- 1

137 6 0
                                    

- our eyes met for the first time -

            "Panas betul bertugas jaga pagar ni"  rungut Ryana sambil mengibas muka nya dengan kedua dua belah tangan, panas betul.

      "Chill la pagi pagi ni dapat vitamin , panas sikit je" balas Aisha dengan selamba, Ryana hanya membalas dengan jelingan. yelatu panas sikit walhal dahi gadis itu sudah berpeluh.

"Cepat la minggu depan, aku nak bertugas dekat kantin" rungut Ryana, dia lebih rela bertugas memantau kantin berbanding jaga pagar.

"Jaga pagar lagi best" balas Aisha sambil tersengih.

"Jaga kantin" ayat itu diulangi oleh Ryana dan Aisha berkali kali sehingga Cikgu Nadia menegur kedua dua gadis itu.

"Kamu berdua nak bertengkar ke nak jaga pagar? Tengok pelajar tu " kata Cikgu Nadia  dengan nada yang tegas membuatkan kedua dua gadis itu berhenti bergaduh.

Sedang Aisha memerhati pelajar pelajar yang masuk ke pagar sekolah,mata nya bertembung dengan mata seseorang. Mata yang bewarna coklat cair yang mampu membuatkan siapa siapa terpesona.

Gadis itu terpegun berdiri melihat si dia, si dia yang sudah menjadi crush aisha selama dia berada di sini , Tuan Naufal Mifyaz

Terus jejaka itu melarikan mata dari melihat Aisha yang masih terpegun.

"Oi Aisha , kau dah kenapa?" soal Ryana pelik.

"Hah? Apadia? " soal Aisha dengan blur melihat ryana.

"Kau la tiba tiba termenung, dah jom balik kelas"serentak itu Ryana menarik tangan Aisha manakala gadis itu dengan pasrah mengikut kawan baik nya itu.



to be continued

BULAN Where stories live. Discover now