2 6 ; yellow tulips

Start from the beginning
                                    

Mungkin lantai, ada ruang bawah tanah yang aku sendiri tak tahu kewujudannya.

Lantai kayu aku hentak. Ingin mengenal pasti di mana kawasan yang padat dan kawasan yang lompong. Tidak cukup dengan kaki, aku gunakan tangan untuk mengetuk. Kerana ada permukaan lantai itu berada di bawah rak. Mujurlah muat saiz tanganku masuk.

Dan hasilnya bunyi lompong. Aku hela nafas. Jumpa akhirnya.

" Kau buat apa?"

Tidak melatah, aku hanya meloncat. Refleks aku mengepalkan buku lima ke arah susuk yang aku sangkakan Younghoon. Niat mahu melawan sehabis daya jikalau aku tertangkap. Ternyata lelaki itu berambut blonde.

Buku limaku terlerai sendiri. Wajah samar samar itu aku suluh dengan flashlight. Berkerut wajah feminin itu mengelak cahaya. " Roomie, silaulah."

" Kau panjat pagar rumah aku lagi ke?" aku memeluk tubuh. Memerhati lelaki itu atas bawah.

Dia masih sama, tetap tampil segak dan fashionable, sesuai dengan cuaca sekarang. Kejap, dia pakai cantik kemain ni nak pergi mana? Jangan jangan-

" Aku nak bawak roomie aku dating. Seratus kali tekan loceng sampai nak tercabut. Aku panjatlah. Pastu bunyi bising kat sini aku datanglah. Then nampak kau tertonggek tonggek. Gosh- kalau aku tak tegur kau buat apa rosak dah mata suci aku ni." lelaki itu raupkan mata. Hampir saja aku layangkan penumbuk pada lelaki itu.

Tahan Youngmi, act macam dia stranger.

" Pevert!" aku jerit.

" Eleh, kau curi curi kiss aku takpe pulak?" dia tempelak aku balik.

Serta merta aku terdiam. Terkelu seribu bahasa. Aku pandang New dengan tidak percaya.

Dia, sedar. Waktu itu dia sedar.

" Lupa? Meh sini aku ingatkan-" dia cuba mara ke arahku. Lantas aku angkat tangan, meminta dia berhenti melangkah. New benar berhenti.

Air liur ditelan kesat. Wajah New aku pandang. Merinding bulu roma saat pandangan kami bertemu, " Kau tunggu aku siap."

Lelaki itu tersenyum kemenangan.

--❦︎--

Bonefire festival. Aku lupa dengan kewujudan festival itu malam ini walaupun sudah beratus kali van organizer lalu di kawasan kejirananku. Segalanya merah, berapi dan panas. Terpegun aku lihat aksi oleh pemain handal yang bermain main batang kayu yang dinyalakan api dihujungnya. Kemudian dia berpusing pusing dan menghembuskan nafas api. Tidak cukup itu, ada perarakan membawa obor beramai ramai. Meriah dan crowded.

Sudah macam nak berperang gayanya.

Aku tepuk tangan, teruja. Lupa pula kewujudan New di sebelahku dan masalah yang sedang membelenggu hidupku.

Alangkah bagusnya hidup aku begini selalu. Tak perlu risaukan masalah dan hanya fikir seronok sahaja.

" Roomie, jom kita cari air? Hauslah duduk dekat dengan api. Panas." New mengipaskan mukanya, pipinya mula kemerahan.

Aku mengangguk kecil dan mula melangkah. New sedar aku sedang struggle untuk menyelit di celah celah himpunan manusia, lenganku dicapainya lalu dia heretku ke kisok kisok makanan dan merchandise. Barulah aku dapat hembus nafas lega, kurang crowded berbanding tadi.

New sibuk membeli air, aku pula meninjau sekeliling. Dari satu kisok, ke satu kisok, sehinggalah aku sedar aku berada jauh dari New. Semuanya gara gara papan tanda kisok pameran buku tidak jauh dariku.

Sebut pasal buku, aku teringatkan Aeri, queen of fictional character. Apa khabar gadis itu agaknya. Rindunyaaa-

Tiba di situ, aku disambut ramah oleh jurujual. Ajumma yang sama menjaga supermarket tempoh hari. Katanya dia cuma membantu si anak yang hilang entah kemana. Sempat kami berbual mesra sebelum dia biarkan aku membelek buku buku yang menjadi pameran.

Buku dengan bonefire festival? Agak tak kena tapi takpe.

Satu persatu buku aku ambil dan belek. Dari novel inggeris, Shatter Me series, kemudian Twisted series dan barulah novel tempatan. Semuanya aku ambil dan belek. Tetapi fikiranku hanya ada Aeri. Sungguh aku rindu mahu bertepuk tampar dengan gadis sewel itu.

Mata dikerdipkan berkali kali. Tak cukup itu mata aku genyeh perlahan. Tak mungkin aku tersilap tengok.

Tulips. Hasil karya Choi Chaera berada di sini. Ilustrasi muka depan terpamer bunga tulips, kuning.

Menggigil tangan aku capai dan belek. Semuanya sama, seperti first copy yang disimpan New. Tidak semena mena kolam mataku mula banjir. Memori lepas semuanya terlayar sekaligus membuatkan aku terasa sesak.

Chaera, aku minta maaf.

" Roomie?" suara New menerjah gegendang telinga. Serentak itu novel Tulips di tangan jatuh dari genggaman. New lebih tangkas, dia menyambut.

" Kau nak baca ni? Tulips?" wajahnya tampak terkejut saat dia belek novel itu. Aku hilang kata kata.

" Mimi? Kau nangis?" tiba tiba jemari runcing New berada di pipiku. Sedang menghapus air mata. Pantas aku tepis.

Kenapa dengan aku? Kenapa aku menangis?

Kalut aku pusingkan wajah membelakangi New. Menghapus air mata yang bersisa.

Please pull yourself together! New tak boleh tahu. New tak boleh tahu. New tak-

" Mimi." serentak itu New pusingkan badanku. Pandangan kami berlaga. Novel Tulips masih lagi dalam genggamannya.

" Please tell me kau ingat. You remember me right?" rayunya.

Kolam mata terasa berat, aku jatuhkan pandangan pada tanah semula. Jemari New menyentuh lembut daguku dan pandangan kami bertemu sekali lagi, tetapi lebih dalam dan lama. Rama rama yang sudah sekian lama terperangkap di dalam kepompong mula berterbangan bebas di dalam perutku.

" Chanhee-" aku tidak dapat menahan sebak.

Sekelip mata lelaki itu menarikku masuk ke pelukannya. Aku menangis semahu mahunya dalam dakapan lelaki itu. Tenang buat seketika. Masa seakan akan berhenti, Bumi pula seperti berhenti berputar. Segalanya terasa indah.

Sehinggalah jeritan dan pekikan dari orang ramai menghapuskan segala rasa indah yang membuatkan aku berada di awangan.

Mengapa saat indah begini sering kali diganggu?

•••

roomie.Where stories live. Discover now