Kabur matanya dibanjiri cecair jernih yang bertakung penuh. Terasa panas dan membahang mata Emara. Hati melaung kuat ingin melepaskan kesedihan dalam benaknya. Perjanjian apa ini? Dia belum bersedia kehilangan Nawwar.

"Menangis ke?" Nawwar merendahkan badannya bagi menyamai ketinggian Emara.

Taklah, tengah gelak!

"Saya tak ada niat nak bagi awak sedih. Tapi itu kenyataan dia," pandangan jejaka itu ada makna.

Sedikit pun Emara tidak mengangkat wajahnya. Teresak-esak layankan emosi sendiri.

"Cinta... Don't cry because of me. I don't like to see you in this way..." pujuk Nawwar. Air mata gadis itu dikesat menggunakan hujung lengan bajunya.

"Sorry..." gumamnya perlahan.

"Sudah, tak mahu sedih-sedih. Nanti saya belanja awak chocolate milkshake. Your favourite?" Nawwar menguntumkan senyuman ikhlas kepadanya.

Emara cemberut. Sedih. Gembira. Takut. Campur aduk semua dalam satu perasaan tak terungkap. Dia turut membalas senyuman sama seperti Nawwar.

"That's better... Lovely Iris," Mata dikenyitkan. Sengihan Emara terpancar pada bibirnya.

"Ha, nak chocolate milkshake tak? Meh kejar saya!" Tag! Bahu Emara ditampar perlahan sebelum dia pecut ke hadapan. Terpinga-pinga Emara kejar langkah Nawwar sontak ajak main kejar-kejar sampai kafetaria. Orang belum ready kut, sabarlah!

Termengah-mengah tiba depan kaunter kafetaria. Terus Nawwar pesan dua cawan besar chocolate milkshake pada salah seorang pekerja di situ. Sementara menunggu, mereka melabuhkan punggung di salah satu meja makan. Sedut oksigen yang dah merembes keluar dari tuan badan.

"Macam mana sekarang? Masih sedih? Happy? Marah?" soal Nawwar mengesat peluhnya merenik-renik di dahi.

"Semua!"

"Serius lah sikit. Sekarang okey ke?" Kedua-dua siku Nawwar menongkat dagunya. Menunggu responnya.

"I'm okay. Jadi lepas ni kena jumpa Tuan Zachary kan? Nak buat apa dekat dimensi Azazel? Awak tahu ke?" Banyak persoalan timbul menerjah minda Emara.

"Saya tak pasti yang itu. Tapi... Kalau melibatkan rungkaian sumpahan, saya nak awak berjaga-jaga dengan sisi gelap saya."

Sisi gelap? Cursed Child?

"Saya pernah bagitahu awak sebelum ini. I've grown up so I'm pretty sure I'll be more aggresive when it comes to my Cursed Child form. Saya taknak awak tercedera sebab saya. Jangan sesekali cabar keagresifan saya masa itu," ujarnya lagi. Emara menjatuhkan kepalanya beberapa kali tanda mengerti.

"Tuan Zachary ikut tak?" tanya Emara. Hanya Tuan Zachary saja tahu perkara mistik dalam tubuhnya selain Doktor Rais.

"Maybe. I'm not sure." Nawwar sekadar menjongket bahunya.

Hm... Sudah lama dia tidak tengok sisi gelap Nawwar sejak daftar masuk ke sini. Memori berputar kembali. Grr... Orang yang jadi saksi kejadian pun ikut trauma sekali. Darah merecik. Tiga puluh jahitan. Nyawa melayang? Tidak pasti.

"Chocolate milkshake 4 Tz each!"

Tatkala mendengar pesanan mereka disebut, Nawwar menghulurkan dua keping mata wang 4 Tz kepada pekerja. Satu untuk dia, satu lagi untuk Emara. Basahkan tekak dengan benda manis sekali sekala. Pejabat Tuan Zachary dituju mereka.

"Cinta..." seru Nawwar. Emara mengangkat keningnya sebelah. Tanda dia menyahut seruannya.

"You're too pretty to be my wife." Nawwar tersenyum nakal. Wajah mamai dia cukup membuatkan Nawwar geli hati. Ya Allah geram rasanya nak cium pipi gebu dia. Aku gigit karang...

"Thanks. You're too hot to be my husband." Balas Emara semula.

"Apa? Hot sebab six pack saya? Nak saya expose lagi?" Nawwar mengacah tarik bajunya naik ke atas. Tak tentu pasal kena marah Emara sebab sengaja goyahkan iman dia sebagai seorang wanita.

Miang. Sesuai untuk describe sikap dia.

Tapi tak seteruk Fariz.

Perjalanan lima belas minit tidak memakan masa yang lama. Terpampang pintu pejabat master Thunder dengan nama yang tertera padanya.

Master Zachary Anak Alexander.



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ




Hm... Author redha bila nama Nawwar Inas ni untuk perempuan. Sebab saya sendiri dah buat research haritu dekat google. Katanya untuk lelaki.
.
Jadi pengajaran dia, don't trust google hahaha jk.
.
Once again, dia lelaki tau. Bukan sajat huhuhu.

 Bukan sajat huhuhu

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.
Takdir You're My Healer [C]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz