Aku ketawa kecil. Penceritaan gadis itu mengingatkan aku pada Youngmi si degil yang pernah menjadi housemateku suatu ketika dahulu. Rinduku terubat sedikit.

" Bangang jugak kau, takde penyakit pergi cari penyakit." sempat lagi dia membidas. Anak matanya bergerak atas dan bawah memandangku. " Aku dah cakap aku nak buat bukti sendiri. Kau punya pasal lah taknak tolong aku."

Senyumku melebar sehinggalah tawaan kecil bergema di segenap ruangan bawah tanah yang busuk ini.

" Kita tengah serius ni pink, kau gelak apa pasal?" sebelah tangannya yang bebas bergerak ke betisku lalu satu cubitan hinggap di situ. Aku tak dapat mengelak.

" Sebab kau comel roomie, kalau aku tak kena ikat sekarang dah lama aku cubit pipi kau sampai blushing." kedua pipi cengkung Youngmi aku pandang bertali arus. Geram!

" New!" suara Youngmi meninggi sedkit, tajam dia merenungku supaya aku kekal serius.

" Chanhee. Panggil aku Chanhee." aku membalas renungan Youngmi. Sebelah bibir terangkat membentuk smirk mengusik. " Aku lagi suka dengar kau sebut nama aku."

Gadis itu terpempan buat seketika. Eye contact diputuskan dan dapat kulihat pipinya mula kemerah merahan. Tangannya laju menampar kaki aku bertalu talu.

" Kau waktu macam ni pun nak menggatal! Tolonglah Chanhee, kau nak mati hidup hidup ke dengan mangkuk hayun head hunter yang psiko tu?" bebelnya sebelum tolak lututku, aku hilang keseimbangan dan tergolek ke lantai semula.

Bersusah payah aku bangkit semula lalu menghadap Youngmi. " Okay fine, aku datang sini bukan nak cari kau aje, aku nak cari bukti yang mangkuk hayun tu head hunter. Demi Kevin, Kevin cakap Younghoon yang paksa dia mengaku yang dia sendiri bunuh Aeri, kalau tidak Younghoon wants to kill you. Puas?"

Youngmi terdiam, lama. Bibir aku muncungkan ke satu sudut, di mana cermin mata yang aku bawa sekali terpelanting sewaktu bergelut dengan Younghoon. Di sebalik cermin mata yang sudah berderai, ada camera tersembunyi yang sedang merakam segalanya.

Hasil aku deal dengan pihak polis. Jika aku gagal ke balai sewaktu senja, mungkin Younghoon sedang apa apakan aku. Itulah jaminanku.

" Asal? Kau punya? Amboi, nak cari bukti ke nak impress mangkuk hayun tu. Pakai bukan main cantik bergaya fashionable." Youngmi menjulingkan mata ke atas.

Aku koyak senyum, tingkahnya nampak comel. " I've told you, aku pakai cantik cantik sebab nak impress kau, nak rampas kau dari mangkuk tu."

Gadis itu tidak beriak. Malah semakin jelas mata putihnya akibat digulingkan.

" Sebab aku sedar aku sayang kau Mimi."

Air mukanya serta merta berubah. Pandangan kami bertemu. Matanya membiaskan bahawa gadis itu benar benar terkejut.

" Aku dah lepaskan Chaera. Remember novel Tulips yang kau pegang dua hari lepas? Aku yang terbitkan. Even asalnya first copy itu khas untuk aku seorang. I tried my best to move on and learn to love you." ceritaku.

" Chanhee-" mata gadis itu mula berkaca.

" Believe me, aku tahu aku lambat berbelas tahun untuk balas perasaan kau. Right now I did it. I fall for you, harder. Sejak kau hilang I can't stop thinking about you. Macam orang gila aku pujuk Kevin, buat report polis. Tetapi takde hasil. Waktu tu aku sedar, maybe itulah karma yang aku dapat lepas sakitkan kau Mimi."

Rahang gadis itu bergerak gerak, persis ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak terkeluar.

" Aku? Jadi housemate kau? Actually it's not a coincidence. Aku rancang dah lama. Aku nak masuk duduk rapat dengan kau, to observe everything about you. Aku nak kenal kau semula. Awalnya aku nak berkawan dengan kau, aku nak kau ingat pasal kita and Chaera. Aku cuma mahukan persahabatan kita yang lama. But aku dah tersasar jalan." aku mengeluh berat.

roomie.Where stories live. Discover now