi.

" Aku rasa kita kena tangkap juga Boribun ni. Kau tengok lah Niran tu pun tak nak buka mulut. Tak membantu langsung! Bila aku tanya, dia tak habis habis jawab kegelapan. Haih! Serabut aku! Setia betul dengan bos dia " Rungut Agent Shadow pula.

" Bukan hal itu je kita kena fikir! Encik Rayden buat aduan tadi Haniz pun hilang! Aku rasa diorang culik Haniz tu la! " Sampuk Aatiq.

" Aku risau Boribun culik Haniz tu! Kes kita ni awalnya tak ada kaitan dengan Haniz pun. Tapi sejak tempoh kejadian Haniz kena culik dekat tempat yang sama kita nak serbu krokodil tu. Aku syak something la " Syazlia menggigit bawah bibir.

" Ni mesti Rayden tu kan? Aku dah agak dah! Aku mula mula soal siasat mamat kerek tu pun aku dah syak something. Tapi korang je tak percaya aku. Tengok lah! Masa dia datang selamatkan Aatiq tadi, dia macam tahu tahu je bom tu nak melutup " Bidas Syed.

" Tapi kalau tengok rekod Rayden tu bersih je " Ujar Agent Shadow selepas memeriksa maklumat peribadi Arjuna.

" Betul. Encik Rayden tu baiklah. Dia tak akan buat kerja macam ni " Aatiq menyebelahi Arjuna.

" Eleh! Kau ingat aku tak tahu yang kau dengan si abang kembar kau ni kerja Cafe Rayden itu. Patutlah bukan main back up. Majikan rupanya! " Syed menunding jari ke arah mereka berdua.

" Macam mana kau tahu? Tuduh tuduh dosa! " Raqib masih lagi nak back up diri sendiri.

" Muka korang ni familiar lah. Aku dengan Syazlia ni selalu lepak Cafe tu dulu. Fikir aku tak buat research pasal korang? Hmph " Syed menjeling.

Raqib dan Aatiq senyum sumbing. Alamak kantoi!

" Kau tak rasa nak soal siasat dia? " Syed memandang Syazlia. Terdiam.





Syazlia menghulurkan secawan kopi kepada Arjuna. Dia duduk menghadap Arjuna di bilik soal siasat.

" Saya nak tanya encik Rayden sikit. Macam mana encik Rayden boleh terdetik nak datang ke Cafe masa letupan bom tu dan apa kaitan dengan Haniz? " Soal Syazlia.

Syazlia memandang riak wajah Arjuna yang tenang dan tidak ada titik wajah yang menggelabah. Betul lah cakap Syed, kerek!

" Sebelum letupan tu, ada satu nombor asing yang telefon aku. Dia cakap nama dia Boribun. Mula mula dia ugut aku dengan satu kotak ini berisi darah kepala ayam. Dalam tu ada gambar isteri aku "

" Dia ugut untuk apa? "

" Dia cakap pasal cip. Aku tak tahu cip apa yang dia maksudkan. Jadi, aku berbalah dengan dia sebab aku tak tahu cip apa yang dia maksudkan. Sampai lah dia ugut dia akan letupkan Cafe aku dimana aku ingat Haniz ada dalam itu. Jadi, sebab itulah aku pergi ke Cafe. Bila aku cari, Haniz tak ada. Aatiq kata Haniz tak balik lagi " Terang Arjuna.

Lagenda Budak Kasmaran Where stories live. Discover now