EPISOD 2

366 15 0
                                    

Di Dewan Hostel

Malam itu, semua pelajar form 4 diarahkan untuk berkumpul di dewan hostel. Mereka semua berdiri dengan tangan diletakkan di belakang. Posisi mereka semua juga teratur.

Fakhri yang berdiri di belakang Ayam sempat berbisik kepada Ayam.

Fakhri: Kita buat apa ni? Siapa yang suruh kita berkumpul semua ni?

Ayam: Shhh. Kau ikut jelah arahan.

Kemudian, pada waktu itu muncul tiga orang lelaki keluar daripada belakang pentas dan berdiri di atas pentas berhadapan dengan pelajar yang sedang berdiri teratur di bawah.

Beberapa saat kemudian, muncul lagi seorang lelaki. Lelaki ini mempunyai aura lain daripada lain. Wajahnya yang tampan, badannya yang segak, riak wajah yang sombong belagak selalu digeruni oleh pelajar lain. Lelaki tersebut berdiri di tengah pentas bersama tiga lelaki tadi.

Lelaki itu melangkah sekaki ke depan lalu mula bersuara dengan suaranya yang dalam.

X: Assalamualaikum form 4.

Semua pelajar form 4 pun menjawab salam lelaki tersebut beramai².

Form 4: Waalaikumusalam.

Namun, tenaga jawapan yang diberikan oleh para pelajar form 4 itu tidak memuaskan hati lelaki tersebut. Maka lelaki tersebut pun mula menguatkan lagi suaranya.

X: Lembik!  Kata anak jantan!  Assalamualaikum form 4!

Form 4: WAALAIKUMUSALAMMM.

Lelaki tersebut tersenyum sinis. Lalu dia berjalan ke depan dan semakin dekat kepada para pelajar. Di tangannya, terdapat satu buku yang tidak dilepaskan olehnya.

X: "Njet Steng" semua!

Semua para pelajar pun terus berdiri dimana posisi mereka membongkokkan kaki sedikit sambil kedua² tangan lurus ke hadapan. Fakhri yang terpinga² hanya ikut pergerakan pelajar semua itu.

X: Selamat datang ke KUDRAT. Kat sini, korang akan jadi lelaki yang sebenar. Kat sini, korang kena hidup ikut peraturan. Setiap peraturan dan tradisi perlu diikut. Kalau kau bantah, kau akan tanggung sendiri akibatnya. Aku pasti budak² form 4 yang baru masuk semalam terpinga² sekarang ni kan? Siapa yang berdiri dekat depan korang ni?

Lelaki tersebut berjalan dan berdiri semula di depan bersama² tiga orang lelaki rakannya tadi.

X: Kitorang lah High Council.. High Council lah yang akan jaga korang untuk jadi lelaki sebenar kat sini. ... Dan aku Kahar,.. Kapla.. High Council. ... Tahun ini KUDRAT aku yang punya.

Aura yang diberikan oleh Kahar sangat lain daripada yang lain. Kemudian, tiba² muncul pula Hani yang baru datang ke dewan itu.

Kahar mengukirkan senyuman kepada Hani yang sedang berjalan ke arah mereka bereempat. Kahar kemudiannya sambung memberi kata² kepada pelajar sambil Hani menghulurkan satu set kad lesen kepada Hakeem, iaitu salah satu ahli High Council. Hakeem juga mengagihkan lesen tersebut kepada dua orang ahlinya yang lain iaitu Arif dan Zahrin.

Kahar: Okay. Malam ni aku nak edarkan lesen kepada diorang layak untuk dapatkan lesen.

Kahar membuka buku yang dipegang sejak tadi. Lalu dia membaca satu per satu nama pelajar yang layak untuk diberi lesen. Tiga ahli High Council bersama Hani diuruskan untuk memberikan lesen kepada pelajar yang namanya disebut.

Kahar: Ali Bin Alif Abu. Zahrul Bin Laden. Daniel Haziq Bin...

Sebanyak 10 nama pelajar yang disebut oleh Kahar. Nama Naim juga termasuk. Sewaktu nama Naim disebut, Hani menghulurkan lesen kepada Naim. Naim dan Hani tersenyum kegembiraan.

PROJEK HIGH COUNCILWhere stories live. Discover now