Along yang bengis

Start from the beginning
                                    

"Mak Biah masuk kereta abah tu. Biar orang setel."

"Long..."

"Ekin! Pergi hantar Mak Biah masuk kereta aku cepat!" Tinggi suaranya kali ini.

Tersentak si gadis dengan suara tegas Along lalu cepat-cepat dia memapah Mak Biah ke kereta Corolla itu.

Naim tersengih sinis. "Along eh? Aku dengar banyak cerita pasal kau ni. Bukan kau ex Ekin ke?"

Along pandang wajah bongkak Naim itu. Turut ukir senyum sinis.

"Dah tu?"

"Kau nak impress Ekin ke apa dengan menyibuk hal aku ni?"

Along ketawa. "Hak ala mamat ni. Memang nak merasa berlebam mata agaknya... Mat, silap sikit ar. Aku tak batak nak buat benda untuk impress perempuan. Bukan level aku."

"Hal dia sekarang, aku sakit hati dengan kau sebab buat hal dengan Mak Biah. Kau ada masalah dengan Mak Biah, kau ada masalah dengan aku. So sekarang, kau pilih, Mat. Nak setel baik-baik? Nak setel gelanggang? Aku okey dua-dua..."

Naim tarik nafas panjang menahan amarahnya. "Memang poyo kau ni. Sibuk sangat campur tangan hal orang. Asal? Kau berkenan dengan dia buat bini ke? Ke dia ada anak dara cun?"

"Abang!" Tiba-tiba suara Ekin kedengaran dari belakang Along.

Along hanya sengih sambil menggeleng kepala.

"Kalau ya, asal? Masalah kau? Kacau kau? Kalau jantan, setel dengan orang setanding kederat, Mat! Tak gentle tengking-tengking orang tua. Ni, aku ada depan kau ni. Meh gaduh dengan aku."

"Sudahlah tu! Jangan bergaduh sini. Abang Naim, dah tu! Jom!" Ajak Ekin.

Namun Naim masih tak berganjak.

"Kau ni memang nak kena ajar!"

"Bawa datang ahh! Sini! Ajar aku sini!" Along tepuk dada.

"Awak, dahlah tu!! Bila awak ni nak berubah?"

"Eh, tanya aku pulak? Tu, boyfriend batak kau tu yang provok. Meh ah! Bawa datang sini!"

"Batak kau panggil aku? Eh dia ni...." Naim mahu mara menyerang Along, namun lekas dihalang Ekin.

"Jangan!! Jangan, abang! Kalau abang tak nak terlantar dekat hospital, jangan! Dia ni guru silat!"

Terus bantut langkah Naim. Dia telan air liur.

"Aku nak setel balai!" Kata Naim sambil berjalan ke keretanya.

Ekin tepuk dahi.

"Ha, ok! Nanti aku jumpa dekat balai!" Jerit Along.

Apabila melihat Naim terus masuk ke dalam kereta dan menjerit sebaik sahaja pintu ditutup, Along ketawa.

"Acah!"

"Apa masalah awak ni?"

"Apa masalah aku? Masalah aku ialah dia buat hal dengan orang-orang yang aku sayang! Benda kecik,boleh setel baik-baik. Apa hal nak tengking-tengking Mak Biah?"

Ekin ketap bibir. Dia tarik nafas panjang.

"Yalah. Awak pun tak perlu nak bertumbuk bagai."

"Kau patut tahu perangai aku bila orang aku sayang kena kacau, Kin! Bukan kau tak tahu. Nak terkejut apa?" Kali ini perlahan suara Along.

Ekin terus menunduk.

"Ekin!! Jom! Blah!!" Jerit Naim.

"Tu. Jejaka pujaan kau panggil dah. Pergilah! Aku nak setel Mak Biah," ujarnya lantas berpaling.

"Awak!"

Along berpaling hanya separuh badan. Kening terangkat.

"Saya... saya ikut bawa Mak Biah ke klinik."

"Tak payah. Kau pergi ajar mamat poyo kesayangan kau tu adab dan hormat orang tua. Setakat ada kereta yang bank bayarkan, tak payah nak mendongak ke langit sangat. Orang-orang tak berapa celik je yang kagum.." balas Along selamba dan terus meninggalkan Ekin termangu-mangu sendirian.

"Ekin!!"

Ekin berdecit dan terus turut berpaling menuju ke kereta kekasihnya itu.

"Tak payahlah jerit-jerit! Ekin dengar..."

"Ya ke dengar? Asyik sembang dengan kekasih lama nampak! Nak get back ke?"

Ekin berdecit. "Eh, abang! Tolonglah! Cukuplah buat Ekin meluat hari ni. Tak larat nak hadap dah la! Jalan je boleh tak? Rimaslah!"

Naim mendengus lalu terus menekan pedal dan memecut. Saat melintasi kereta Along, dia buka tingkap dan menaikkan jari tengah.

Sekali lagi, Ekin tepuk dahi.

Tak matang. Sungguh tak matang.

Dan tak semena-mena wajah Along yang bersungguh mempertahankan Mak Biah tadi terbayang.

"Kau patut tahu perangai aku bila orang aku sayang kena kacau, Kin!"

Ekin mengeluh panjang. Entah kenapa, hatinya terasa geli-geli.

Kerana suatu ketika dahulu, lelaki itu juga begitu bengis mempertahankan dirinya apabila diganggu.

Kerana waktu itu, Ekin adalah antara orang yang Along sayang.

Sekarang bagaimana pula?

Ekin mengeluh lagi. Jujur, Ekin rindu muka bengis itu bila dia dalam mode melindungi. Buat Ekin rasa selamat dan sangat disayangi.

Sayangnya..itu dulu. Bukan kini...

********





The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now