Rahmat ni mamak, dia peluk Islam sebelum kenal aku lagi. Walaupun aku lahir sebagai seorang muslim, aku tak dibesarkan dengan agama. Rahmat lah yang mengajar aku semua benda. Dia yang mengajar aku bacaan Al-Quran. Dia yang mengajar aku solat. Bila dia dapat tahu benda-benda haram yang aku buat, dia tak lari, dia cuba bantu aku. Rahmat tak suka handle lawan taruh, hanya bila terdesak sahaja dia handle.

"Aku nak kau grad. Kau kerja benda halal. Faham? Aku taknak hidup kau terus gelap macam ni. Aku nak terbaik untuk engkau."

Ada kalanya aku lari balik ke gym, dengan niat nak drop sebab dah tak sanggup. Rahmat cuma duduk dengan aku dan menasihati aku.

Bila dia dapat tahu aku grad dengan degree pointer yang tinggi. Dia senyum lebar. "Aku tahu kau boleh dik!" Rahmat tersenyum dan gelak-gelak.

University aku cuma bagi seorang penjaga untuk masuk ke dalam dewan untuk majlis graduation. Aku reserve tempat tu hanya untuk Rahmat.

"Sayang?" Kahar panggil aku. Disebabkan dia dari course lain, dia habis dulu tapi dia tengah tunggu aku. Yang datang ke graduasi dia merupakan abang ngah. "Rahmat. Rahmat tak ada." Aku cakap mencari dia di antara muka-muka ibu bapa orang lain.

"Lepas ni kita cari Rahmat." Kahar cakap. "Mungkin dia tertidur?" Kahar cuba menyedapkan hati aku. Tak sempat aku nak menjawab, nama aku di panggil. Aku berjalan ke stage, mengambil degree dan terus turun. Kahar dah pun tunggu aku dekat tepi stage.

Aku berjalan terus menuju ke pintu keluar. "Awak nak pergi mana?" Kahar tanya berjalan mengekori aku. "Rahmat. Saya nak pergi cari dia." Aku cakap dan mengeluarkan telefon aku. Menelefon Rahmat tapi tak terjawab.

Terus aku ke motor. "Saya ikut." Kahar cakap dan membonceng. "Abang ngah?" Aku tanya dia. Kahar menggeleng. "Abang ngah tahu."

Aku angguk dan terus menghidupkan motor. Aku pecut dan pecut. "Sayang perlahan sikit." Kahar cakap dari belakang tapi aku endahkan. Otak aku hanya memikirkan Rahmat. Tak mungkin dia bangun lewat. Rahmat bukan macam tu.

"Praky? Ada dengar dari Rahmat?!" Kahar menjerit dari belakang. Dia tengah telefon lah tu. bila kau atas motor memang kena menjerit.

Bila aku sampai gym, aku terus turun dari motor. Endahkan kalau motor tu terjatuh.

"Mat! Rahmat!" Aku menjerit nama dia. Rasa tak sedap hati aku bertambah.

Aku membuka pintu gym yang tak berkunci tu. "Ya Allah!" Kahar menjerit dari sebelah aku. Mata aku terpaku dekat gelanggang.

Kaki aku terasa lemah.

Walaupun kaki lemah aku tetap berlari.

Rahmat terbaring di atas gelanggang. Muka dan badan dia berdarah. Lebam-lebam.

"Rahmat bangun. Abang bangun, bang." Aku bercakap dan terduduk di tepi dia. Tangan aku bergetar untuk memegang dia.

"Buat apa abang tidur sini. Bangun la bang." Aku cakap dan menarik Rahmat ke atas riba aku. Aku endahkan darah di badan dan muka dia. "A-aku grad harini. Kenapa kau tak pergi, bang?" Aku tanya dia. Aku tahu tapi aku tanya jugak.

"Sayang, sayang abang dah tak ada." Kahar cakap. "Apa awak merapu ni. Abang ada dekat sini. Abang cuma sakit ja. Adik jaga abang ya? Ma-macam mana ab-abang jaga adik dulu." Air mata aku dah jatuh ke pipi. Kahar cuma menarik aku ke dakapan dia.

"Abang dah janji, bila adik grad abang nak masakkan untuk adik kan? Bangun lah abang!" Aku menjerit. "Rahmat bangun lah! Bangun lah!" Aku meraung. "Sabar sayang. Sabar."

"Adik masakkam untuk abang ya?" Aku menangis dan bercakap. "Mat kau jangan tinggal aku lagi. Aku perlukan kau lagi. Sapa nak masakkan untuk aku? Sapa nak nasihat aku? Rahmat bangun la mat. Sapa yang nak ajar aku erti hidup lepas ni mat! Bangun lah!"

Badan dia yang sejuk sangat tu membuatkan aku tahu yang dia bukan baru meninggal pagi ni.

Dia terpaksa lawan taruh, dia terpaksa dan lepas diorang tibai dia, diorang biarkan dia mengeras atas gelanggang ni.

Tempat paling dia benci.

"Kau ja abang aku Rahmat. Aku dah grad ni kau tengok lah aku!"
















































"Ku amat merindui kamu."

"Sayang?" Suara Kahar memanggil aku dengan lembut. "Ya?" Aku bertanyakan dia. Dia mengambil tangan aku dan pegang. "Awak okay?" Dia bertanya.

Lama jugak untuk aku hadam kematian Rahmat. Gym tu aku tutup. Kesemua barang aku buang tapi geran gym tu aku masih ada.

Aku angguk.

Aku dah reda dengan pemergian insan yang aku anggap sebagai abang aku. Abang yang menjaga, memimpin aku. Abang yang ada bila aku susah dan pergi bila aku dah mula berdiri sendiri.

"Saya okay."

Rahmat pernah berkata. Dia percaya yang bila dia dah tak ada, Kahar dapat ambil tempat dia sebagai orang yang akan menjaga aku sehingga aku tua kelak.

Aku percaya cakap dia.

——
A/n: ha kan dah sendu.

Aku selalu ada || Abdul KaharWhere stories live. Discover now