006

46 13 25
                                    

Tamat sahaja sesi persekolahan, Sunwoo terus berangkat pulang. Tidak seperti sebelum ini, menjadikan kelas lama sebagai tempat lepak dan membuli

Seharian itu juga Haechan diabaikan Sunwoo. Melayan Haechan seakan akan mereka tidak pernah kenal memandangkan lelaki itu tidak habis habis cuba menghasutnya untuk melakukan kerja jahat

Sunwoo berdiri di penghadang jalan. Menanti lampu isyarat bertukar hijau. Membuang pandangan seketika pada seorang gadis yang sedang melintas

Uniform yang dipakai sama dengan sekolah Sunwoo. Sah gadis itu bersekolah sama dengannya. Dilihatkan pada jaket yang dipakai, dia berada di gred yang berbeza

Gerak gerinya hanya menjadi tatapan Sunwoo. Bukan dengan pandangan kurang menyenangkan, namun risau

Memakai headphone sambil bermain dengan telefon. Sudah semestinya bahaya kerana dia tak dapat mendengar suasana yang berlaku sekarang

Pin pin!

Seperti firasat Sunwoo, sesuatu akan terjadi pada gadis itu. Kini sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang menunjuk kearahnya dengan laju. Brek gagal berfungsi. Beberapa kali bunyi hon ditekan. Namun dia, masih tenang melintasi jalan

"Yah! Kereta!" Pantas Sunwoo berlari kearahnya

Beberapa meter sahaja sebelum tubuh mereka dirempuh, Sunwoo sempat menarik pinggang si dia ke bahu jalan

Tersentak si gadis itu dibuatnya. Sejambak bunga tulip putih yang dipegang terus terlepas daripada tangan akibat tolakan kuat Sunwoo

Baam!

Terbabas kereta tersebut di tiang lampu isyarat

Sunwoo bernafas tercungap memandang kereta tersebut. Langsung tidak boleh bayangkan kalau kereta itu merempuhnya tadi

Pandangan Sunwoo teralih pada gadis tadi. Kejung tubuhnya sambil mata terkebil kebil memandang kearah kereta itu. Dia sedang dalam keadaan terkejut. Turun naik dadanya mencari nafas

"Kau okay tak ni?" Soal Sunwoo prihatin. Pantas dia mengangguk

"Sikit je lagi... Kalau tidak..." Sunwoo menggeleng kepala. Tidak sampai hati dia hendak menyambung

"Terima kasih. Terima kasih banyak banyak" Ucapnya menunduk hormat pada Sunwoo. Masih dalam keadaan tidak percaya

Sunwoo memandang gadis itu seketika. Ditilik wajah itu

"Budak baru?" Soal Sunwoo. Lantas dia mengangguk

"Tapi kenapa aku macam pernah nampak kau?"

"Kakak saya sekolah dekat sini. Awak, last year ke?" Sunwoo mengangguk

"Sama macam eonnie" Jawabnya

"Aku, Sunwoo"

"Ah... saya Eunha. Student second last year" Jawab Eunha sambil tersenyum manis

"Kawasan sini, bahaya sikit kalau nak melintas. Banyak pemandu mabuk. Lepas ni kau kena hati hati"

"Nae sunbae" Eunha menunduk

Sunwoo pandang kearah atas jalan raya. Taburan bunga tulip yang sudah dilenyek mengotori tar tersebut

"Tulips?"

"Eo... untuk eonnie... tapi sekarang dah tak ada" Sayu Eunha membalas

"Tak apa beli je baru. Dekat belakang kedai tu, ada kedai bunga. Bunganya segar segar. Kau boleh dapat harga murah" Beritahu Sunwoo sambil menunding kearah sebuah kedai yang tidak jauh daripada mereka

𝐕𝐞𝐧𝐠𝐞𝐚𝐧𝐜𝐞 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now