EPISODE 1

20 2 1
                                        

"Meen, kalau aku mati nanti siapa yang akan jaga kau eh?" Tashfeen Hanira tiba-tiba menanyakan soalan cepu emas yang membuatkan Jasmeen Aleya terdiam.

"Keluarga aku lah yang akan jaga aku. Kau ni dah kenapa tiba-tiba cakap pasal mati. Tak ada topik lain ke untuk borak?" Jasmeen menjeling ke arah Hanira yang semakin mendekatinya.

"Tak lah, aku bukan apa sebab kalau aku mati nanti siapa yang nak layan perangai gila kau? Kau punya perangai gila tu ish ish ish, kalau orang gila dengan setan tengok pun diaorang rasa tercabar." Nasib Hanira sempat mengelak dari terkena balingan maut Jasmeen Aleya.

"Jadi kau nak cakap aku ni gila dan setan lah!" Jasmeen mendengus kasar.

"Ehh tak, aku cakap diorang tercabar je. Jangan ambil hati, kau tu dahlah pendek macam toyol. Nanti kalau kau terasa hati, susah nak ganti baru sebab hati kau kecik macam ketinggian kau." Kali ini, Jasmeen sempat menampar belakang Hanira dengan kuat.

"Aduh! Sakitlah!" Hanira cuba mengusap belakang badannya.

"Aku rasa kau yang dah gila tau sebab suka borak kacip." Jasmeen menarik nafas sedalam yang boleh.

"Padan muka kau! Kalau sehari tak cari gaduh dengan aku memang tak sah eh?" Jasmeen tersenyum sinis melihat Hanira seperti beruk.

"Tak weh, hidup aku tak tenang kalau aku tak kacau kau sehari." Hanira menggeleng kepalanya laju.

"Sabar Jasmeen, sabar. Orang cantik kena selalu bersabar." Jasmeen menghembuskan nafasnya berkali-kali. Tiba-tiba telefonnya bergetar menandakan ada mesej yang masuk.

MA FAMILIA 

Orang kaya🤑:

Kehadapan umi dan abah. Anak mu yang paling handsome dah nak sampai KLIA. 

Kepada adik ku si bunga layu, pastikan amik aku sharp okay. Aku sampai dalam pukul 4.

Syurga 😇:

Okay, nanti ajaklah San dengan Johan makan dekat rumah. Umi dah masakkan untuk korang.

Orang kaya🤑:

Info diterima

Bank 💕 :

Nanti kalau dah sampai call abah dengan umi dulu.

Orang kaya🤑:

Baik boss. Jasmeen jangan lupa amik aku.

Jasmeen :

Bayarlah. Ingat perkhidmatan aku free ke?

Orang kaya🤑:

Nanti aku suruh San bayar, dia kaya.

Terpaku sebentar Jasmeen setelah melihat nama kesayangannya.

\\

"Manalah abang aku ni? Lambat betullah. Janji pukul empat, ni dah empat setengah." Jasmeen merengangkan badannya di kerusi menunggu. Sudah 35 minit dia menunggu abangnya.

"Bunga layu, adik ku yang paling ku benci!" Dari jauh Jasmeen sudah melihat kelibat abangnya, Shahrul Adhwa berlari sambil mendepakan tangan seakan-akan drama Kabhi Khushi Kabhie Gham. Baru sahaja dia ingin memeluk adiknya, tangannya sudah di tepis.

"Cis, kurang asam jawa punya adik! Sorry lah lambat sikit, tadi barang Hassan hilang. Nasib baik terjumpa dekat lost and found." Adhwa memberitahu sebab mereka lambat.

Di satu sudut yang lain pula, terdapat dua beradik yang sedang berebut untuk duduk di atas troli.

"Aku lah pula duduk angah! Dari tadi kau je yang duduk, dah lah kau tu berat nak mampus." Ujar Johan Syarifuddin, adik kepada Hassan Syaddad.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2025 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Areef WildanWhere stories live. Discover now