1 9 ; playing it cool

Start from the beginning
                                    

--❦︎--

Tekak terasa kering. Mungkin sudah berjam jam lamanya aku berkurung di dalam bilik sambil berdiskusi mengenai presentation yang akan datang bersama group member yang lain. Aku matikan mikrofon seraya cabut earphone dari telinga.

Jam digital menunjukkan jam sebelas malam. Mungkin New sudah pulang, aku harap sangat lelaki itu sedang berkurung di dalam bilik atau tak balik langsung. Aku betul betul betul betul taknak tengok mukanya. Kalau terpandang pun jadi sakit hati sendiri.

Padahal New takde salah pape kot! Aku yang delusional, aku yang sakit hati.

Sampai di dapur, barulah aku hela nafas lega. New berada di dalam bilik, jadi senang la aktiviti bancuh kopi. Bekal untuk aku bersengkang mata siapkan slide untuk presentation minggu hadapan.

Satu paket cappuccino 3 in 1 aku capai dan mula membancuh. Saat aku berpusing ingin menghadap water dispenser, ada susuk pinky sedang elok bersandar di situ. Hampir saja terlepas mug di tangan gara gara terkejut.

" Kamchagiya-" aku urut dada. Kuss semangat, aku ingatkan jembalang pink bertenggek kat situ.

New senyum senget seraya peluk tubuh. Langsung takde tanda tanda nak berganjak dari water dispenser berjenama Coway itu. Aku pula tercegat saja tunggu dia beralih. Nak cakap mulut rasa berat.

" Eung? What's wrong with you? Mimi yang aku kenal rosak ke? Nak kena bawak pergi bengkel?" sindirnya sambil menunduk sedikit. Sepasang matanya meneliti aku dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Aku rasa tak selesa hanya mampu alihkan pandangan. Takpelah, aku bancuh kopi dengan air paip ajelah kalau begini. Tubuh dipusingkan ke belakang, berura ura ingin tinggalkan dapur. Baru dua tapak berjalan, New bersuara.

" Memang nak sedut serbuk kopi tu guna hidung ke?"

Aku berhenti lalu berpaling pada New. Lelaki itu sudah berganjak ke tepi, barulah ada ruang untuk aku berdiri di hadapan mesin Coway. Melihat akan New masih setia memerhati, aku kuatkan diri untik berjalan ke mari. Picu untuk air panas aku tolak dengan mug.

Sepi antara kami, hanya kedengaran air panas masuk ke gelas. Sempat aku curi pandang pada New, ternyata matanya sedang berada padaku.

New ni faham ke tak aku taknak cakap dengannya?

" Buatkan untuk aku. Coffee, black." pintanya selamba.

Perasan riakku sedikit berubah, barulah dia bergerak jauhi aku. Bebola mata digulingkan dengan rasa menyampah yang menggunung. Dah agak tujuannya ke mari nak menyakitkan hati aku.

" Tch, suruh jela Chaera kau tu buat. Oh lupa, member dah lepak underground." bisikku perlahan. Kalau New dengar, benda lain pula yang jadi.

Cappuccino instantku diletakkan di atas kabinet. Dalam keadaan rela tak rela air New aku bancuh. Kalau New tak ada di sini, pasti aku dah ludah airnya ni. Lekas aku letak mug di hadapan New, wajahnya aku jeling tak puas hati.

Kau ingat aku baik sangat ke hah?

" Jeling apa? Ada hutang?"

Eghhh! Menyampah!

Mug airku dicapai. Baru sahaja pusing badan ke belakang, terperanjat aku lihat New sedang berdiri rapat denganku. Aku ketap gigi. Aku gerak ke kiri, New gerak ke kiri. Aku gerak ke kanan, New juga ke kanan.

" Kau nak apa New?!" terlepas amarah yang sudah seminggu lebih aku simpan. Ya, seminggu itu aku lakukan silent treatment pada New. Pasti dia clueless dengan aku.

" New? Kenapa tiba tiba panggil New? Aku lagi suka dengar kau sebut nama aku." New peluk tubuh. Sebelah bibirnya menjongket, smirk.

" Wae? Nama kau pun New. Right New?" ejekku.

" Tahu, tapi aku lagi suka kau sebut Chanhee."

Aku mendecit. Cuba menutup rasa tersentuh dengan kata katanya. Enough Youngmi, jangan tertipu dengan tipu dayanya Mimi. Entah entah dia mahu lepaskan rasa rindu pada Chaera terhadap kau lagi. Sakit lagi nayaa-

" Sedap tak apology gift aku?" selamba dia menyoal. Macam tak tahu perasaan dalam hati aku kacau bilau.

" Cotton canday? Kau yang bagi?" aku kecilkan mata. Betul sangkaan unknown itu adalah New.

" Aku tak tahu apa salah aku, cuma aku nak tahu. Lepas kita balik tu kau terus jadi lain. Why? Kena sampuk penunggu tasik? Animyeon, regain another memory?" tekanya.

Aku hanya mendiamkan diri. Takkanlah aku nak cerita aku menyelinap masuk ke dalam biliknya dan jadi caretaker tak bergaji tanpa pengetahuannya? Apa pula katanya nanti. Ain't no way!

" Tak penting, sudahlah. Aku busy." aku berjalan menonong, tetapi tangan panjang New menghalang.

" Tell me. Jangan harap aku nak lepaskan kau until kau cerita."

Nafas dihela sedalamnya. Cuba cari kekuatan yang bersisa untuk membalas. Sepasang anak mata New yang sedang menanti jawapan aku tentang dengan penuh berani. Kalau aku tunda, sampai bila bila malaun ni tak tahu.

Apa yang nak jadi, jadilah!

" Aku suka kau."

•••

roomie.Where stories live. Discover now