Akibat tidak cukup nafas, Dahlia berhenti mengejar. Kanak-kanak lelaki itu masih berlari menjauhi Dahlia. Ketawanya meledak. Dia tidak mampu tahan lagi. Sakit perutnya menahan ketawa yang sudah tersimpan itu.

Dahlia ketawa terbahak-bahak. Wajah pucat kanak-kanak itu buatkan Dahlia geli hati.

"Hey!" Tinggi nada yang Dahlia lontarkan apabila melihat jaraknya dengan kanak-kanak itu sudah agak jauh.

"Akak gurau ajelah! Kakak yang cantik macam ni korang ingat nak kepala budak ke?" Ketawa masih tersisa. Dahlia menggeleng kecil. Seronok mengusik kanak-kanak itu. Senak perut dia dibuatnya.

"What did you do?" Suara itu mematikan ketawa Dahlia. Langsung Dahlia berpaling ke belakang.

"Did you just scared the hell out of those kids?" Kasyaf bercekak pinggang. Dia dengar apa yang Dahlia ucapkan pada budak-budak itu. Sejak tadi lagi dia memerhati Dahlia yang berlari berkejaran dengan mereka.

"Sibuk jelah dia ni," ucap Dahlia perlahan. Dia tengah seronok, Kasyaf datang menganggu. Potong betul!

"Hey, I heard that." Suara Dahlia tak perlahan mana pun. Cukup untuk  menyapa pendengarannya. Dahlia hanya menayangkan muka toyanya. Malas mahu melayan Kasyaf. Hari ni dah masuk 48 jam dia lihat muka Kasyaf. Sejak sampai ke Kedah, perangai suaminya itu makin menjadi-jadi buatkan dia rimas.

Dahlia buat endah tak endah sahaja akan kehadiran Kasyaf. Langkah dibuka ingin kembali semula ke rumah Tokma. Kasyaf ditinggalkan sahaja di belakang.

"Hai, abang Kasy! Bila balik?" Suara itu mematikan langkah Dahlia. Kepala dipalingkan ke belakang dan terlihat suaminya itu sedang berbual dengan seorang perempuan.

Dahlia melihat perempuan itu atas bawah. Budak mentah lagi ni.

Langkah ditala semula ke arah Kasyaf dan budak perempuan itu. Senyuman manis diukir sebaik mungkin.

"Eh, siapa ni abang Kasy? Kawan ke?" soal budak perempuan itu apabila melihat kemunculan Dahlia di sisi Kasyaf.

"My wife," jawab Kasyaf. Dia paling seketika ke arah Dahlia dan dia menyembunyikan senyuman. Dia tahu air wajah itu. Wajah cemburu!

"Isteri? Bila abang Kasy kahwin?"

Eh perempuan ni banyak tanya pula.

"Dua hari lepas," Kasyaf masih menjawab setiap satu pertanyaan. Dahlia di sisi sudah panas hati.

"Ye ke? Tokma tak buat majlis pun.  Kenapa tak jemput? Abang Kasy kahwin ekspres ya?" budak perempuan tersebut cuba serkap jarang. Dan maksud di sebalik ayatnya itu mudah untuk Dahlia fahami. Tambah menggelegak darah dibuatnya.

"Sebab boleh dik. Nak kahwin mewah-mewah buat bazir je. Cukuplah nikah aje. Buat yang wajib aje. Yang lain tu adat. Duit kalau ada, simpan boleh pakai belakang hari tak pun, pergi honeymoon ke Maldives. Tak gitu?" jawab Dahlia dengan nada sinis. Kening dijongketkan saat melihat ke arah suaminya.

Budak perempuan itu terkulat-kulat apabila menerima jawapan Dahlia itu. Tidak lama kemudian, dia meminta diri dan meninggalkan pasangan suami isteri itu.

"Are you jealous? We're just talking okay?" ucap Kasyaf apabila melihat wajah Dahlia sudah menyinga.

Dahlia tidak endahkan ujaran Kasyaf. Kemudian, melanjutkan langkahnya semula untuk pulang.

"Hey, we' re just talking," ujar Kasyaf lagi sambil melelar lengan Dahlia.

"So?" soal Dahlia kemudian tala langkahnya semula.

"Hey, listen-" Kasyaf melelar kembali tangan Dahlia namun tidak sempat menyambung kata-katanya.

BUSH! SPLASH!

Kasyaf ditolak dan selamat mendarat ke dalam bendang. Dahlia menekup mulutnya apabila sedar akan keterlanjurannya.

Kasyaf terkesima seketika. Sesaat dia sudah masuk ke dalam bendang. Jurus apa yang isteri dia pakai hingga kuat sebegini mampu tolak dia hingga masuk ke dalam bendang.

Sudahlah dia memakai t-shirt putih. Habis kotor bajunya. Matanya perlahan-lahan melirik ke arah Dahlia. Wajah isterinya itu kelihatan terkejut. Memang tidak menjangka akan kejadian itu. Mahu marah, tapi benda dah jadi. Balik, mandi ajelah Kasyaf.

Kasyaf perlahan-lahan bangun dan keluar dari bendang. Dari kejauhan ada kanak-kanak yang tertawa melihat keadaan Kasyaf. Habis jatuh saham dia!

"Dahlia..." panggil Kasyaf meleret. Mata Dahlia sudah membulat. Dia tahu apa yang Kasyaf ingin lakukan.

Laju Dahlia buka langkah seribu. Dia terlebih dahulu berlari meninggalkan Kasyaf. Dia tahu Kasyaf ingin tarik dia masuk ke dalam bendang juga.

Kasyaf tidak berputus asa. Dia mengejar isterinya laju dari arah belakang. Sampai sahaja di pekarangan rumah Tokma, suami isteri itu berlari mengelilingi kawasan rumah. Dahlia ingin melarikan diri, Kasyaf pula ingin mengusik si isteri.

"Astagfirullahalazim, hang dari mana ni? Kotoq sampai laguni?" suara itu menghentikan Dahlia dan kasyaf yang sedang berkejaran di kawasan rumah.

Tokma sudah bercekak pinggang melihat ke arah mereka.

"Awat? Hang ganti kerbau kat bendang tu ka?"

"Tak cukup ayaq kat rumah ka sampai hang nak kena pi mandi dekat bendang pulak?"

Dahlia tundukkan pandangan. Takut apabila Tokma sudah mulai menegur mereka sebegitu. Kasyaf, hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Sesekali, matanya melirik tajam ke arah Dahlia. Kalau tak kerana isterinya yang menolak dia ke dalam bendang tak adanya dia kotor sampai macam ni sekali. Percuma dapat bebelan daripada Tokma.

"Busuk tau dak. Dah, hang pi Mandi lekaih," arah Tokma kepada Kasyaf.

Tanpa banyak bicara, Kasyaf melangkah ingin masuk untuk membersihkan diri. Bau pun dah semacam.

"Hang nak pi mana?! Aku tak kata hang kena mandi kat dalam? Tu, pi mandi dekat bilik ayaq belakang qumah. Dengan kotoq macam tu, hang jangan gatai kaki nak masuk qumah nah," bebel Tokma apabila melihat cucunya itu ingin melangkah masuk ke dalam rumah.

Memang taklah dia nak bagi. Rupa dah serupa kerbau, ada hati nak masuk dalam rumah. Silap hari bulan, 7 hari 7 malam rumah nak kena sental sebab bau air bendang.

"Tapi tokma, tuala Kasy semua kat dalam," jawab Kasy cuba memohon simpati.

Dia tak nak mandi kat tandas belakang tu sebab dah lah banyak nyamuk. Percuma je dia sedekahkan darah dia dengan nyamuk-nyamuk tu. Memang taklah.

"Hang toksah mimpi nak masuk qumah aku dengan kotoq lagu tuh," jawab tokma lagi. Matanya kemudian melirik ke arah Dahlia.

"Hang pi siapkan kain tuala laki hang tu," arah Tokma kepada Dahlia. Tanpa basa-basi, Dahlia langsung masuk ke dalam rumah.

"Awak tunggu dekat bilik mandi belakang," pesan Dahlia sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Pakaian dan kain pelikat serta tuala dibawa bersama dan menuju ke bilik air belakang rumah. Kasyaf sedang menantinya di sana.

"Nah, pi mandi lekaih." Dahlia mengajuk dialek Kedah. Kasyaf hanya tahan senyum. Dahlia kemudian melangkah masuk ke dalam rumah.

Matanya kemudian terlihat akan Auliya Lufyaa, isteri kepada Hafiy Lutfan yang sedang menidurkan anak kembar mereka di ruang tamu.

Suasana itu melahirkan rasa rindunya pada seseorang. Tanpa sedar air matanya menitis. Dadanya sesak. Laju Dahlia melangkah masuk ke dalam bilik. Tangisannya tidak tertahan lagi dan dihambur semahunya.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now