''Enough Daneen!!!'' tengking Gabriel Haris Rodriguez dengan kuat sambil memandang wanita yang juga merupakan isterinya iaitu Daneen Almashyra yang berada di hadapannya pada saat ini dengan pandangan yang marah bercampur kecewa. Dari dia balik dari pejabat dia disungguhkan dengan amarah dari Daneen yang tak henti-henti menuduhnya keluar dengan salah satu 'kenalan' wanitanya, Layla.
Daneen terkedu. Terlukis wajah kecewa di wajah mulusnya. Kolam matanya mula berair tapi ditahanannya agar tidak mengalir membasahi pipi mulusnya. Dialihkan pandangannya dari wajah tampan sang suami.
Gabriel meraup wajah tampanya dengan kasar. Hatinya sakit melihat wajah sedih Daneen.
"Boleh tak kalau kau nak keluar dengan pompuan-pompuan kau tu boleh tak kau sorok sikit jangan sampai nampak dekat mama dengan papa kau?! Aku kena menipu hanya untuk tutup perangai bodoh kau je!!" Ucap Daneen tanpa melihat wajah suaminya itu.
"Daneen!!" Marah Gabriel. Dia memejam matanya untuk merendam amarah yang menguasai dirinya saat ini. Dia tidak suka ucapan yang di ucapkan isterinya itu. Air mata yang ditahan Daneen sedari tadi akhirnya pecah juga membasahi pipi mulusnya. Di tahan isak tangis agar tidak di dengari oleh Gabriel.
"Sepatutnya dari kita tak kahwin dari awal. Sejak kahwin dengan kau kebebasan aku hilang kau tahu tak!!" Bentak Gabriel dengan penuh amarah yang ditahan agar tidak menyakiti Daneen sambil memandang Daneen yang membelakanginya sedari tadi.
Entah mengapa hati Daneen sakit mendengar ucapan yang di keluarkan Gabriel kepadanya. Memang betul mereka berkahwin bukan atas dasar cinta tapi ucapan Gabriel seakan-akan menyalahkannya atas perkahwinan mereka.
"Jadi kau salahkan aku atas perkahwinan ni?!" Isak tangis yang ditahannya pecah. Gabriel menunduk merasa bersalah. Perlahan dia mendekat ke arah Daneen. Tubuh Daneen dipeluk erat dari belakang.
"A..aku minta maaf Daneen..aku yang salah. Aku bentak kau. Aku minta maaf humm" Ucap Gabriel dengan penuh rasa bersalah. Bahu Daneen yang tertutup kain nipis baju tidur yang dipakainya dicium lembut.
~~~~~
YOU ARE READING
DANDELION
RomanceGabriel Harraz Rodriguez- seorang CEO muda tampan berdarah campuran Sepanyol Melayu. Playboy dan menyukai gaya hidup bebas. Baginya YOLO (You Only Live Once) menjadi pegangannya. Daneen Almashyra - Seorang gadis comel yang nakal dan berperwatakan k...
