━━. 01 - A New Life Begin

26 6 119
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

1 Tahun 9 Bulan kemudian...

DUM... DUM...

Dahi berkerut sebaik tubuh mendapat efek beberapa dentuman dalam keadaan kelopak mata masih tertutup. Dia yang hendak tidur walaupun sudah tiba waktu siang, masih tidak berkuit di atas katil. Perasaan bukan-bukan, dibuang lantas cuba mengosongkan fikiran.

Namun, semakin lama, dentuman itu seakan mendekati ke arahnya perlahan-lahan. Dia kurang pasti, tetapi firasat kuat mengatakan 'benda' itu sedang memerhatinya.

Karina berasa kurang senang. Dia terus bangun dari pembaringan dengan pantas. Cepat-cepat tangan dihala ke depan ke arah 'benda' yang cuba mendekatinya untuk menghalang. Serta-merta, langkah besar 'benda' itu terhenti dek kuasa gadis itu.

Karina mengeluh seketika melihat pintu portal berwarna ungu di belakang haiwan tersebut. Pasti dia tidak sengaja membukanya sewaktu dibuai mimpi tadi. Tidak pasal-pasal seekor gajah menghuni segenap ruang biliknya.

Tangan diluruskan lagi ke depan serentak dia membawa gajah ke belakang memasuki ruang portal itu semula. Sesudah itu, dia memetik jari bagi menghilangkan pintu 'short-cut' berkenaan.

Karina meraup wajahnya yang langsung tidak sempat kemamaian dengan perlahan-lahan. Sudah berkali-kali dia terbuka portal itu sewaktu tidur.

Sejak berbulan lalu, dia baru tahu kelebihannya membuka portal untuk merentasi alam semesta dengan mudah. Walau bagaimanapun, portal itu selalu dibuka tanpa niat. Sampai sekarang, dia masih melakukan kesilapan sama.

Menjelang beberapa minit, pintu kamar terbuka secara automatik. Susuk tubuh seorang wanita masuk bersama dulang yang menatang sandwich telur dan susu segar. Sudah menjadi rutin harian bagi dia untuk menyediakan sarapan kepada Karina setiap hari.

"Hari ni apa pula?" tanya Amelia, seakan menyindir. Dia lebih tertarik untuk mengetahui apa yang berlaku setelah Karina bangun dari tidur. Melihat kesebalan pada wajah wanita itu di pagi hari, Amelia sudah agak dia membuka portal itu lagi.

"Gajah..." Karina melayan sahaja soalan itu. Amelia memuncungkan mulut sambil keningnya terangkat, sedikit terkejut.

Amelia fikir, itu lebih baiklah daripada sebelum ini. Dia pernah membuka pintu portal untuk 10 orang asli. Tidak pasal-pasal Karina perlu bertarung kerana orang asli tersebut kerana menganggap dia adalah makanan mereka.

"Berapa kali aku nak pesan, jangan buatkan sarapan untuk aku lagi. Menyusahkan kau jelah. Aku ni sebaya dengan kau, tau? Tak perlu anggap kau ni seorang hamba," omel Karina.

Dia lelah dengan layanan istimewa tentera-tentera Erlax sejak dia menjadi pemerintah negara itu, termasuk Amelia. Ya, dia bergelar pemimpin, namun dia tidak seberapa suka bila diberi layanan sebegitu.

[OG] VIOLET WITCH : The Queen Of DesertWhere stories live. Discover now