~Marcus Obsession~ Part 1

350 8 2
                                        

Aku mengayuh basikal dengan bersemangatnya menuju ke universiti. Kalau kau orang tanya, mana bapak aku? kenapa dia tak hantar aku? Kenapa aku kena kayuh basikal menuju ke kampus? Kenapa tak naik satu kereta dengan bapa aku? Kami bertumbuk ke?

Satu aje jawapannya. Sebab Hobi! Yeps. Hobiku adalah mengayuh basikal. Lagipun rumah aku bukannya jauh. Nak cakap sejam baru sampai, tak juga. Bahkan 10 minit je perjalanan baru sampai ke kampusku kalau pakai kereta lah, hehe. Kiranya lah perjalanan menuju ke sekolah aku mengambil masa 15 minit kalau pakai basikal.

Kalau nak dibandingkan aku dengan adik aku, aku lebih suka mengayuh basikal, manakala adik aku pula beria nak naik kereta. Maklumlah perjalanan ke sekolahnya mengambil masa setengah jam menggunakan kereta. Katanya buat penat aje mengayuh basikal. Sudahlah datang sekolah fikiran disiksa lepastu fizikal pula disiksa sebab mengayuh basikal. Eh ada aku kisah? Tak kan.

Eh? Panjang pula kisah basikal ni ye. Belum lagi aku cerita pasal siapa pembuat basikal pertama di dunia ni. Abaikan lah fasal basikal tu, yang penting sekarang ni aku tengah kayuh basikal.

Akhirnya aku sampai juga ke kampus. Di permukaan atas pintu gerbang itu bertulis 'Holland Squad University'. Hmm kacak kan nama? Biasalah aku yang dirikan sekolah ni. Kau hade? Tak hade kan?

"MUAHAHAHAHA HAHAHAHAH."

"Erm you? You ok?" soal seseorang. Aku terus menghentikan ketawaku. Entah tak tahu apa yang lucu, aku gelak je.

"Tak Ok!" jawabku lalu melangkah masuk kedalam kampus. Manusia yang menyoal tadi hanya mengangkat bahunya. Bagaimana aku tahu? Aku pun tak tahu.

Aku duduk di bahagian belakang hujungggggg sekali. Malas nak duduk depan. Lagi-lagi berhadapan dengan ayah sendiri waktu subjek Fizik. Aku sebagai anak yang baik hati dan patuh arahan kenalah bertungkus lumus untuk fokus setiap kali subjek Fizik. Nasib baik subjek Fizik hari Selasa dengan Jumaat aje. Bermaksud esok ada Fizik. Yer lar, hari ini kan hari Isnin. Huaaaa. Taknak Fizik.

BUKK!

Para makhluk bumi yang berada di dalam kelas terkejut bukan kepalang.

Siapa manusia yang berani sepak terajang pintu ni?! Habis hilang fikiran pasal Fizik aku dari kepala otak.

"Hoi! Hotak kau dekat mana hah? Suka hati je main tendang pintu kelas orang." marah salah seorang dari rakan sekelas aku.

'Dekat lutut kak.' jawabku dalam hati. Tidak mampu untuk bersuara depan-depan. Takut pula tiba-tiba ada majlis pengebumian besar-besaran. Entah-entah gembira bukan main. Eh? Menyempat pula aku.

"Otak aku dekat kepala lah! Semua orang otak dekat kepala. Apesal? Otak kau sorang je ke letak dekat ketiak?" marah orang itu pula. Ok, yang ini agak lain letak otaknya. Patut pandai semacam minah tu, otak dekat ketiak rupanya. Kepala berfikir, ketiak pun berfikir. Makin gugur bulu ketiak sebab stress.. Eh? Apa benda aku mengarut ni?!

~Skip~

Kelas macam biasa. Berlangsung tanpa gangguan.

"Argghhhhhhhhh!!!!"

Eh anak sapa jerit tu? Terpeleset dalam mangkuk jamban ke?

"Jerawat ni pun! Sudah lah yang satu ni belum sembuh lagi astu dia bawa geng pula.. Arghhh!!" jeritnya lagi. Ooo sekarang aku dah tahu kenapa miss K ni menjerit. Zetty bawa geng dia. Ada Doja Duck, Sajat, Nikai Meanuj, Cardi C dan Jong Un dia ajak camping sekali.

Aku terus melanjutkan langkah untuk masuk ke dalam tandas. Awal-awal lagi aku dah pasang senyum sumbing.

Manusia didalam tandas itu hanya menjeling aku sekilas. Amboi, main jeling-jeling pula eh.. Jeling lah jeling! Aku gigit biji mata tu baru tahu.

Marcus Obsession [OG]Where stories live. Discover now