"Kami nak makan Mekdi." Kata mereka berdua serentak sambil gelak-gelak kecil, mogok di tepi jalan.

Purnama hanya tergelak. Aku mengambil gambar mereka berdua dan terus menoleh. "Ikut lah. Kami pergi makan dulu." Aku cakap dan berjalan. Purnama hanya mengikut aku. "Eh sayang tunggu lah!" Kata Kahar yang cepat-cepat dukung Cahaya. Cahaya cuma gelak.

"Ha tahu takut." Aku cakap dekat dia dan mencubit lengannya. "Aduh, sayang sakitt." Kahar berkata dan mengusap lengannya.

Bila makanan dah di order dan sampai. Kesemua orang mula makan. Purnama di siap oleh Kahar sebab dia ada ditepi Kahar.

"Hmm kita nak pergi mana ni?" Cahaya tanya sambil mengambil nugget dari pinggannya.

"Kelantan." Kahar jawab dengan mudah. Matanya masih fokus kepada anak lelakinya. "Ohh, kita nak pergi sana buat apa?" Cahaya tambah.

Aku hanya menengok Kahar yang tersenyum lembut. "Balik rumah  Tok, ayah Papa."

Cahaya mengangguk. "Cahaya pernah tengok Tok ke?" Dia tanya lagi. Cahaya memang di peringkat umur yang dia akan tanya kesemuanya. Dia curious dan Kahar dan aku tak pernah halang dia bertanya.

Kahar geleng.

Bila kami semua dah habis makan dan masuk kereta. Kahar yang duduk di driver's seat. Katanya lagi dua jam sampai. Dia tu ingat-ingat lupa jalan.

Anak-anak yang asalnya riuh rendah dekat belakang tiba-tiba diam. Aku toleh, kedua-duanya tengah tidur.

Jam menandakan pukul 4. Memang waktu tidur petang pon.

"Esok kita ziarah kubur ibu?" Kahar bertanya dengan lembut ke arah aku. Aku mengangguk. Aku boleh nampak yang lagi dekat kami dengan destinasi, lagi tegang Kahar.

"Awak okay?" Aku bertanya, meletakkan tangan aku dibelakamg tengkok dia dan mengurut. Dia selalu merungut pasal sakit tengkok setiap kali kena drive jauh.

"Saya okay." Kahar menjawab dengan senyuman yang tak berapa penuh.

Kahar tersenyum manis melihat gerbang dijalan yang menandakan kami dan sampai di Kelantan.

"Sayang, awak boleh tolong mesej abang ngah? Saya takut dia tak ada." Kata Kahar kepada aku. Aku hanya mengangguk. Aku membuka telefon untuk memesej abang ngah, bertanya dia dimana.

Abang ngah menjawab.

"Abang ngah keluar kejap dengan kak ngah. Anak-anak ada dekat rumah."

Kahar terdiam. Selepas lama berfikir dia menanyakan aku. "Bila dia balik?"

"Abang ngah kata dia dah on the way." Aku jawab. Kahar cuma mengangguk. "Saya takut tak ada yang sudi bukak gate kalau abang ngah tak ada dekat rumah." Kahar bercakap sayu.

Bila dah dekat, Kahar call abangnya dan letakkan call tu ke pembesar suara. "Ya?" Abdul Kaisar menjawab.

"Kami nak sampai dah." Kahar cakap dengam lembut. Aku boleh tahu dia tengah nervous.

"Ok ok, adik masuk ja abang dah bukak gate."

Kahar menamatkan call dan menghela nafas panjang. Aku memegang tangan dia dan senyum. "Boleh, jangan risau." Aku cakap. Kahar mengangguk dan mengucup tangan aku.

Kahar drive masuk ke dalam kawasan rumah, melepasi main gate. Ada kawasan lapang, tanah-tanah sebelum sampainya ke rumah dia.

"Besarnya." Cahaya cakap dari belakang. "Kita dah sampai ke Papa?" Dia tanya, Kahar mengangguk.

Kahar berhentikan kereta dekat mana abangnya dah menunggu. Bila dia keluar kereta, terus dia memeluk abang ngah. Aku keluar sekali. Kedua-dia beradik tu ketawa kecil.

"Adik sehat?" Tanya si abang. Kahar mengangguk lagi. Pelukkan antara dia dan abang masih tak terlepas. "Abang sihat?" Kahar bertanya balik. "Abang sihat ja." Dia menjawab.

Seorang wanita dalam lingkungan umur 60-an berjalan ke arah kami. "Adik!" Dia berkata. Kahar berpusing dah tersenyum. "Mok jah." Dia berkata sebelum memeluk wanita tu. "bakpe adik pergi dok ghoyak." Wanita itu menangis dan berkata. Kahar cuma mengusap belakang mak jah dan meminta maaf.

Apabila pelukkan tu dah terlerai, aku menghulur tangan untuk menyalam mak jah. "Bini kamu ka Kahar? Pandai pilih, cantik." Kata wanita itu berkata sambil aku menyalam dia. Kahar cuma tergelak kecil. Dia membuka pintu kereta untuk mengeluarkan anak-anak.

"Salam ni, tok jah, dia lah yang besarkan papa lepas nenek dah tak ada." Kahar cakap kepada Purnama dan Cahaya. Cahaya senyum dan terus menyalam Mak Jah. "Alololo comelnya, nama apa ni?" Mak jah mencuit-cuit pipi Cahaya dan bertanya. Cahaya cuma tergelak.

"Nama saya, Astana Cahaya binti Abdul Kahar." Dia menjawab dengan senyumam.

Purnama pula masih lagi malu-malu, memegang kaki Kahar. Kahar cuma mendukung Purnama. "Salam lah, sayang. Jangan malu, hm?" Kahar cakap sambil mendekatkan Purnama dengan Mak jah. Purnama cuma menghulur tangan dan menyalam. Selepas dia salam terus berpusing dan menyembunyikan muka di atas dada Kahar.

"Maaflah, dia ni memang pemalu sikit." Kahar cakap. Seorang lelaki dalam umur 40-an berjalan ke arah kami. Badannya tegap, posture yang straight. "Abang long." Kahar menegur dengan nada yang kurang ramah. Bukan dengan nada yang sama dia menegur abang ngah dan mak jah.

Abang long
Abdul Kadar

Kahar memberi Purnama ke arah aku, aku mengambil Purnama yang pipi masih merah kerana malu, Purnama cuma sambung menyembunyikan diri di dada aku pula.

Kahar menghulurkan tangan ke arah abang long nya, cuba menyalam namun abangnya tidak menyambut tangan Kahar.

Abang long terus memeluk Kahar. Kahar sedikit terkejut tetapi membalas pelukkan abangya.

"Adik pergi mana selama ni." Abang long bertanya dengan nada sebak.

"Maaf bang. Maaf." Kahar cakap dengan sayu. Waktu kenduri kahwin yang datang dari keluarga dia cumalah abang ngah. Ayah langsung tak hadir ke majlis kahwin kami, disebabkan Abang long duduk dekat dengan ayah, besar kemungkinan, ayah menyimpan kad yamg sepatutnya diberi kepada abang long.

"Ni abang long, anak-anak adik." Kahar cakap dengan senyuman. "Ini Cahaya." Dia cakap. Cahaya tersenyum dan menyua tangan untuk menyalam pak ciknya. "Comel." Abang long cakap dan mencubit pipi Cahaya. "Yang ini Purnama." Kahar cakap sambil meletakkan tangannya di atas kepala Purnama. Aku masih mendukung Purnama. "Dia pemalu sikit. Kejap lagi ok lah tu."

Kahar tersenyum lebar. Ini yang dia nak. Abang-abang dia, keluarga dia menerima keluarga yang dia dah mulakan. Menerima anak-anak dan isteri dia.

"Ayah ada dekat dalam bilik dia. Jomlah." Abang ngah kata. Senyuman Kahar yang melebar tadi terus terpadam. Yang mengganti merupakan riak wajah yang sama, yang selalu ada apabila topik Ayah datang, muka yang gementar dan sedih.

"Jom sayang." Aku panggil dengan lembut. Kahar mengangguk dan meletakkan tangannya di pinggangku. Kami berjalan ke arah rumah.

——-
A/n: Aku blanja gambar lah AHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAAHAHHAHAHA kk bye sayang korg

Aku selalu ada || Abdul KaharWhere stories live. Discover now