Allahu...

Betullah, mula-mula benci. Lama-lama cinta. Cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Selepas ini, misi mereka adalah untuk memastikan yang Mia dan Nadia tidak berdua-duaan lagi. Bimbang perkara pelik akan berlaku..

From friends to enemies and to lover. But, cinta bertepuk sebelah tangan tak akan kemana.

Hubungan persahabatan antara mereka berlima semakin rapat. Nadia hanya dimaklumkan bahawa kejadian itu hanyan mainan mimpi. Apa lagi? Percayalah Nadia.

Kesian Nadia. Digula-gulakan hidup-hidup. Tapi, ini juga untuk kebaikan dia.

"Ryan. Aku nak minta maaf tau. Aku tuduh kau macam-macam." Kata Nadia dengan perlahan. Dia sangat bersalah. Dah macam-macam dia beritahu.

"Tak ada hal lah." Pendek sahaja jawapan Ryan. Terasa? Adalah sikit. Tapi, nak salahkan Nadia tak boleh juga. Dah bukan salah dia. Nak buat macam mana lagi? Nadia bangun, hanya ada Mia dan Ryan sebilik dengan dia. Memang Ryanlah yang dipersalahkan. Takkan Mia kut...

Kesian Ryan. Mangsa keadaan. Tulah, siapa suruh berada di tempat yang salah pada masa yang salah..

"Betul ni? Teruk kut kau kena dengan Adrien hari tu. Sampai, berdarah." Soal Nadia sekali lagi. Dia rasa sangat bersalah. Dia tak patut buka cerita ini kepada sesiapa. Akan tetapi, jikalau dia tak buka cerita ini, sampai sekaranglah dia dan Ryan akan bergaduh. Entah-entah sampai tua.

Nauzubillah...

"Betul. Aku okay je." Ryan cuba meyakinkan Nadia.

"....." Nadia hanya mendiamkan diri.

"Betul ni. Aku okay."

LUNA Ryan, Adrien dan Norman mengajak Mia berjumpa mereka semua di taman. Kenapa? Ni untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Mia.

Mia..mia. Tak habis-habis cari pasal eh kau.

"Aku nak kau jauhkan diri dari Nadia." Tegas Adrien. Dia tidak mahu berbasi lagi. Straight to the point.

"Apa maksud awak Adrien? Saya tak fahamlah." Soal Mia kehairanan.

"Kau tak payah nak bersaya-awaklah. Gedik sangat. And one more thing, aku tahu kau tahu maksud aku." Ujar Adrien lagi. Dingin nadanya. Matanya tajam menikam anak mata Mia.

Jujur, Adrien sangat meluat dengan Mia. Memang dari dulu lagi Adrien cop Mia dengan nama 'Gedik Girl'.

"Tahu apa? Saya tak fahamlah." Ujar Mia seraya memegang lengan Adrien. Dia masih cuba menutup perbuatannya.

"Kau tak payah acahlah! Kau dha buat hubungan kita orang hampir rosak. Kau dengan setan, tak ada beza pun. Dah buat salah tak nak mengaku!" Marah Ryan.

"Okay. Since that kau orang dah tahu. Tak payahlah aku cakap lebih-lebih." Kini Mia memberitahu perkara sebenar. Angkuh nadanya. Sah, perempuan tak sedar diri.

"Kau ni memang tak tahu malu ke?! Kalau nak belok pun, jangan ajak Nadia!" Marah Norman.

Luna hanya berdiam diri. Dia memang sangat marah. Maruah kawannya di ragut kut. Dahlah oleh seorang perempuan. Dasar syaitan!

"Haih..Luna kau tak payah nak merah sangatlah muka tu. Tak payah marah. Bukannya aku bunuh Nadia pun. Aku cium dia je..kau patut bersyukur tau. Ada juga yang sayangkan..I mean, cintakan kawan kau tu. Nak harap kau buat macam tu, kiamat pun belum tentu." Provok Mia. Dia sengaja tekankan perkataan 'cinta'. Dia tahu, kes itu dapat membuat darah Luna naik. Dasar!

"Kau..kau memang tak tahu malukan?! Dahlah cium anak orang. Boleh kau hadap dia lagi. Dah kalau muka letak dekat kaki, memang tak reti malulah kan.!" Marah Luna. Dia benar-benar hilang sabar. Perangai Mia memang minta kaki. Rasa nak sepak je Mia.

"Suka hati akulah. Aku nak buat apa pun. Aku nak cium dia ke, nak buat leb-"

Pang!

Kepala Mia terpaling ke kiri dek kerana tamparan yang kuat. Power tamparan Luna. Pipinya terasa sakit yang amat. Merah pipi kanan Mia. Nasib tak berdarah. Kalau Adrien yang tampar ni dah pecah bibir Mia ni.

Adrien di sisi Luna senyum senget. Dalam hati 'Puas hati aku!'

"Kau dengar sini. Nadia tu suci lagi. Bukan macam kau! Kecil-kecil dah buat maksiat! Dah pikir benda bukan-bukan! Aku tak nak kau dekat dengan dia lagi lepas ni. Kau faham?! Kalau kau dekat juga, jangan harap nak tengok dunia ni lagi. Mark my word!" Marah Luna. Dia mengugut Mia agar tidak mendekati Nadia lagi. Kalau dekat juga, dia akan pastikan nyawa Mia melayang.

Karate black belt boss!

Bukan calang-calang orang ni.

Tika Nadia, Luna, Adrien, Norman dan Ryan sedang makan, mereka didatangi kehadiran sosok yang dibenci. Mia...

"Hai sayangku. Puas tak kena cium hari tu. Kesian kau kan. Kena tipu hidup-hidup dengan kawankan. Meh aku beritahu perkara sebenar. Aku yang cium kau hari tu. Mimpi? Bukan sayang. Tu realiti. Rea.li.ti." Mia datang dan beritahu perkara sebenar.

"Apa?" Soal Nadia kehairanan.

"Sayang tak korek telinga ke?" Sindir Mia.

"Kau.." Ujar Nadia dengan nada tertahan. Dia sangat marah.

"Iya sayang."

"Kau jangan panggil aku sayang. Meluat aku!" Marah Nadia.

"Kak Mairah. Di sini terdapat sebuah pengakuan. Mia Anisya didapati merupakan seorang lesbian. Dia juga telah melakukan perbuatan keji terhadap Nadia. Nadia merupakan seorang mangsa. Saya rasa Mia Anisya patut di keluarkan dari sekolah ini." Lapor Ryan sebaik sahaja nampak kelibat Kak Mairah, penolong pengetua The Aqua Empire International High School.

Dia Milikku | Completeحيث تعيش القصص. اكتشف الآن