Masa kecil kita mungkin telah diwarnai dengan aneka cerita dongeng dan fantasi yang sungguh mencengangkan benak kerana jalan kisahnya yang sangat di luar akal. Namun, adakah mungkin semua itu berlaku dalam nyata?
Harry Dean atau nama lengkapnya Harry Dean Aaron seorang anak tunggal kepada pasangan Aaron Jacob dan Lily Majella. Walaupun kehidupan mereka tak sesenang seperti kehidupan orang lain, mereka menjalani hari-hari mereka seperti orang-orang yang tinggal dalam sebuah istana mewah. Dalam erti kata lain, mereka sentiasa merasa cukup dengan apa yang mereka miliki saat ini. Bahagia itu tidak harus kaya raya. Namun, itu tidaklah menyurutkan tekad Harry untuk melihat hidup keluarganya menjadi lebih baik di masa mendatang. Walaupun di usianya yang masih begitu mentah, dia sering berfikir seperti orang yang sudah cukup dewasa.
Pagi yang cerah. Matahari yang terbit dengan sinar teriknya di balik bukit seakan-akan mengirimkan bahang semangat baru ke dalam diri Aaron untuk pergi bekerja. Lelaki itu bekerja sebagai tukang pemetik teh di sebuah ladang teh luas milik encik Jafar yang sangatlah kaya raya.
Tidak jauh dari kawasan ladang teh itu, kelihatan sebuah taman permainan kanak-kanak yang cukup indah dan terawat dengan sangat baik.
Aaron yang berpakaian seperti seorang pekebun, memakai topi cowboy berwarna merah dan menggalas beg serupa wakid di belakangnya menghentikan sejenak aktiviti memetik daun teh. Dia terpaku menatap kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan itu. Bibirnya mengukir senyum kecil ketika wajah anaknya melintas dalam kotak fikiran.
'Ada masa nanti, aku mahu bawa Harry Dean main-main di sana.'
'Kasihan... Belum pernah lagi dia main-main di tempat begitu.'
Sejak Harry Dean dilecehkan oleh rakan-rakan di sekolahnya hanya disebabkan dia sering dihantar ke sekolah oleh ayahnya menggunakan basikal tua, dia mulai trauma untuk bergaul dengan kanak-kanak yang sebaya dengan usianya, bahkan dia sangat jarang keluar dari kawasan rumah walaupun ayah dan ibunya sama sekali tidak melarang. Trauma itu juga disebabkan dirinya sering mendapat perlakukan kasar dari rakan-rakan sekolahnya dan juga tidak sekali dia menjadi mangsa buli mereka. Dia benar-benar telah kehilangan ghairah untuk bermain-main dengan sesiapa saja yang sebaya dengan umurnya.
Beberapa hari kemudian, sekembalinya Aaron dari pekan membeli barang-barang dapur, dia mendapatkan Harry Dean yang tengah bersusah payah membina sebuah istana pasir di perkarangan rumah. Keceriaan yang terpancar jelas pada wajah budak comel itu membuatkan lelaki itu sedikit merasa bersalah kerana harus mengganggu aktiviti budak itu. Tapi, dia gagahkan juga kakinya untuk melangkah maju.
"Harry Dean..." Dia menyentuh bahu budak itu.
"Daddy..." Harry menoleh.
"Tolong dulu bah daddy, tolong aku bikin istana." Rayunya setelah berkali-kali mencuba tapi tetap gagal.
Aaron terkekeh.
"Esoklah daddy bikin istana cantik untuk kau." Katanya.
"Hari ni, daddy mahu bawa kau pigi satu tempat."
Setelah mengetahui ayahnya akan membawanya ke sebuah taman permainan, Harry Dean menghilangkan senyum di bibirnya. Dia mulai terbayangkan ramai kanak-kanak sedang bermain di tempat itu. Dia lantas menggeleng-geleng kepala menolak ajakan ayahnya.
Aaron mengerti dengan tingkah anaknya.
"Harry... Jangan takut..." Dia berusaha melunakkan hati budak itu.
"Daddy ada di sana jaga kau. Kalau ada daddy, tiada yang berani olok-olok kau. Percaya sama daddy, Harry Dean."
Setelah puas dipujuk, barulah budak itu mahu.
Sebuah taman permainan. Aaron seperti bermimpi melihat senyum ceria luar biasa yang terpancar nyata pada wajah Harry Dean. Sudah lama dia menanti-nantikan senyum itu.
Satu-persatu jenis permainan di taman itu dimain dengan penuh riang oleh budak itu.
'Kalaulah aku ada telefon berkamera, sudah aku gambar senyum dia, terus kasih tengok si Lily.'
'Tapi apakan daya... Duit gaji pun cukup-cukup makan saja.'
Di tengah senyumnya, Aaron merenung telefon bimbit nokia 3310 dalam genggaman tangannya.
'Setakat telefon begini saja aku ada.'
Hanya Harry seorang diri yang mendominasi taman permainan itu, sehingga pada akhirnya muncul seorang wanita bersama seorang kanak-kanak perempuan sebaya Harry Dean. Bila dilihat dari penampilan, kedua-duanya sepertinya golongan kayangan.
Melihat kehadiran mereka apatah lagi kanak-kanak yang sebayanya, Harry kehilangan ghairah mainnya. Dia hendak beredar untuk segera mendapatkan ayahnya yang sedang duduk di bangku tepi taman, namun budak perempuan itu memegang tangannya.
"Tunggu..." Budak perempuan itu tersenyum dan menunjukkan sikap ramah kepadanya.
"Mahu pigi mana? Marilah kita sama-sama main."
Harry terdiam dan mulai menunjukkan sikap malu-malu. Dia tidak tahu sama ada harus tetap di situ atau segera melangkah pergi.
"Nama aku Jasmine Jeslyn. Panggil Jeslyn pun boleh." Budak perempuan itu tidak malu-malu memperkenalkan diri.
"Boleh aku tahu nama kau?"
"Aku Harry Dean." Dengan gerakan tangan lambat, Harry menggapai tangan mongel gadis kecil itu.
Mahu tidak mahu, Harry menemani gadis kecil itu bermain. Semakin lama, Harry kelihatan semakin ceria kembali. Budak perempuan periang itu benar-benar membuat ria hatinya.
Aaron tersenyum senang kerana itu pertama kalinya dia melihat anaknya begitu seronok bermain bersama budak sebayanya.
Wanita yang berdiri sedikit jauh dari Aaron pun ikut tersenyum melihat satu-satu anak perempuannya terus-menerus terkekeh senang.
Tidak terasa masa berlalu sangat cepat. Langit kelihatan hampir gelap.
"Jeslyn, mahu malam sudah. Mari kita balik." Kata wanita itu setelah mendapatkan anak perempuannya yang sedang berbual-bual dengan budak lelaki itu.
"Nanti lagi kita datang sini main."
"Jasmine Jeslyn..." Harry memanggil nama budak perempuan itu sebaik saja budak itu baru saja bangkit berdiri.
"Ini untuk kau." Dia memberikan seutas gelang kepada gadis kecil itu yang baru saja dia lepaskan dari pergelangan tangannya.
"Terima kasih, Harry Dean. Kau memang baik..." Ucap gadis kecil itu seraya menerima gelang itu, kemudian dia dan ibunya beredar pergi.
Di balik satu sudut, seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng hitam terus memperhatikan Aaron dan Harry, hanya bahagian matanya yang kelihatan. Sepertinya orang itu bersiap-siap untuk melakukan sesuatu.
"Mari kita balik, Harry. Kasihan mommy kau tiada kawan di rumah."
Harry terkejut dan bingkas mengangkat kepalanya yang tertunduk setelah mendengar bunyi tembakan bergema.
"Daddy..."
Aaron rebah ke tanah setelah peluru yang berasal dari pistol yang dipegang si lelaki bertopeng itu mengenai bahagian belakangnya.
"Daddy..." Harry memekik dengan kuat.
YOU ARE READING
HARRY DEAN
Teen FictionDongeng dari Timur Tengah "Aladdin" menginspirasikan sebuah cerita tentang seorang lelaki bernama Harry Dean. Setelah kematian ayah tercinta, Harry Dean yang merupakan seorang anak tunggal harus membesar di bawah asuhan ibunya, Lily. Hidup yang serb...
