ramadhan kareem (story #3)

Start from the beginning
                                    

"Hah! Boyfriend kau pulak call tu!"

Bercahaya wajah Seha dan terus bergegas meninggalkan Diya.

Diya geleng kepala perlahan. Daus la tu! Bukan main lovey-dovey lagi sahabat-sahabatnya itu. Kadang-kadang cemburu juga. Daus tu mulut bergula. Romantik. Memang tak samalah dengan suami Diya yang macam tak ada perasaan tu.

"Haih, siapkan kerja dulu! Esok nak cuti."

Dia kembali memberi fokus pada skrin komputer.

*********

Pintu bilik ditutup rapat. Ikhwan dah pun berbaring sambil memandang skrin telefonnya. Entahkan melayan Netflix, atau TikTok tu. Suka sangat tengok video Uncle roger yang entah apa-apa tu!

"Iman dah tidur?"

Diya mengangguk dan menghenyak punggung di bahagian kanan katil. Dia hela nafas panjang seperti melepaskan lelah seharian.

"Bebiya dah set alarm?" Soal Ikhwan tanpa memandang Diya.

Diya angguk. "Abang, tadi Izham call Diya."

Ikhwan alihkan pandangan.

"Ya? Sihat ke dia?"

"Sihat. Dia ucap selamat berpuasa. Kirim salam pada semua."

Ikhwan senyum dan mengangguk. Kembali memandang telefon.

"Macam tak lengkap pulak rasanya anak sorang tak ada."

"Hish, mummy ni! Apa yang tak adanya? Ada tu. Jauh sikit je."

"Yalah. Biasa dia depan mata. Bukan main liat nak sahur. Dekat meja makan pun bantai tidur. Ni dia sendiri dekat sana. Entah macam mana."

Ikhwan sengih. "Tak sahur, lapar. Padan muka."

Diya lantas berdecit. "Abayang ni kan!"

Kali ini Ikhwan ketawa. "Okey je tu. Dia dah besar, Diya. Kena belajar berdikari. Pandai-pandai nak hidup. Takkan selamanya Diya nak payung dia," balas Ikhwan.

Diya mencebik. "Eleh, abang tu sampai tua bangka Diya payung," perli Diya.

"Aik? Ke situ pulak. Diya pilih, nak payungkan abang ke, nak payung emas?"

"Amboi orang tua ni. Hempuk dengan payung, mahu?"

Makin galak tawa Ikhwan. "Main-main je. Why so serious?"

Diya tersengih.

"Dah, tidurlah! Esok nak bangun awal," arah Ikhwan.

"Nak tidurlah ni..." Diya lantas membaringkan tubuh bersebelahan Ikhwan.

"Abang? Tak tidur?"

"Tidur dulu. Nak habiskan episod ni kejap."

Diya menggeleng kepala. Sah! Melayan drama The Big Bang Theory untuk kali ke berapa entah!

Namun Ikhwan letakkan tapak tangannya di lengan Diya yang mengiring. Lalu dia tepuk perlahan persis menidurkan anak kecil.

Diya tersenyum dan memejam mata.

Abayang kita ni, sekalipun mulut tu tak berapa pandai ambik hati, tapi ada cara tersendiri memanjakan kita. Sebab tu geram-geram pun, tetap sayang!

***********

Diya letakkan pinggan terakhir yang berisi sambal telur ke atas meja makan.

Empat lauk, termasuk rendang ayam untuk juadah berbuka hari ini. Meriah. Sejak jam empat petang tadi dia dah berperang di dapur.

Tahun ini, Irfan mula berpuasa penuh. Jadi sengaja dia sediakan makanan fancy untuk berbuka.

Namun saat mata terpandang hidangan yang bersusun, dia terkenang kata-kata Izham semalam.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now