2 8 ! ; don't blame me

Zacznij od początku
                                    

" I thought you were cheating on me at the first place. Oppa cuma nak hukum Mimi aje. That's it, oppa takde niat pun nak bunuh Mimi or anak kita. Cara oppa tikam langsung tak kena organ penting mimi. In fact i didn't know that you were pregnant." kedua dua bahuku dipautnya.

Aku terdiam sejenak. Terkesima dengan apa yang Younghoon ucapkan pada aku.

Tanpa sengaja aku menutur apa yang difikirkan, " Kau- kau salahkan aku?" terbuntang luas sepasang mataku.

" No, oppa takde niat nak salahkan Mimi. Maksud oppa if Mimi tak buat perangai keluar rumah suka suka hati, jumpa dengan jantan entah mana mana. Oppa takkan hukum Mimi tau. Mimi tahukan, oppa sayangkan Mimi? I love you with all my heart darling. No one else can replace you."

Aku terkedu mendengar hujah yang dilontarkan Younghoon. Kepalaku tertunduk dan si kecil masuk ke dalam iris. Jadi kehilangan si kecil ini angkara aku sendiri.

Aku gigit bibir, sehinggakan pecah berdarah. Kepala aku gelengkan bertalu talu. Cuba untuk tidak percaya dengan semua yang masuk ke telinga termasuk fikiranku sendiri.

Anak mama, mama minta maaf. Mama tak layak jadi mama.

Mama tak layak.

Air mata bercucuran, terhenjut henjut bahuku menahan tagis. Berusaha Younghoon memujuk, tetapi tiada hasil.

Kenapa semua yang pergi disebabkan aku?

" Jangan macam ni sayang." tangan hangat Younghoon dilingkarkan ke tubuhku. Kata pujuk rayu diucap supaya aku tidak bersedih.

" Semua- semua salah Mimi. Eomma appa mati sebab Mimi, best friend Mimi pun mati sebab Mimi, kawan kawan Mimi yang lain buang Mimi, anak Mimi sendiri pun mati. Mimi yang bodoh." tanpa sedar aku meluahkan segala galanya yang terbuku gara gara terlalu sesak untuk pendam seorang diri.

Basah kemeja yang dipakai Younghoon dengan air mata. Bajunya turut aku ramas. Sungguh aku memerlukan seseorang untuk berpaut ketika ini. Sehinggakan mencari keselesaan daripada musuh sendiri. Aku mengaku aku sedang jadi bodoh sekarang.

" Mimi." suara Younghoon berbisik sebaik sahaja aku bertenang. Jemari kasarnya mengusap lembut lengkung tulang belakangku yang terdedah. Lupa pula hanya selimut tebal yang melindungi tubuhku dari menjadi tatapan.

Pelukan dileraikan lalu pandangan kami bertemu buat beberapa tika. Cukup untuk menggetarkan jantungku buat kesekian kalinya.

" Oppa minta maaf tau." ungkapnya penuh sesal tatkala matanya melorot pada ribaku. Merenung kasih pada si kecil yang sudah tidak bernyawa.

Mulalah aku rasa nak menangis lagi apabila mengenangkan nasib si kecil dalam pelukanku- " Kita uruskan sama sama ya?"

Lambat lambat aku anggukkan kepala. Younghoon berdiri dan melangkah keluar. Tidak lama kemudian dia kembali semula bersama satu gaun pesakit ala ala dari hospital. Katanya dia pernah menjadi doktor suatu ketika dahulu. Dan baru sekarang aku tahu fakta itu.

No wonder lelaki itu cukup teliti apabila apabila masuk dalam hal berkaitan rawatan.

Usai bersiap, aku melangkah perlahan mengikuti Younghoon. Perlahan memandangkan tiap kali aku melangkah sakit bukan kepalang aku rasakan pada perut serta ari-ari. Younghoon meminpinku. Si kecil aku gendong dengan penuh kasih.

roomie.Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz