BAB 25😶

15 0 0
                                    

Teratai kembali semula ke apartment...Dia masuk ke dalam bilik tidur...Dia mencari beg milik Noah agar dia dapat menghubungi keluarga lelaki itu...

Setelah beberapa minit,dia menjumpai sebuah telefon bimbit milik Noah di dalam laci...

Dia mencari kenalan Noah di dalam telefon itu...Dia menjumpai sebuah kenalan yang disimpan sebagai 'Papa'...Dia langsung mendail nombor tersebut...

Tidak menunggu lama,panggilannya dijawab oleh ayah Noah...

"Kenapa telefon?Dah lupa yang kita ni dah tak ada hubungan apa-apa lagi?"Sinis Tuan Tuah semasa menyapa...

"Hai,ni bukan Noah...Saya,Teratai...Sahabat dia..."Setelah lama mendiamkan diri,Teratai bersuara...

"Ada apa?"Soal Tuan Tuah acuh tak acuh...

"Noah dah meninggal...Baru aje tadi...Saya harap encik boleh datang jenguk dia dan uruskan jenazah dia..."Ucap Teratai dengan penuh sayu...

Tuan Tuah terdiam...Dia tidak percaya...Budak yang dihalaunya itu telah meninggal?

"Encik?"Sapa Teratai bila dia tidak mendengar sebarang balasan daripada ayah Noah...

"Saya tak nak ambil peduli tentang budak tu...Kamu aje yang uruskan dia..."Cantas Tuan Tuah seraya menamatkan perbualan telefon di antara mereka berdua...

Teratai mengeluh...Adakah begini layanan yang Noah peroleh semasa berada di rumah itu?Pernahkah sekali Noah mendapat kasih sayang daripada ayahnya...

Teratai mengalihkan pandangan kepada pintu yang terbuka...Puan Sofea muncul di sebalik pintu tersebut...

Puan Sofea melangkah mendekati Teratai...Dia melabuhkan duduk di atas birai katil bersebelahan dengan Teratai...

"Dapat pujuk?"Soalan Puan Sofea itu mendapat gelengan daripada Teratai...

"Cuba cari lagi...Cari orang yang dekat dengan dia..."Arah Puan Sofea dengan agak tegas...Teratai mengangguk...

Teratai mencari sekali lagi...Dia melihat sebuah kenalan yang disimpan sebagai 'Ayah' di kenalan lelaki tersebut...Teratai langsung mendail nombor tersebut...

Teratai menceritakan segalanya kepada lelaki itu setelah panggilannya dijawab...

"Okay,saya uruskan...Terima kasih sebab bagitahu...Saya terkilan sebab tak dapat jumpa dia buat kali terakhir...Ayah jenis apa saya ni?"Ucap lelaki itu iaitu ayah kandung Noah yang telah bercerai dengan ibu Noah...

"Pakcik jangan cakap macam tu...Noah tak suka kalau pakcik cakap macam tu...Sedih dia nanti kalau dengar..."Pujuk Teratai dengan lembut...

"Terima kasih sekali lagi...Kamu kawan Noah yang paling baik yang pernah saya jumpa..."Ucap lelaki itu lagi...

Setelah itu,Teratai menamatkan perbualan di antara mereka berdua...Dia mengalihkan pandangan kepada Puan Sofea yang masih setia di sisinya...

Puan Sofea memeluk tubuh Teratai...Dia mengurut belakang Teratai dengan lembut...

"Sabar ya,sayang...Teratai boleh lalui semua ni...Mama percaya dengan Teratai..."Ucap Puan Sofea dengan lemah lembut...Teratai mengangguk...

*******

Setahun kemudian,Teratai dan Indah sudah tamat belajar...Manakala,Anaqi pula sudah sembuh sepenuhnya pada 6 bulan yang lepas...

Pada waktu malam,Teratai,Anaqi dan Puan Sofea solat maghrib berjemaah...Usai solat berjemaah,mereka membaca doa...

Setelah itu,Anaqi dan Teratai menyalami tangan Puan Sofea...

"Maafkan mama ya,Anaqi dengan Teratai...Selama ni mama ego...Selalu ikutkan perasaan...Mama abaikan tanggungjawab mama sebagai seorang Muslim...Abaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu...Mama berdosa sangat..."Luah Puan Sofea dengan panjang lebar...

"Mama tak perlu minta maaf...Mam tak pernah buat silap dekat kami berdua..."Balas Anaqi dengan nada yang sendu...

Puan Sofea meraih Teratai dan Anaqi ke dalam pelukannya...Dia mengucup dahi Teratai dan membelai rambut Anaqi dengan lembut...

"Korang berdua adalah anugerah paling bermakna buat mama...Mama sayangkan korang berdua..."Ucap Puan Sofea penuh dengan rasa hiba...

"Kami pun sayangkan mama!"Jerit Teratai dan Anaqi serentak...Kemudian,mereka berdua ketawa kecil...

"Saya rindukan awak,Noah Eskandar...Rindu sangat...Semoga awak bahagia dekat sana..."Bisik Teratai di dalam hatinya...

-TAMAT-

TERIMA KASIH KERANA MEMBERI DUKUNGAN KEPADA SAYA...

AKHIRNYA,TAMAT SUDAH CERITA INI...

SAYA SELITKAN LAGU SUPAYA DAPAT TAMBAH FEEL KORANG...

TERIMA KASIH KEPADA YANG VOTE DAN KOMEN...SAYA AMAT HARGAI...

SAMPAI DI SINI DULU...JUMPA LAGI DI CERITA SETERUSNYA...

[C]FALLING INTO YOUR ARMUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum