2 3 ; pretzels & strawberry

Start from the beginning
                                    

Terngiang ngiang cerita serial killer tadi. Fuh- jalan balik rumah yang terpaling shortcut sunyi la pulak. Tambah pula sekarang masih lagi waktu bekerja. Alamatnya memang sepi!

Gara gara sudah terpengaruh, aku paksa diri untuk balik ke rumah menggunakan jalan utama. Seksa tak seksa itu aje pilihan yang ada memandang aku tak sedap hati.

" Haish, aku rindu life aku sebelum bersembang dengan ahjumma tu." keluhku berat. Kalau dulu aku tak perlu risau, sekarang aku harus berjaga jaga pula.

Penat mendaki bukit sambil mengheret troli, aku ambil keputusan untuk rehat seketika di taman permainan berhampiran. Yang pasti terbuka pada umam dan tiada ancaman dari sebarang kanak kanak.

Pantas punggung dihenyakkan pada buaian menyebabkan buaian terhayun ke depan dan kebelakang. Tin coca cola zero sugar yang sempat dibeli tadi diambil. Nasib baiklah aku tergerak hati nak beli.

Leka aku melayan perasaan, sehingga tidak perasan buaian kosong disebelahku sudah diduduki seseorang. Lamunanku mati tatkala suaranya mengetuk gegendang telinga.

" Sini ada jual hati perempuan tak?" soalnya dengan ton creepy. Refleks kepala menoleh. Matanya tertutup dengan sunglasses yang tersangkut di hidung.

Serta merta tin minuman yang kosong terlepas dari tangan. Tergamam sehingga aku blank sendiri. Haila, takkan baru cerita pasal serial killer sekarang dah muncul satu. Masin ya mulut ahjumma.

" Awak- awak bukan ke customer tadi?" jari telunjuk dituju pada lelaki berambut blonde itu.

Teliti aku menganalisa lelaki itu. Berkulit putih melepak, pakaian pula sesuai dengan musim panas sekarang. Santai berkaca mata hitam walhal cuaca redup. Pasti dia dari golongan chaebol.

Takkan la serial killer berkelas sepertinya cari mangsa macam aku?

Sunglasses diangkat ke paras ubun ubun. Serta merta pandanganku berlaga dengan mata cantiknya buat seketika. Teliti aku tilik wajahnya, tiap lekuk wajahnya tampak feminin. Jauh lebih cantik dari aku yang asli perempuan.

Aku gigit bibir, terasa insecure pula.

" Saya tanya, kat sini ada jual hati perempuan tak?" ulangnya. Ton suaranya kekal serius.

" Err- eomma saya pesan, jangan bercakap dengan stranger." sebelah tangan meraba poket seluar. Mencari pepper spray yang disangkut pada purse. Mode berjaga jaga diaktifkan.

Tapi tak mungkin la serial killer cari kepala siang siang begini. Tak takut ke kerja jadi tak clean?

" Lepas tu kenapa jawab dengan mulut? Cuba guna bahasa isyarat. Barulah tak bercakap." bidasnya selamba. Cukup untuk membuatkan bibirku tertutup rapat.

Sakit pulak hati aku. Ini bidasan sakit tak berdarah namanya-

" Then awak nak apa? Buat social experiment dekat saya? Do you think funny? Mana camera? Tak kelakar okay!" bentakku tak semena mena.

Aku tunjuk protes. Kasar aku bangkit dari buaian lalu capai pemegang troli. Baru beberapa langkah menapak, lelaki tadi sudah terpacak di hadapan aku. Satu lolipop perisa strawberi dihulur.

" Oh? Nak rasuah saya pulak?! Awak ingat hati saya ni murah macam lolipop ke hah?!" tempelakku. Tiba tiba jadi emosi.

Lelaki itu beriak serba salah. Sebatang lolipop itu semakin mendekat denganku.

" Sorry, tak sangka pulak awak salah faham dengan hiperbola saya. Saya cuma nak awak dengar masalah saya aje. Please lend me your ear." ujarnya jujur.

Kan senang cakap direct! Tak payah nak hiperbola mintak hati perempuan bagai!

Tapi lega juga lelaki ini bukan serial killer yang dahagakan kepala orang.

" Yogi, apology gift." lolipop tak bersambut itu bersungguh sungguh dia sua. Aku hanya pandang tanpa perasaan.

" Eomma saya pesan, jangan ambil barang yang stranger bagi." bidasku, sinis.

" Ambik jelah! Bukannya saya taruk apa apa pun! Baru je beli tadi!" rengeknya seraya meraih tapak tanganku. Sebatang lolipop diletakkan cermat.

Tak cukup itu, lelaki itu paksa untuk aku duduk di buaian semula. Dia berdiri di sebelahku pula, berjaga jaga supaya aku tak bangun dan lari. Tali besi buaianku digenggamnya erat.

" Humph, cepatlah cerita." mahu tak mahu terpaksa juga aku tadahkan telinga mendengar cerita yang dia mahu sampaikan. Buaian mula berayun perlahan.

" Sejak tahun lepas, future girlfriend saya lari. Dia sangka saya pergunakan dia buat lepas rindu dekat ex saya. Sampai sekarang kami lost contact." rintihnya sayu.

Hati seperti terjentik rasa sesuatu, tetapi cepat cepat diabaikan. Seraut wajah buntu lelaki itu aku pandang. Muka aku ni dah macam doktor cinta agaknya sampaikan stranger entah dari mana mintak hati aku sebab nak bagi dekat future girlfriend tak jadinya.

" Tak cari dia ke?"

" Dah."

" Jumpa tak?"

" Jumpa."

" Tak slow talk dengan dia?"

Senyap. Aku pandang lelaki itu pelik. Aik? Bisu pulak?

" Nama awak apa?"

" New."

" Nyu?"

Lelaki itu koyak senyuman.

" Ehehe, comel la dengar awak sebut Nyu." komen New. Siap sengih macam kera dapat bunga lagi.

Aku pulak seriau dengan New. Tadi bukan main beriak sedih bagai laki hilang bini, sekarang jadi ulat bulu pula. Entah entah lelaki ini tengah nak mengayat aku.

Mata dijuling ke atas. Dasar playboy tak cukup satu! Memang patutlah future girlfriend kau lari!

" Pastu? Nak saya buat apa?" aku lagak dingin. Lelaki seperti New harus diajar cukup cukup. Pepper spray tadi digenggam semula. Bila bila masa sahaja serangan bakal dilancarkan.

Jangan risau future girlfriend tak jadi New! Saya dah balas dendam untuk awak!

" Nak tak awak jadi- ark! Pedihhh!"

•••

roomie.Where stories live. Discover now