1 7 ; falling leaves

Start from the beginning
                                    

" Chanhee! Aku jumpa basikal lah!" laungku teruja. Satu basikal yang tak berapa usang dan tak berapa baru itu aku pandang. Elok tersandar pada batang pokok.

Aku melompat dari penghadang jalan lalu melangkah ke arah basikal itu. Basikal diteliti, segalanya kelihatan elok. Siap ada tempat duduk untuk penumpang. Rantai basikal pula masih terpasang walaupun disaluti karat.

Rezeki, rezeki. Rugi betul manusia yang biarkan harta yang masih boleh dipakai ini terbengkalai.

Menggunakan kekuatan yang ada, aku heret basikal itu ke bahu jalan semula. Punggung diletakkan di tempat duduk sebelum mengayuh. Kekok juga kerana dah lama aku tak naik basikal.

" Chanhee! Tengok la aku!" aku berpusing pusing mengelilingi kereta Chanhee. Lelaki itu langsung tak layan aku, seperti tenggelam dengan dunia sendiri.

Takpe, Kim Youngmi dah biasa diabaikan.

Baru pasang niat nak mengayuh dengan lebih jauh, basikal terasa berat. Sangkakan ada makhluk halus yang menumpang, ternyata Chanhee sedang memegang tempat duduk belakang. Penuh selamba dia naik di belakangku selepas aku berhenti.

" Ehh- kau ingat aku teksi?" aku bersuara tak puas hati.

" Habis tu, muka aku ni macam driver kau? Dah sedap jadi passenger princess langsung taknak bagi chance kat aku. Takpe la, kau balik rumah dengan basikal." rungut Chanhee seraya berdiri.

Bibirnya yang memuncung panjang, cukup buatkan aku surrender. Siap peluk tubuh macam anak kecil tak dapat lolipop. Alahai aku mengalah!

" Alaa- tomey tomey baby sayang ucuk acam ni, merajuk pulak dia. Hah cepatlah naik!"

Mata dapat menangkap senyuman simpul di bibirnya. Lekas Chanhee naik semula ke tempat duduk belakang. Tidak menunggu lama, aku memulakan kayuhan. Sambil bernyanyi kecil, mata liar memerhati keindahan alam yang kian gelap.

Again bertiup sedikit kencang, menerbangkan dedaun merah ke jalanan. Tambah pula cahaya oren dari sang mentari yang sedang tenggelam di ufuk barat. Pemandangan sungguh nengaysikkan.

" Cantiknya!" jeritku girang. Semakin tenggelam dengan kecantikan alam.

Melalui ekor mata, aku perasan Chanhee sedang mengangkat tangan kanannya ke udara. Sekelip mata satu daun oren ditangkapnya tangkas. Betul betul di hadapan mukaku.

Terpegun seketika. Bibir membentuk huruf o bersama wajah yang tidak percaya. Macam itu aje dia tangkap daun.

" Hebat tak aku?"

Bebola mata digulingkan, menyampah.

" Nah, simpan untuk anak cucu." poket trench coat rasa diseluk. Automatik badanku mengeras. Pantang dapat physical touch, mesti tubuh rasa macam kena electric shock. Gugup teruk tetapi aku hanya biarkan sahaja.

Kaki tidak lagi mengayuh kerana basikal sedang menuruni bukit. Menggunakan pecutan graviti semata mata. Dah lenguh bawak Chanhee sewaktu mendaki, bagi la chance kaki aku rehat.

" Hoi bawak slow la sikit! Kalau aku jatuh macam mana!" panik Chanhee jerit di belakang telinga. Rasa nak gugur koklea.

" Ishh, jangan la jerit tepi telinga aku!" aku balas jeritan Chanhee dengan jeritan juga.

" Kau bawak basikal macam takde lesen! Guna la brek! Tarik handle brek! Slow sikit basikal! Takde insurans nak cover kalau aku jatuh basikal nanti!" marah Chanhee. Siap ajar aku cara nak guna brek lagi.

Aku memutarkan bebola mata. Kedua dua tangan menyentuh pemegang brek lalu aku tarik sehingga rapat dengan pemegang basikal. Namun tiada nyahpecut yang terhasil. Barulah penangan hormon adrenalin terasa.

" Chanhee brek tak makan!" giliran aku pula diserang panik.

" What?!"

Basikal yang dinaiki mula terhuyung hayang apabila jalan yang diperbuat dari asfalt berubah menjadi berbatu. Terasa bergegar kepala. Automatik pinggangku dililit dengan sesuatu yang hangat. Badanku mengeras, tidak menyangka dapat physical touch sebegitu dari Chanhee.

Lupa seketika masalah brek tak makan dek terbuai dengan sentuhan Chanhee.

" Youngmi!" jeritan Chanhee menyedarkan aku ke realiti.

" Lompat Chanhee!" satu pemandangan tasik kurang dari 50 meter menjadi tatapan.

" Kau gila?! Guna kaki kau tu!" jerkah Chanhee. Bersungguh dia gunakan kaki untuk memperlahankan kelajuan basikal. Tangannya pula semakin kejap memeluk pinggangku.

" Tak sempat!"

" Mimi! Kenapa kau kayuh gilaaa?!"

" Aku sayang kau Chanhee!"

Splash!

Serta merta badan terasa basah dan sejuk. Terkapai kapai aku di dalam air. Kaki tidak menjejak tanah, badan pula tenggelam timbul di dalam air. Tambah pula aku langsung takde skill berenang. Memang tenggelam la makannya.

" Chanhee tolong aku!" raungku. Lemah badan sudah tak berdaya. Terbatuk batuk aku gara gara air masuk ke hidung.

" Woi Mimi! Bangunlah! Air cetek je bangang!"

Serentak itu kakiku memijak tanah yang terasa berlumut. Barulah aku dapat betulkan posisi badan yang terbaring tadi kepada duduk. Paras air berada di dada. Wajah masam Chanhee di sebelah aku balas dengan senyuman kambing.

" Hehe, aku gurau je. Seronok tak dapat swimming lake dengan aku?" sebelah kening aku jongket pada Chanhee. Sengaja aku buat gaya kuak lentang dengan niat nak panaskan hati Chanhee.

" Pabo." disertai dengan percikan air pada muka. Tercungap cungap aku cari nafas.

Wajah puas hati Chanhee aku pandang dengan rasa geram. Belum sempat aku buat serangan balas, bertalu talu percikan air yang aku terima dari Chanhee. Package gelak jahat darinya lagi. Terkapai kapai aku sendiri.

" Chanhee! Sudahlah! Air masuk hidung aku! Sejukk!!"

" Padan muka!"

•••

roomie.Where stories live. Discover now